Musim Haji yang bakal tiba tidak lama lagi direncatkan dengan laporan bahawa pemberontak Houthi yang menguasai Yaman telah sekali lagi melancarkan serangan peluru berpandu ke Mekah. Kenapa Houthi cuba hancurkan Mekah? Dari mana mereka memperoleh peluru berpandu? Siapa yang membantu mereka? Apa penyelesaian terbaik bagi mengakhiri perang saudara yang berlanjutan ini?

Serangan peluru berpandu kali ini adalah yang kedua dilancarkan oleh Houthi di mana sebelum ini pada Oktober 2016 serangan yang sama dari Scud jenis Burkan-1 ke Mekah pernah dilaporkan. Jika tahun lalu Houthi menafikan dengan mengatakan bahawa mereka menyasarkan lapangan udara Raja Abdul Aziz di Jeddah, kali ini mereka mengakui sasaran serangan peluru berpandu mereka ialah Pangkalan tentera Udara Raja Fahad yang sangat hampir dengan Masjidil Haram. Mujurlah, pada jarak 69 kilometer dari Mekah ia telah dipintas oleh Arab Saudi di kawasan Al-Wasliya di Taif. Kenapa mereka menyerang Mekah? Jawapannya kerana perang saudara di Yaman yang sedang berlangsung.

Situasi terkini di Yaman menyaksikan Perang Saudara antara Houthi di bawah pimpinan Abdul Malik Badruddin Al-Houthi yang disokong Iran dengan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi semakin meruncing. Dari segi teknikalnya, Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang disokong Saudi ialah pemerintah Yaman yang sah kerana beliau menang besar dalam pilihan raya 2012 selepas Ali Abdullah Saleh berundur sewaktu peristiwa Arab Spring. Meskipun seorang yang Sunni, beliau memperoleh sokongan besar termasuklah daripada warga Syiah hinggakan peratus undian beliau mengatasi jumlah pengundi Sunni yang sedia ramai di Yaman. Namun Houthi menarik balik sokongan kepada beliau dan merampas kuasa pada awal 2015 apabila Abd-Rabbu cuba bertindak mengurangkan subsidi petrol dan mewujudkan desentralisasi kuasa yang dilihat bakal memiskinkan lagi wilayah Saada Houthi di utara kerana akan wujud kemungkinan isu agihan peruntukan kewangan yang tidak setara dari kerajaan pusat kelak.

Presiden Abd-Rabbu yang dipaksa meletak jawatan selepas ditahan Pemberontak Houthi telah bekerjasama dengan Arab Saudi untuk menuntut kembali kedudukan beliau sebagai Presiden Yaman yang sah. Disebabkan Houthi mendapat sokongan kuat Tehran, maka AbdRabbu terpaksa mendapatkan sokongan Arab Saudi. Lalu Arab Saudi di bawah Menteri Pertahanan Putera Mohammad Bin Salman mengambil pendirian campur tangan ketenteraan (Operasi ‘Decisive Storm’) di Yaman sejak Mac 2015. Sekutu Saudi seperti UAE turut menjadi mangsa serangan Houthi apabila kapal tenteranya dibedil di pelabuhan Mocha, Yaman. Lebih membebankan, Arab Saudi kini ketiadaan sokongan Qatar akibat pemulauan yang dilaksanakan Riyadh dan sekutunya.

Sebenarnya, perkembangan yang lebih bahaya berlaku sekitar pertengahan Julai 2017 apabila Houthi menyatakan bahawa mereka telah berjaya menembak peluru berpandu ke kemudahan minyak milik Saudi di pelabuhan Laut Merah di Yanbu. Bahkan pihak Amerika Syarikat mengesahkan dakwaan ini. Hal ini membimbangkan kerana jarak antara Saada iaitu tempat di mana peluru berpandu tersebut dibedil Houthi di Yaman dengan Yanbu adalah sejauh 900 kilometer. Hal ini bermakna sistem persenjataan Houthi kini mampu untuk menyerang mana-mana tempat dalam wilayah Arab Saudi – termasuklah dua kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.

Dari mana pemberontak Houthi memperoleh lambakan peluru berpandu ini? Jawapannya dari Iran yang menyalurkan peluru dan aset ini menerusi Pelabuhan Hodeiba di Barat Yaman. Kenapa Iran membantu Houthi? Iran menyokong Houthi kerana kepentingan strategiknya di Laut Merah dan Teluk Aden. Inilah sebabnya Iran telah menghantar pelbagai bantuan kewangan dan persenjataan besar-besaran kepada Houthi sejak 2004 lagi. Banyak kali bantuan persenjataan Iran disekat atau dirampas oleh pihak berkuasa Yaman, bahkan sebelum dikuasai Houthi. Disebabkan inilah Arab Saudi dan AbdRabu Mansour Hadi cuba untuk mengetatkan akses pelabuhan ini yang dimanipulasi Iran-Houthi.

Langkah yang paling wajar bagi menamatkan perang ini adalah dengan rundingan yakni menguatkuasakan kembali Resolusi PBB 2216 yang menuntut puak pemberontak Houthi untuk mengembalikan senjata kepada kerajaan dan kembali ke rundingan bersama Abd-Rabbu Mansour Hadi. Namun Houthi ternyata berkeras untuk menguasai Yaman melalui langkah bersenjata dan enggan menghadiri sebarang rundingan damai seperti pada April 2016. Maka campur tangan ketenteraan Arab Saudi dan sekutunya – yang juga berisiko ke atas nyawa orang awam – boleh difahami sebagai satu-satunya pilihan bukan sahaja untuk menghentikan perang saudara di Yaman, tetapi juga mencegah serangan Houthi ke atas wilayah Arab Saudi itu sendiri. Akibatnya, nyawa orang awam di Mekah, Yaman, dan Arab Saudi terus menjadi taruhan.

Imej: Abdul Malik Badruddin Al-Houthi (kiri); Putera Mohammad Bin Salman (kanan)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply