Menyelongkar kembali kewujudan Iqbal M. di persada seni tempatan tidak boleh dipandang rendah. Baru-baru ini dikhabarkan bahawa Iqbal M. adalah salah satu daripada gelombang ketiga muzik indie. Bunyi-bunyian yang dihasilkan serta lirik yang bersifat lain dari arus perdana menarik perhatian. Walaupun komposisi muzik Iqbal M. pada asalnya berbunyi seperti Monoloque di dalam EP Tembak Tepat, tetapi ternyata mereka mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan lagu dengan baik. Peminat muzik Iqbal M. digelar Moden Rokes jika anda tidak tahu,
Anda mungkin skeptikal kerana tidak pernah mendengar nama band ini. Namun, anda perlu tahu bahawa Iqbal M. bernaung dibawah label Luncai Emas (milik M.Nasir). Jadinya, kualiti yang dibawa oleh band ini sememangnya terbaik. Bukannya mengulang ramuan muzik yang sama. Setiap lirik yang ditulis adalah bersifat sindiran, menyentuh budaya politik, kritikan sosial serta beberapa perkara yang anda boleh nilai sendiri. Vokal Iqbal M. juga berbeza dari 6 tahun lepas, di mana satu perubahan yang ketara jika anda pernah mendengar suara vokalis mereka. Sila dengar dan bandingkan.
Setakat ini Iqbal M. kekal bersama Iqbal (vokalis), Shah (bass), Fei (gitar), Aidil (dram) dan juga Johan (gitar).
Ayuh kita lihat konsep lagu di dalam album Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang (PSJKB) yang telah dirilis pada tahun ini. Menurut vokalisnya, Iqbal Othman kesemua lagu Iqbal M. adalah berbahasa melayu. Kebanyakan lagu-lagu di dalam album tersebut untuk didekasikan kepada orang yang lemah, dibuli di sekolah supaya dapat diberi semangat semula untuk bangkit dalam kehidupan. Iqbal memilih genre post-rock dengan gaya senikata unik tanpa rima sama. Kelainan yang dibawakannya itu bertujuan mengubah halwa telinga masyarakat yang terperangkap dengan muzik tempatan yang sedia ada.
Kita lihat sedikit lirik dari lagu Kota Memujuk supaya anda dapat melihat kebijaksanaan Iqbal M. :
Kota Memujuk
Termakan pujuk rayu kota
Bila aku gilakan semesta
Takkan terancam hati ini
Kuatlah kau
Jangan terpedaya sampai masa
Tarikh luput tiba
Kita tinggal Rumah saiz sama
Walau terlolong..
Belum tentu Menteri, YB datang baca doa
Zohor, asar, maghrib, isyak
Jangan kau pernah ragu-ragu
Atau gusar tentang ugamamu
Memang moden hebat
Banyak salah laku
Masih tak terlambat
Masih ada waktu
Kau tinggikan hidung
Sampai puncak gunung
Bila dah tersadung
Minta Tuhan bantu
Hidup ini memang jalannya berliku
Jadi sediakanlah apa yang perlu.
Tiada korus. Tiada bridge. Ia seperti membaca sebuah puisi. Dari segi penulisan lirik juga ternyata lagu ini memerli masyarakat yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Politik kotor, sifat bongkak serta interprestasi yang boleh didapati di dalam lagu ini terlampau banyak. Kritikan sosial secara kasar.
Di bahagian ‘zohor, asar, maghrib, isyak’, tertinggal lirik ‘subuh’ yang disengajakan. Ya, kebanyakan umat Islam sering tertinggal solat subuh. Lagu ini mengajar kita bahawa Tuhan itu segalanya dan kita harus merancang dalam kehidupan. Lagu sekali lalu yang tiada formula aliran lagu yang biasa. Contoh lagu yang tiada korus ialah lagu Bohemian Rhapsody oleh Queen.
Bagaimana lirik ini ditulis tanpa pembacaan yang teliti? Iqbal berkata bahawa bahan bacaannya terdiri dari subjek sastera sewaktu sekolah menengah. Dia membaca karya Faisal Tehrani dan juga Antologi Sehijau Warna Daun.
Muziknya juga dipengaruhi dari Bjork, Radiohead, Sigur Ros, dan Butterfingers. Lagu-lagu di dalam kesemua album Iqbal M. pasti akan membuatkan pendengar terfikir bahawa hidup ini merupakan satu perjalanan yang panjang dan penuh dengan liku-liku yang menguatkan diri.
Paling Cinta Dalam Dunia adalah lagu yang bersifat peribadi. Pendengar akan tertanya siapa Bainun Waheeda. Sebenarnya ia adalah lagu untuk isteri Iqbal sendiri (lagu itu ditulis sewaktu mereka berpacaran). Menarik bukan? Berikut ialah antara lagu-lagu dari album Iqbal M. :
Tembak Tepat (2010)
- Tembak Tepat (Kenaikan)
- Patah Balik
- Tembak Tepat (Kejatuhan)
- Harap-Harap Okay
- Mati Eksperimental
Antara 2 Darjat (2013)
- Kesana Jalannya
- Selamat Malam Encik Akauntan
- Antara 2 Darjat
- Paling Cinta Dalam Dunia
- Pulanglah Segera
Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang (2019)
- Pra
- Kalau Tewas Nanti Parah
- Kota Memujuk
- Kesatuan
- Di Balik Bukit
- Seri Dewi Damak
- Jangan Cakap Saja
- PSJKB
Melihat persembahan mereka secara langsung bakal membikin anda menjadi aneh. Kadangkala Iqbal akan berpakaian s
Penulis sukar membuat pilihan lagu yang sedia ada kerana ia adalah terbaik. Tetapi penulis mencadangkan untuk anda semua mendengar lagu Kesana Jalannya, Antara 2 Darjat, Paling Cinta Dalam Dunia dan juga Kota Memujuk.
Noh Salleh juga ‘mungkin’ meminati muzik Iqbal setelah beberapa kali dia menyanyi bait-bait lirik dari Paling Cinta Dalam Dunia berbunyi ‘Aku takut, tapi ikut!’. Jika Noh boleh meminati lagu dari Iqbal M., mengapa tidak anda? Iqbal M. ternyata mempunyai potensi untuk menjadi sebutan ramai di suatu masa akan datang nanti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih