Hari ini, bila kita cakap pasal perlumbaan angkasa, ramai terus ingat Amerika yang menang sebab dia yang sampai ke bulan dulu. Tapi kalau kita selak balik sejarah Perang Dingin, cerita sebenarnya jauh lebih rumit.
Perlumbaan angkasa bukan saja tentang teknologi roket atau saintis genius. Ia adalah medan propaganda antara dua kuasa dunia: Amerika Syarikat yang kapitalis, dan Soviet Union yang komunis.
Siapa yang kuasai angkasa, dialah yang dikira paling maju dan paling layak pimpin masa depan manusia.
Dan menariknya, perlumbaan ini sebenarnya dimulakan oleh Soviet.
[Soviet Pecut Awal: Kejutan Sputnik & Gagarin]
Tahun 1957, Soviet lancarkan Sputnik iaitu satelit buatan manusia pertama di dunia. Dunia Barat panik. Dalam sekelip mata, Soviet jadi kuasa teknologi yang menakutkan.
Mereka bukan saja mampu hantar objek ke angkasa, tapi secara tidak langsung, buktikan mereka juga mampu lancarkan peluru berpandu antara benua.
Tak lama lepas tu, Soviet hantar Laika, anjing pertama ke orbit. Dan pada 1961, Yuri Gagarin jadi manusia pertama mengelilingi bumi. Dunia terdiam. Komunisme tiba-tiba nampak moden, laju dan progresif.
Amerika pula? Terkial-kial di belakang, sampai tercabar imej globalnya.
[Amerika Bangkit: Misi ke Bulan Jadi Misi Nasional]
Tekanan demi tekanan akhirnya buat Presiden John F. Kennedy umumkan pada 1961: Amerika akan sampai ke bulan sebelum dekad 60-an berakhir. Angkas bagi Amerika waktu itu bukan lagi sekadar projek sains, tapi projek maruah nasional.
Lahirlah program Apollo. Dana berbilion dilabur. Satu generasi saintis, jurutera dan tentera dikumpulkan. Dan pada 20 Julai 1969, Apollo 11 berjaya mendarat di bulan. Neil Armstrong jejakkan kaki, dan dunia menonton secara langsung.
Amerika akhirnya menang perlumbaan paling besar dalam sejarah moden, iaitu perlumbaan ke bulan.
[Tapi Kalau Kira Skor Awal, Soviet Dah Lama Menang]
Kalau kita susun pencapaian satu-satu, Soviet sebenarnya mendahului:
1. Satelit pertama (Sputnik).
2. Manusia pertama di angkasa (Gagarin).
3. Wanita pertama di angkasa (Valentina Tereshkova).
4. Stesen angkasa pertama.
5. Angkasawan pertama berjalan di angkasa.
Tapi kemenangan simbolik dapat ke Amerika. Misi ke bulan jadi lambang kemaajuan teknologi, kekuatan politik, dan dominasi budaya Barat. Sejak itu, Amerika tak pandang belakang. Soviet pula, gagal kejar ke bulan. Projek angkasa mereka senyap, perlahan-lahan dibatalkan.
[Angkasa: Medan Pertembungan Ideologi di Langit]
Perlumbaan ini bukan sekadar mahu capai bintang. Ia tentang siapa yang layak bentuk masa depan manusia. Setiap roket yang dilancar bukan saja bawa kapsul, tapi bawa maruah ideologi.
Blok yang berjaya dominasi langit akan dilihat berhak kuasai bumi.
[Kesimpulan: Siapa Menang?]
Kalau kira siapa mula dulu dan siapa paling banyak ‘first’, jawapannya Soviet. Tapi kalau kita tengok kesan jangka panjang, siapa yang dapat bina imej kuasa dunia, kuasai naratif global, dan kekal dominan hingga hari ini:
Amerika yang menang.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.