Shinigami adalah dewa atau semangat kematian masyarakat Jepun. Ia saling tidak tumpah seperti Grim Reaper dalam beberapa sudut. Namun, makhluk ini tidaklah begitu mengerikan berbanding Grim Reaper dan mereka muncul dalam legenda masyarakat Jepun pada masa yang agak lewat.
Merentas abad, peranan Shinigami juga mengalami perubahan.
Shinigami tidak wujud dalam legenda tradisional Jepun dan mereka hanya muncul di masa-masa terkemudian. Shinigami itu sendiri adalah gabungan perkataan Jepun yang berbunyi ‘shi’ (mati) dan ‘kami’ (merujuk kepada dewa ataupun semangat).
SHINIGAMI SEBAGAI PENCABUT NYAWA JEPUN
Walaupun mitologi Jepun sejak sekian lama dipenuhi dengan pelbagai jenis kami sebagai semangat alam, Shinigami hanya muncul dalam legenda Jepun sekitar kurun ke-18 dan kurun ke-19 Masehi. Shinigami sendiri bukanlah perkataan yang terdapat dalam mana-mana sastera klasik Jepun. Istilah tersebut pertama kali muncul di Zaman Edo, ketika mana ia digunakan dalam teater boneka dan sastera Jepun dengan beberapa perkaitan seperti perkaitan terhadap semangat jahat si mati, semangat-semangat yang merasuki orang hidup dan juga perbuatan membunuh diri secara bersama.
Sekitar waktu itulah idea-idea Barat, terutama berkenaan agama Kristian mula berinteraksi dan bercampur dengan kepercayaan tradisional Shinto, Buddhisme dan Taoisme. Mitologi Shinto sejak awal-awal lagi memiliki dewi kematian yang bernama Izanami.
Buddhisme pula mempunyai sejenis syaitan bernama Mrtyu-mara yang dikatakan menghasut manusia supaya membvnuh diri. Namun, apabila budaya timur mula bertemu dengan budaya barat serta idea tentang Grim Reaper, maka lahirlah satu dewa baru iaitu Shinigami.
Walaupun Shinigami memiliki banyak kemiripan dengan Grim Reaper, pada hakikatnya mereka sama sekali tidak serupa dan terdapat sejumlah perbezaan penting antara keduanya.
Misalnya dalam kepercayaan barat, Grim Reaper dianggap sebagai makhluk yang menakutkan dan merupakan personafikasi kem4tian itu sendiri. Sebaliknya dalam legenda Jepun, kem4tian tidaklah dilihat sebagai satu entiti atau individu. Akan tetapi, ia dilihat sebagai kitaran hidup yang bersifat semula jadi. Oleh kerana itu, Shinigami dianggap sebagai ejen yang menyelia kitaran tersebut supaya berjalan dengan lancar.
Tidak seperti Grim Reaper yang boleh dikatakan sebagai makhluk pencabut dan pengumpul ny4wa, peranan Shinigami hanya sekadar memastikan manusia m4ti pada masa yang telah ditetapkan dan kemudian, mengiring jiwa mereka kembali ke alam kem4tian.
Penampilan mereka juga boleh dianggap kurang menakutkan berbanding Grim Reaper, lebih-lebih lagi kerana mereka seringkali mendekati manusia supaya menerima kemtian mereka dengan sopan. Ia tidak menakutkan mereka, apatahlagi mengheret mereka menuju ke alam kematian.
Malah, jauh sekali untuk mereka menggunakan pendekatan-pendekatan yang bersifat agresif ketika berhadapan dengan manusia.
Selain itu, berbeza dengan Grim Reaper yang digambarkan sebagai makhluk tunggal dan berupa-paras tengkorak yang diselubungi jubah hitam serta membawa sabit tajam, Shinigami dipercayai memiliki jumlah yang banyak dengan rupa paras yang tidak dapat dipastikan. Malah, mereka lazimnya bekerja secara bergandingan antara satu sama lain.
SEBUAH KISAH TENTANG SHINIGAMI
Dalam sebuah hikayat, diceritakan bahawa terdapat seorang lelaki yang berputus-asa terhadap kehidupannya dan bersedia untuk membunuh diri. Namun sebelum sempat beliau melaksanakan hasratnya itu, beliau dikunjungi oleh Shinigami yang memaklumkan kepadanya bahawa ajal beliau belum lagi tiba. Shinigami itu juga menjelaskan bahawa nyawa setiap manusia diukur pada sebatang lilin. Apabila api lilin itu terpadam, maka manusia itu akan meninggal dunia.
Keadaan ini menunjukkan bahawa Shinigami sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hidup m4ti seseorang manusia. Untuk menghentikan hasrat lelaki itu dari membvnuh diri, Shinigami tersebut berkongsikan kaedah mudah untuk membuat duit kepada lelaki itu.
Lelaki itu diberitahu oleh si Shinigami bahawa beliau boleh berpura-pura menjadi seorang doctor yang kononnya boleh merawat segala jenis penyakit. Dengan menuturkan beberapa kata magis, Shinigami boleh dipaksa pulang ke Alam Kematian sekaligus memanjangkan nyawa seseorang.
Lelaki itu juga dipesan bahawa magis tersebut hanya berfungsi sekiranya Shinigami duduk di kaki katil si pesakit. Seandainya Shinigami duduk di kepala katil, ia bermaksud bahawa si pesakit tidak dapat diselamatkan. Dengan memanfaatkan nasihat tersebut, lelaki itu pun menjadi semakin kaya.
Pada suatu hari, lelaki itu dipanggil ke sebuah rumah untuk mengubati seseorang. Sebaik sahaja beliau memasuki rumah berkenaan, beliau melihat Shinigami sedang duduk di kepala katil pesakit sekaligus mengisyaratkan bahawa kem4tian si pesakit tidak lagi dapat dielakkan.
Walau bagaimanapun, keluarga pesakit itu merayu dan memohon agar beliau dirawat. Mereka malah menawarkan jumlah wang yang besar. Lantaran didorong oleh rasa tamak, lelaki itu pun bersetuju, Ketika Shinigami tersebut terleka, lelaki itu segera mengambil kesempatan untuk mengubah kedudukan katil pesakit sekaligus berhasil menyelamatkan nyawanya.
Namun, Shinigami sudah tentu tidak menyenangi perbuatan tersebut. Sebaik sahaja lelaki itu sampai di rumahnya, beliau dicela atas keingkarannya. Selepas puas memarahi lelaki itu, si Shinigami mengubah nada suaranya dan mengajaknya keluar minum untuk meraikan pendapatan yang diperolehi tadi. Lelaki itu berhasil diperdaya dengan muslihat Shingami tersebut. Beliau bukannya dibawa ke rumah teh untuk minum, sebaliknya dibawa ke sebuah bangunan yang dipenuhi dengan lilin.
Si Shingami kemudiannya menunjukkan lilin milik lelaki itu, yang hampir habis terbakar akibat perbuatannya tadi. Lelaki itu ditawarkan peluang untuk memanjangkan hayatnya dengan memindahkan lilinnya itu pada lilin orang lain. Namun, lelaki tersebut gagal melaksanakannya lantaran lilin yang dibawanya itu terjatuh dan beliau pun serta-merta meninggal dunia.
SHINIGAMI DALAM BUDAYA POP
Shinigami bergerak seiring peredaran masa. Mereka seringkali ditampilkan di dalam anime dan manga moden Jepun, antaranya seperti Death Note, Bleach, Naruto dan Soul Eater. Dalam setiap anime atau manga ini, Shinigami seringkali diberikan peranan yang agak berbeza dengan peranan asalnya. Selain daripada perkaitannya dengan unsur kematian, Shinigami moden ini juga tidak mempunyai banyak kesamaan dengan bentuknya seperti di dalam legenda.
DIOLAH DAN DITERJEMAHKAN DARI:
Wu Mingren. (14 Mac 2019). Shinigami: The Grim Reaper and God of Death in Japanese Folklore. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/shinigami-grim-reaper-japanese-folklore-006072
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih