2016 mencipta suatu sensasi K-Drama atas kemunculan drama bersejarah Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo. Meskipun tidak mendapat rating yang tinggi di Korea, namun drama itu mendapat tempat di negara luar terutamanya Malaysia dan Singapura.

Namun begitu, hero drama ini lakonan aktor Lee Joon Gi melakonkan suatu watak sejarah dipanggil Wang So. Namun, benarkah Wang So wujud? Dan apakah cerita pembu-nuhan saudara-saudaranya itu benar mengikut sejarah Korea Selatan, atau lebih dikenali sebagai Goguryeo ketika itu?

Baginda ialah Gwangjong Of Goryeo tetapi lebih ‘mesra’ digelar Wang So. Ayah baginda ialah Raja Taejo, manakala ibunya pula ialah Permaisuri Shinmyeonsunseong. Dilahirkan pada 924, adik beradik keempat daripada 6 adik beradik seibu. Manakala mempunyai 19 adik beradik tiri dari gundik Raja Taejo yang lain.

DITABALKAN MENJADI RAJA

Daripada adik beradik seibu, baginda mempunyai tiga abang iaitu Wang Tae, Wang Yo dan Wang Mu. Wang Tae, abang sulungnya meninggal awal, manakala Wang Mu meninggal dunia pada 945, 3 tahun selepas ditabalkan menjadi putera mahkota.

Hanya Wang Yo yang tinggal, di mana memerintah hanya selama 4 tahun sebagai Jeongjong. Sebelum mati, dia menetapkan Wang So yang layak ditabalkan menjadi raja, berbanding anak sulungnya sendiri, Putera Gyeongchunwon.

Menurut catatan penyair Goryeo, Cho Seungno, “baginda berhati-hati dan lemah lembut, tetapi berani jika dia harus merebut peluang”.

Pada 13 April 949 pada umur 25 tahun, baginda ditabalkan menjadi seorang raja. Baginda Taejo sebelum itu sempat menyatukan Later Three Kingdom (Silla, Baekje, Guryeo), dan membuat suatu pakatan yang berkuasa dan berpengaruh melalui perkahwinan.

MEMBONGKAR KEBENARAN DI SEBALIK PEMBU-NUHAN ADIK BERADIK WANG SO

Wang So merasakan bahawa penyatuan tiga kerajaan itu memberikan ancaman. Kerana dua kerajaan lain mempunyai angkatan tentera dan bila² masa sahaja boleh memberontak. Wang So sekali lagi melakukan pembaharuan, dengan menjadikan pemerintahan mereka sebagai monarki mutlak. Untuk meningkatkan kekuasaannya, dia berkahwin dengan sesama ahli keluarga diraja berbanding keluarga bangsawan.

Beliau melakukan pembaharuan dengan mencipta undang-undang pembebasan hamba, kerana pada ketika itu keluarga bangsawan banyak yang mendera hamba. Keluarga bangsawan mempunyai banyak hamba, terutama tawanan pe-rang, yang bertugas sebagai tentera; mereka berjumlah lebih banyak daripada orang biasa dan tidak membayar cukai kepada kerajaan, tetapi kepada klan tempat mereka bekerja.

Hal ini melemahkan keluarga bangsawan. Ramai rakyat menyokong, tetapi ramai juga keluarga bangsawan yang menentang.

Pembaharuan Gwangjong tidak diterima dengan baik oleh para bangsawan, terutama oleh pegawai tinggi tentera yang membantu baginda Taejo dalam penubuhan Goryeo.

Perbezaan pendapat para bangsawan menyebabkan mereka melakukan pemberontakan, tetapi usaha ini gagal. Pada tahun kesebelas pemerintahannya, 960, Gwangjong memulakan se-rangkaian pembersihan (rombakan besar-besaran), membu-nuh penentangnya.

Di antara mereka, ada saudaranya Wang Won (putera kesembilan Hyoeun), yang disyaki atas dakwaan melakukan pengkhianatan dan diracun, putera raja Hyejong, Heunghwa, dan putera raja Wang Yo, putera Gyeongchunwon.

Wang So juga tidak mempercayai anak sulungnya Wang Ju, yang berusia lima tahun pada masa itu. Pada akhir pembersihan, hanya empat puluh dari 3200 orang Taejo yang berjasa yang membantunya dalam menyatukan Later Three Kingdom masih hidup.

Oleh hal yang demikian, begitulah bermulanya kisah bagaimana pembu-nu-han saudara-saudaranya.

Drama Moon Lovers: Scarlet Heart Reyo sebenarnya diadaptasi daripada novel China, Bubu Jinxin ataupun Startling By Each Step. Mungkin ceritanya hampir sepadan dengan Wang So, Gwangjong Of Guryeo, pihak drama menggunakan namanya sebagai hero drama ini.

Apa pun, drama yang lebih banyak fiksyen dari logiknya ini masih menjadi harapan pelbagai pihak supaya mempunyai siri kedua-termasuklah diri sendiri.

Artikel dikirimkan oleh Kdrama untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.