Bani Israil merupakan sebuah bangsa yang telah Allah SWT sebutkan di dalam Al-Quran tentang kisah mereka, tentang perilaku mereka dan tentang sikap mereka terhadap seruan dan dakwah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul. Mereka ini juga gemar memberikan janji mereka kepada para nabi dan Rasul tetapi seringkali juga mereka memungkirinya.
Terdapat beberap siri janji mereka kepada para Nabi dan Rasul dan akhirnya mereka sendiri yang memungkirinya.
[Janji mereka untuk Beriman Kepada Nabi Musa dan Mendapatkan tanah yang Dijanjikan]
Setelah keluarnya Bani Israil dari Mesir atas rahmat Allah SWT. Bani Israil ini sebelumnya telah berjanji bahawa akan bersetia kepada Nabi Musa AS dan mengikuti jalan dakwahnya Nabi Musa AS. Namun, ketika sampai perintah perang kepada puak ini untuk membebaskan tanah yang dijanjikan buat mereka, mereka kemudiannya berpatah semula dan memungkirinya.
Tidak sekadar itu, mereka juga mengatakan perkataan yang buruk kepada Nabi Musa AS untuk merebut tanah ini. Sifat inilah yang ditonjolkan oleh bani Israil ketika itu dan Allah SWT telah menghukum mereka dengan membodohkan mereka dengan tersesat di Padang Taih.
[Pendita Yahudi yang Membunuh Nabi!]
Ini juga satu sikap dalam kalangan Yahudi dan Bani Israil ini. Mereka ini tidak boleh menerima teguran dan nasihat daripada Nabi dan Rasul. Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan nabi dan Rasul yang cuba untuk memperbetulkan mereka. Sebagai contoh, pada era Nabi Isa AS.
Nabi Isa AS berdakwah untuk mendakwahkan bani Israil ini supaya kembali ke Syariat yang sebenar setelah pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pemuka Agama bani Israil ini. Dek kerana sombong dan ego ini, Nabi Isa AS kemudiannya telah dilaporkan oleh pemuka Agama Yahudi ini sebagai pemberontak. Hasil daripada laporan ini kemudiannya Nabi Isa AS diburu oleh pasukan Rom di Jurusalem.
Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan Nabi Isa AS dari tipu daya ini dengan mengangkatnya ke langit dan menggantikan wajahnya dengan seorang pengkhianat dalam kalangan Hawariyyun.
Dari peristiwa ini dapat kita saksikan bahawa inilah sifat Yahudi ketika berhadapan dengan para Nabi dan Rasul. Justeru, tidaklah hairan jikalau mereka ini mungkir dan ingkar akan perintah Allah SWT dan ingkar akan Nabi Muhammad SAW.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih