Amat menakjubkan kalau mengimbau balik tengok macam mana Empayar Rusia terburai. Sepintas lalu sudah cukup untuk faham betapa bahayanya barah apabila sudah bersarang di dalam. Pada mulanya nampak elok – tetapi diam-diam ia membisa, sampai tiba-tiba membawa maut. Itulah nasib yang menimpa Empayar Rusia.

Pada tahun 1850, empayar ini digeruni dunia termasuk British yang berkongsi sentimen semua: Rusia sangat kebal. Empayarnya berkuasa mutlak. Bandar-bandarnya tersurat dan tersirat dengan nilai budaya. Dan kerajaannya pula berfikiran jauh – contohnya Alexander II yang kelam kabut ingin meghentikan sistem perhambaan (serfdom).

Rusia mempunyai 23 juta warga yang diperhamba untuk putaran ekonomi. Pada mata Alexander, jumlah ini satu hari nanti akan bangun memberontak untuk menuntut pembebasan (Radzinsky, 2006). Jadi lebih baik bebaskan mereka secepat mungkin. Usaha dimulakan pada tahun 1859 – dan pandangan jauh Alexander terbukti bernas, kerana Amerika Syarikat sendiri terbelah dalam peperangan saudara kerana isu perhambaan.

Alexander II The Reformist. (2 Mac 1855 – 13 Mac 1881)

Tanpa sistem perhambaan, Rusia secara berkala menggerakkan usaha anti-monopoli terhadap kasta bangsawan. Kerajaan mampu merencanakan pembukaan ekonomi, dengan hak hartanah dan rangsangan perindustrian kerana jutaan bekas hamba kini perlu bekerja (Baten, 2016). Percaya tidak – dasar dibuat maharaja-maharaja terdahulu masih memberi kesan sampai hari ini. Jika kalian beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA, kalian akan faham kerana dasar-dasar ini sebenarnya disambung kerajaan Soviet.

Kira kerajaan Soviet sebenarnya berfungsi macam “kerajaan maharaja” atas nama republik. Banyak benda dikitar semula, walaupun mereka tahu membawa masalah pada awal pelaksanaan. Akhirnya semua masalah ini terkumpul membunuh Rusia yang menjadi mundur teruk antara tahun 1960 hingga 2000. Hanya selepas datangnya Putin, barulah ekonomi Rusia mengaum kembali. Link pembelian: https://bit.ly/3RczxwD

Terlalu Dengan Tradisi Sampai Buta Pasal Rakyat

Persepsi umum yang Rusia kebal terburai selepas kekalahan dalam Perang Crimea… itupun seluruh Eropah kena berganding bahu selama hampir 30 bulan, dengan Perancis kehilangan anggota paling ramai (Clodfelter, 2017). Tsar Alexander pula semakin hilang akal dimamah masalah mental sebelum mangkat pada usia 47 tahun – diganti Nicholas I yang berkuasa selama 30 tahun hingga ajal menjemput semasa Perang Crimea. Banyak percubaan membunuh dibuat terhadap Alexander II yang akhirnya mangkat kerana dibom pada tahun 1881.

Kecederaan baginda ditutup pakaian dan mekap.

Pembunuhan Alexander II menyebabkan pewarisnya Alexander III lebih terasing dalam aspek diplomasi dan sosiobudaya. Bagi baginda, Rusia perlu ditutup daripada pengaruh luar… bahawasanya hanya budaya Slavik saja layak bertempat di situ. Malangnya, baginda berpendapat tiada siapa boleh mencabar kuasanya. Banyak perintah baharu telah membatalkan pembaharuan dibuat Nicholas I dan Alexander II… katanya terlalu liberal. Bagi Alexander III, autokrasi adalah satu-satunya sistem kepimpinan terbaik berdasarkan budaya Slavisme.

Sempadan diperketat dengan kerajaan yang tidak mempedulikan hal ehwal dunia. Jadi Rusia tidak berperang dengan sesiapa. Namun Rusia tidak sama sekali bertambah baik, mudah kata tersisih, terasing dan tertinggal di belakang kuasa-kuasa imperialis lain.

Tsar Alexander the Peacemaker (13 Mac 1881 – 1 November 1894)

Pada masa inilah Mutsuhito bangkit memperbaharui sistem pemerintahan Jepun yang akhirnya digunakan untuk melanggar wilayah Rusia begitu teruk. Kemangkatan mengejut Alexander II menurunkan takhta kepada Nicholas II… maharaja terakhir yang mewarisi bebanan lama, dikeruhkan pula dengan bala baharu.

Nicholas berkongsi pendapat ayahandanya, yang Rusia harus setia pada sistem autokrasi (Longworth, 2006). Tiba masanya, seluruh dunia semakin mendahagakan darah. Mutsuhito menyerang dan berjaya menundukkan Rusia dalam masa 18 bulan. Ketaasuban Nicholas pada idea autokrasi menutup sebarang tirai kritikan. Tanpa laluan untuk bersuara secara sah, rakyat memburu tatacara revolusi… dengan adanya figura seperti Viktor Chernov, Leon Trotsky dan Vladimir Lenin.

Penutup tirai empayar (Nicholas II/1 November 1894 – 15 Mac 1917)

Kerajaan pula pergi membalas laluan bersuara ini dengan kekasaran sampai 15,000 nyawa melayang antara tahun 1905 hingga 1907. Idaman revolusi berterusan selama 10 tahun, yang akhirnya berjaya menumbangkan Dinasti Romanov dan Empayar Rusia sendiri.

Di sini semua boleh nampak punca sebenar kejatuhan Rusia daripada persada empayar. Sebuah kuasa tidak boleh lari daripada medan antarabangsa, sekalipun jika ia membuka jalan untuk kedatangan budaya baharu yang terasing dengan tradisi. Apa yang berlaku di Rusia adalah pendirian kerajaan, yang mengalih perhatian dengan prasangka dapat mengubah. Namun lain yang terjadi: Alexander II membatalkan “serfdom slavery” tetapi 23 juta rakyat kemudian terikat pula dengan “wage slavery” (perhambaan gaji upah). Alexander III mengasingkan Rusia daripada dunia, menyangka dapat melindungi Rusia.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Bala “wage slavery” membawa jutaan untuk membanjiri dataran. Pengasingan pula mengundang musuh yang nampak Rusia sudah lemah. Kedua-duanya akhirnya menumbangkan sebuah empayar bernama Rusia.

RUJUKAN:

Baten, J. (2016). A History of the Global Economy. From 1500 to the Present. Cambridge University Press. Halaman 81.

Clodfelter, M. (2017). Warfare and Armed Conflicts: A Statistical Encyclopedia of Casualty and Other Figures, 1492-2015. McFarland.

Longworth, P. (2006). Russia: The Once and Future Empire From Pre-History to Putin. St Martin’s Press. Halaman 233.

Radzinsky, E. (2006). Alexander II: The Last Great Tsar. Simon & Schuster.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply