Dalam hikayat Melayu lama iaitu ‘Hikayat Pandawa Jaya’ atau ‘Hikayat Pandawa Lima’, perkataan ‘meru’ digambarkan sebagai nama sebuah gunung. Diceritakan juga bahawa meru ini adalah pusat kepada ‘jagat raya’, apa yang kita kenal sebagai alam semesta.
Ini Gunung Meru (Mount Meru) di Himalaya. Tidaklah dapat dipastikan apakah meru di dalam hikayat Melayu ada kaitan dengan nama gunung ini, tapi ada teori sejarah yang mengatakan bahawa orang Melayu terawal datangnya dari Yunan dan pergunungan untuk membina peradaban.
Seingat aku, pernah terbaca juga dari sumber lain, bahawa ‘meru’ bermaksud ‘sesuatu yang terawang-awang dan terapung tinggi seakan buaian’.
Dirujuk di dalam Kamus Dewan, perkataan ‘mahameru’ rupanya memang wujud dan bermaksud ‘gunung tempat tinggal para dewa’.
Jelas, ‘meru’ dirujuk sebagai buaian, gunung, tempat tinggi, dan pusat alam menjadikan ia sesuatu yang ‘divine’ dan relevan sebagai tempat bersemayam para dewa.
Perkataan meru banyak kali diguna dan dirujuk dalam kajian linguistik dan kosmologi purba Alam Melayu.
Dalam Kosmologi Malayonesia Yang Terungkap Dalam Bahasa Melayu, oleh Shahrir (2016) menggunakan istilah ‘Merupusatisme’ bagi melambangkan kepercayaan awal Melayu pra-Islam yang percaya bahawa terdapat sebuah pergunungan tunggal yang menjadi pusat atau pasak bumi.
Jelas meru dan gunung dalam Alam Melayu memang sinonim dengan simbol ketuhanan.
Gunung Bromo di Jawa misalnya hingga hari ini masih menjadi tempat suci, pemujaan Hindu Jawa ketika upacara “Yadnya Kasada”, di mana mereka membawa binatang naik ke gunung untuk dikorbankan.
Begitu juga dengan Gunung Agung di Bali. Upacara pengorbanan ke atas para dewa mereka yang dilaksanakan dalam upacara “Eka Dasa Rudra” menunjukkan akan kepentingan meru sebagai simbol ketuhanan yang penting dan signifikan dalam kebudayaan Alam Melayu.
Penemuan Candi Bukit Batu Pahat di Sungai Merbok betul-betul di kaki Gunung Jerai sebagai tapak pemujaan purba menunjukkan peranan meru yang turut mempengaruhi kepercayaan pada konsep ketuhanan orang-orang Melayu terdahulu.
Meru juga sentiasa menjadi tumpuan pusat-pusat tamadun awal. Gunung Jerai dikelilingi banyak tinggalan tamadun purba seperti Lembah Bujang dan terbaharu di Sungai Batu yang menyaksikan kesan kewujudan tamadun dan pusat komersial yang berusia 2000 tahun.
Meru juga sentiasa menjadi tumpuan pusat-pusat tamadun awal. Gunung Jerai dikelilingi banyak tinggalan tamadun purba seperti Lembah Bujang dan terbaharu di Sungai Batu yang menyaksikan kesan kewujudan tamadun dan pusat komersial yang berusia 2000 tahun.
Ini sekaligus mempengaruhi kepercayaan Melayu terawal terhadap elemen-elemen keesaan Tuhan yang satu atau monotheism, walaupun ketika itu orang Melayu masih berpegang kepada kepercayaan polytheism sinkratik gabungan animisme-Hindu-Buddha di zaman pra-Islam.
Ringkasnya, orang Melayu sudah lama berfikir dan dapat melihat jauh mendepani masa tentang kewujudan hanya satu Tuhan semesta alam, lama sebelum agama Islam muncul membawa firman Allah dan disebarkan oleh Muhammad SAW.
Meru adalah contoh perkataan Melayu klasik-sanskrit yang memperlihatkan bagaimana orang Melayu telah lama mendalami ilmu-ilmu purba untuk pelbagai tujuan.
Contohnya, meru atau gunung dalam hikayat Melayu sering dikaitkan dengan mistik pertapaan dan tempat menuntut ilmu.
Meru juga membantu nenek moyang kita meredah lautan. Contohnya, Gunung Jerai, Gunung Ledang dan Gunung Datuk pernah menjadi panduan pelayaran orang Melayu di Selat Melaka.
Jelas, penguasaan ilmu geografi dan kosmologi oleh Melayu terawal bukan kaleng-kaleng.
Meru juga menunjukkan perkaitan orang Melayu dan etnik Jawa yang berasimilasi lama selepas mereka tiba di Tanah Melayu.
Nama asal Meru di Klang sendiri diambil dari nama Gunung Semeru atau Mahameru di Jawa. Mereka yang membuka Meru memang asalnya orang dari Tanah Jawa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih