Baru 2 minggu lepas, IGN ada keluarkan artikel pasal P.T. 2 benda yang menarik yang ada dalam tu yang aku nak ulas. Pertama tentang urban legend video game, yang kedua tentang kritikan ke atas Death Stranding.
Untuk yang tak tahu P.T adalah sebuah game yang dilancarkan tahun 2014. Game tu free untuk dimuat-turun di PlayStation. Ianya game horror, sepatutnya jadi teaser untuk game Silent Hills yang sedang dibikin oleh Kojima.
Nak dijadikan cerita, Kojima bergaduh dengan Konami. Dan akhirnya kena tendang. Game Silent Hills dibatalkan pembikinan. Dan game P.T ditarik dari PS Store untuk dimuat turun, menjadikan PS dengan P.T barang rare, sehingga mampu dijual 4-5 kali ganda dari harga asal.
Jadi apa kaitan semua ni dengan urban legend? Well,sebelum tu nak tanya dulu korang, apa tu urban legend? Lebih spesifik, urban legend dalam video game?
Urban Legend ni macam khabar angin atau mitos yang tersebar tentang video game yang disebarkan melalui mulut,ataupun secara maya. Biasanya urban legend ni benda-benda yang seram atau misteri. Benda-benda kelakar pun adalah,tapi sikit.
Beberapa contoh yang ada macam orang nampak Bigfoot dalam GTA San Andreas lah, pasal game yang boleh kawal minda lah, pasal pokemon berhantu kat kuburlah. Stesen radio misteri dalam Fallout lah.
Masa zaman 70an-90an, tak ramai gamers ni yang betul-betul celik IT. Teknologi pun belum cukup berkembang. Jadi tu sebablah urban legend ni senang tersebar.
Tapi sekarang ni, ramai dah pandai. Komputer dah power. Bila game baru keluar,sebulan je orang dah korek isi file game tu sampai ke dasar. Ada bigfoot dalam GTA? Ha, bila tengok dalam game file tak ada pun. Membongak jelah siapa yang sebar urban legend tu.
Jadi di zaman moden macam ni,dah tak wujud dah urban legend game ni. Sebab semua orang dah tahu macam mana nak semak kesahihan urban legend. Tapi P.T, game kecik yang sepatutnya jadi teaser je boleh jadi urban legend sehingga sekarang. Kenapa?
Sebab P.T ni penuh misteri. Masa launch pun pakai nama studio lain,pakai 7780s Studio. Lepas orang dah solve game tu pun,ramai lagi masih berdebat pasal kesahihan solution. Betul ke kau kena cakap kat mikrofon, nak habiskan game ni? Kena sebut Jarith ke Garith? Tak ramai yang tau.
Dan dengan ketiadaan P.T untuk dimuat-turun,jadi game ni jadi rare. Jadi tak ramai yang berani nak data-mined game ni. Maka jadilah P.T sebuah urban legend gaming dalam era moden. Tapi apa kaitan benda ni dengan Death Stranding?
Kalau siapa tahu pasal game ni, mesti faham yang Kojima cuba untuk wujudkan rangkaian network gamers dalam game,yang bekerjasama ke arah kebaikan. Tapi disebabkan gameplay DS yang menyakitkan hati,membuatkan orang tak nak main pun game ni. Sales dan review jatuh teruk.
Tapi P.T yang dikeluarkan tahun 2014, membuatkan semua gamers di ruang maya bekerjasama untuk menyelesaikannya. Sampai sekarang P.T masih lagi dibedah dan dibincangkan. P.T berjaya melakukan sesuatu yang gagal dilakukan DS, mengumpulkan semua gamers ke arah satu tujuan positif
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih