Oktober 2015, Mahkamah Tinggi Osaka membebaskan Keiko Aoki yang dip3nj4ra lebih 20 tahun atas tuduhan membvnvh anak sendiri pada tahun 1995, didapati tidak bers4l4h dan tuduhan ini tidak berasas.

Betapa mudahnya sistem perundangan meletakkan seseorang itu secara “tidak sengaja” dan Keiko hanya menjadi mangsa kepada tuduhan tersebut. Keiko Aoki mengakui bahawa selepas lebih 10 jam disoal siasat, beliau kemudian dipaksa oleh pihak polis untuk mengeluarkan penyataan mengaku bers4l4h.

Secara psikologi, seseorang yang baru kehilangan anak, sukar untuk berfikir secara waras dan secara tidak langsung, memberi peluang kepada pihak berku4s4 untuk mengambil kesempatan ke atas beliau.

Sistem tirani halus “bers4l4h sehingga dibuktikan sebaliknya” telah diguna pakai sejak kurun ke 18 lagi. Sistem ini menganggap OKT atau nama penuhnya Orang Kena Tuduh, bersalah sehinggalah ada bukti-bukti yang jelas mengatakan beliau tidak bersalah.

Apa yang akan terjadi kepada OKT semasa proses pengumpulan bahan bukti? Mereka dianggap sebagai penjenayah dan dilayan seperti sudahpun disabitkan bers4l4h. Hal ini menunjukkan bahawa sistem ini menolak keras sistem keadilan dan layanan secara samarata.

Negara-negara seperti China, Jepun, Korea Utara dan Myanmar mengaplikasikan sistem ini dalam tuduhan jen4yah bagi memudahkan sistem pendakwaan berjalan dengan lancar dan cepat/

Kenapa mudah?

Kalau semua OKT mengaku bersalah, mahkmamah akan dapat terus menjatuhkan hukuman tanpa menjalani proses pembicaraan yang panjang dan rumit dan pihak pendakwaan  pula tidak perlu untuk mengumpul bahan bukti yang mengambil masa yang lama untuk disahkan kesahihannya.

Manakala, pihak p0lis pula akan memaksa dan memanipulasi OKT untuk membuat penyataan mengaku bers4l4h dan dihantar kepada pihak mahkamah untuk terus menjatuhkan hukvman.

Secara ringkasnya, pihak pendakwa tidak perlu mengumpul bukti, pihak p0lis hanya perlu mendapatkan penyataan mengaku bers4l4h dari OKT, dan pihak mahkamah terus menjatuhkan hvkvman. Kes yang kebiasaannya mengambil masa selama bertahun-tahun kini dapat diselesaikan hanya dalam masa 10 jam sahaja melalui sistem tirani halus ini.

Secara amnya, sistem “bers4lah sehingga dibuktikan sebaliknya” ditolak sekeras-kerasnya dan tidak diterima oleh kebanyakkan negara, atas dasar ianya tidak adil dan juga tidak bermoral.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai PBB menggariskan prinsip “seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” dalam perkara 11, Perisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat dan telah diratifikasi oleh 150 negara serata dunia.

Sistem perundangan yang digariskan dalam perkara 11, secara tidak langsung, akan diadaptasikan dalam sistem perundangan tempatan bagi negara yang telah meratifikasi konvesyen ini.

Walaupun kebanyakan negara menganggap konsep ‘bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya’ ini satu konsep yang “uncivilised” atau tidak bermoral. Namun, kebanyakkan negara masih mengaplikasikan sistem ini secara halus.

Seperti contoh, Arab Saudi dan Pakistan masih menggunakan sistem ini untuk pesalah yang dituduh merogol. Filipina pula menggunakan sistem ini untuk penagih d4d4h manakala, Amerika Syarikat menggunakan sistem ini untuk tahanan di Guantanamo Bay yang rata-rata pesalah tersebut merupakan  majoritinya adalah orang Islam yang hanya disyaki berkomplot dengan mana-mana kumpulan pengg4n4s seperti 1515.

Malaysia pula? Kita mendukung prinsip perundangan dimana “seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah” namun, adakah kita benar-benar mengaplikasikan prinsip ini di dalam masyarakat kita? adakah benar sistem kehakiman adalah entiti yang melaksanakan sesuatu keputusan?

Atau mungkin kita sendiri yang mewujudkan “mahkamah khayalan” dimana kita sendiri menjadi hakim dengan menentukan semua perkara yang kita saksikan di media sosial? Timbul persoalan, adakah kita sebenarnya takut kepada “hvkuman yang dijatuhkan oleh masyarakat yang dizahirkan daripada persepsi mereka atau “hukvman perundangan” sebenar melalui institusi kehakiman? Dimana akhirnya, kita menganggap seseorang itu memang bersalah sehingga ia dapat dibuktikan sebaliknya.

Natijahnya, sistem tirani halus yang menganggap seseorang itu bers4l4h sehingga terdapat bukti-bukti yang menafikan tuduhan itu, memang diakui agak sukar untuk diubah. Hal ini demikian kerana, sistem yang sudah berkurun lama dijalankan di dalam perundangan sesebuah negara dengan tiada pembicaraan yang rumit, semestinya sukar untuk sesebuah negara mengaplikasikan sistem baharu yang lebih adil dan bermoral.

Ribuan manusia telah disalah tuduh sehingga mereka dipenjara dan diseksa tanpa belas ihsan hanya kerana mereka ialah manusia marhaen di mata pemerintah malah, turut dianggap sebagai liabiliti kepada negara.

Namun akhirnya, khilaf perkara ini adalah terletak pada sistem tirani halus yang membenarkan manusia terus dianngap bersalah selagi dia dibuktikan tidak bersalah, yang merana, sudah semestinya, adalah manusia yang terperangkap di dalam sistem


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

To learn is a blessing but to share is truly an honour

Comments are closed.