Waktu malam begini, kalau dapat layan shisha memang seronok. Terus diri ni rasa segar dan bertenaga. Tapi shisha ni tak boleh hisap selalu sebab akan berikan kita penyakit berbahaya. Nak hisap tu sekali sekala bolehlah dan rasanya lebih elok kalau tak hisap langsung.

Melihat kepada bahayanya shisha, mesti ada yang anggap ini merupakan agenda barat untuk melemahkan umat Islam. Ironinya shisha ni berasal daripada dunia Islam. Sebab shisha dicipta ketika era Empayar Mughal menguasai India. Masa tu shisha lebih dikenali sebagai hookah.

Persoalannya macam mana shisha ataupun hookah ni boleh tercipta?

Hookah ataupun shisha ketika era Mughal

Semuanya bermula apabila ramai rakyat Empayar Mughal suka merokok sampaikan Maharaja Akbar turut terjebak sama. Ketika itu nak cari lelaki yang tak merokok memang susah. Paling kesian sekali adalah perempuan sebab lelaki tak merokok adalah barang rare. Tapi kalau good looking, hisap rokok pun deme terima.

Situasi ini telah memberi satu kegusaran kepada salah seorang doktor Empayar Mughal iaitu Hakim Abu’l-Fath Gilani. Sebab tabiat suka merokok ni boleh merosakkan badan dan beri bermacam penyakit. Tambah masalah lagi perokok ni sangat susah nak berhenti menghisap. Katanya hidup tidak sempurna tanpa rokok di sisi.

Fikir punya fikir, akhirnya Hakim Abu’l-Fath Gilani mendapat idea untuk hasilkan satu alat yang tidak memerlukan rakyat berhenti menghisap dan lebih sihat. Alat itu dinamakan sebagai hookah ataupun lebih dikenali sebagai shisha pada hari ini. Shisha dikatakan lebih sihat daripada rokok sebab asap akan ditapis oleh air sebelum masuk ke mulut kita semua.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Shisha pun diperkenalkan kepada Maharaja Akbar sebagai alternatif kepada rokok. Setelah mencuba beberapa ketika, Maharaja Akbar merasakan shisha ni lebih sedap dan khayai berbanding rokok. Jadi Maharaja Akbar terus berhenti merokok dan mula menghisap shisha. Dalam masa yang singkat shisha mula mendapat tempat di hati para bangsawan Mughal. Sampai satu tahap, sesiapa yang memiliki shisha akan dianggap sebagai orang kaya. 

Sekarang ni macam mana shisha boleh tersebar ke satu dunia?

Selepas sahaja Empayar Mughal jatuh, British mula menguasai keseluruhan negara India. Sedikit demi sedikit, orang British mula beradaptasi dengan budaya Mughal dan India. Apa yang menarik perhatian mereka adalah shisha. Sebab dekat negara deme tak ada benda yang serupa macam shisha. 

Ye lah shisha ni rasa dia unik sikit sebab ada bermacam perisa. Bukan macam rokok, rasanya kelat dan pahit. Kadang-kadang ada rokok tu rasa dia sebijik macam lipas. Lama kelamaan orang British mula hisap shisha dan membawanya ke dalam budaya mereka. 

Paling memeranjatkan sesekali adalah sesiapa yang tak hisap shisha ketika era itu terutamanya di Calcutta, akan dianggap kuno dan demo dok kena bare. Memang ramailah berlumba nak hisap shisha barulah maju katanya. Perkembangan shisha ketika era British menguasai India boleh dikatakan sangat gila.

Sebab shisha telah dijadikan salah satu hidangan wajib semasa bersarapan. Kita pun hisap shisha pada waktu malam dan itu pun jarang-jarang. Tapi omputih dan orang Benggali ni rilek je jadikan shisha sebagai sarapan.

Tak lama selepas itu shisha telah dibawa ke London. Penerimaan omputih dekat London terhadap shisha memang sangat menggalakkan. Buktinya di beberapa jalan dekat London, begitu banyak kedai yang menyediakan shisha telah dibuka. Malah bukan setakat lelaki je yang hisap shisha, perempuan pun turut sama layan shisha. Katanya shisha ni sangat cool dan boleh mengeratkan silaturrahim.

Rasanya syedap dan khayai

Memasuki abad ke-20, shisha telah dibawa ke Amerika Syarikat. Apabila rakyat Amerika Syarikat mencuba pertama kali hisap shisha, deme terus terpikat. Reaksi deme sama sahaja macam orang British iaitu rasa shisha agak berbeza dengan rokok. Melihat kepada permintaan yang mendadak terhadap shisha, banyak kedai telah dibuka. 

Senang cerita, budaya menghisap shisha ni telah disebarkan ke seluruh dunia oleh British dan Amerika Syarikat. Hari ini shisha yang pada bermula berfungsi untuk mengurangkan ketagihan rokok dan alternatif lebih sihat sudah menyimpang daripada tujuan asal.

Sebab shisha tidak berfungsi langsung untuk bikin kita berhenti merokok. Bahkan kita pulak yang ketagih sebab ada perisa asam pedas. Bukan itu sahaja shisha boleh dianggap sama bahaya dengan rokok. Kepada korang semua berpada-pada hisap shisha dan rokok.


Kalau anda berminat dengan sejarah Islam di India. kami nak cadangkan buku kami, MUGHAL: MUTIARA ISLAM DI INDIA. Boleh beli di Shopee kami di: https://bit.ly/3FcHqQw

Rujukan

Chatterjee, A. (2018, November 17). Eat, drink, hookah in Calcutta. The Hindu. Dipetik daripada https://www.thehindu.com/society/history-and-culture/eat-drink-hookah-in-calcutta/article25525967.ece

Heaven Leaf. (n.d). Origins of hookah. Dipetik daripada https://www.heavenleaf.com/pages/origins-of-hookah

Smookey News. (2016, Mei 13). Hookahs smokey and flavorful history. Dipetik daripada https://smokeynews.com/history-of-hookah/ 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply