Isu ini sudah lama diperdebatkan oleh Vickery (saya tidak gemar polisi Khmerization beliau), Pelliot, Dupont, Wheatley mahupun Coedes sendiri.

Namun ada satu laporan dari pengembara China,Kang Tai dan Zhu Ying dari kerajaan Wu kira-kira pertengahan abad ketiga Masehi yang menyimpan petunjuk yang amat penting.

Ia amat penting sehingga Vickery sendiri terpaksa mengubahsuai laporan pengembara China itu, untuk mengukuhkan bahawa bahasa Funan adalah dari kelompok Mon-Khmer.

Ia amat penting sehingga mampu men-checkmate-kan teori Funan adalah kerajaan Khmer.

Petikan dari rekod Kang Tai dan Zhu Ying melaporkan tentang negeri bernama Tun-Sun:

“..The kingdom of Tun-sun depends on Funan; the king name is Kun Lun (Kamara). There were many Brahmans from India…”

(Petikan saya ambil terus dari teks bahasa Inggeris yang diterjemah dari bahasa China)

Kemudian disambung tentang keterangan mengenai adat pengebumian Tun-Sun yang aneh,seakan-akan budaya orang Majusi iaitu membiarkan mayat dimakan burung.Ini ada disentuh dalam buku-buku teks sejarah kita.

Tun-Sun terletak di Segenting Kra atau utara semenanjung Malaysia. Rujuk Micheal Vickery  ‘Funan Reviewed : Deconstructing the Ancients ‘ juga Paul Wheatley dalam ‘The Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland’.

Okay,dari Tun-Sun,kedua pengembara itu berlayar ke satu pulau yang besar:

“…out of Tun-Sun, on a big island of the sea, there is the country of Pi Kien, located at 8,000 li from Funan. People say that the body of the king is big, twelve feet and his head of three feet. From long time ago, he did not die and nobody know his age. This king is supernatural and pious. Bad or good actions done by people of the kingdom, thing of the future, there is nothing that the king does not know. Also none dare to impose to him. Furthermore,in the south country people calls him the king with big neck. The habit of the country is to have houses for habitation, to wear cloths, to eat regular rice and not sweet rice. The language of the habitants differs a little from the Funan. There is a mountain that produces gold; gold appears on top of stone, in immense quantity…”

Perhatikan, meninggalkan Tun-Sun mereka ke satu pulau besar dan bertemu dengan satu kerajaan bernama Pi-Kien.Ini jelas adalah sama dengan Kien-pi, iaitu panggilan China kepada Jambi atau Kampar di Sumatera. Namun dalam Kampai di Langkat juga kemungkinan kerana perjalanan ke Jambi/Kampar mungkin mengambil masa kerana lebih jauh.Jadi saya cenderung bahawa mereka sampai ke Pulau Kampai di Langkat.

Kemudian di sini ia checkmate:

“…the language of the habitants differs a little from the Funan..”

Rekod pengembara China mengesahkan bahawa bahasa Pi-Kien/Kien-Pi adalah ‘berbeza sedikit’ dari Funan menunjukkan bahasa kerajaan di Sumatera itu adalah serumpun dengan bahasa Funan.

Jika bahasa Funan adalah Khmer, sudah tentu ia dicatatkan ‘berbeza banyak’ atau ‘amat berbeza’.

Apabila mengetahui Sumatera tidak mungkin terdapat bukti kewujudan orang Mon atau Khmer, Vickery dengan licik mengubah kepada baris ayat itu kepada keterangan tentang Tun-Sun. Apabila Tun-Sun memang di utara semenanjung,ia lebih logik apabila ingin dikaitkan dengan ‘kerajaan Mon’, walaupun orang Mon hanya buka kerajaan di Thaton, Hamsawati, Haripunjaya dan Dvaravati.

I rest my case.

~Srikandi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply