Dalam sebuah drama bersiri Korea yang bertajuk RUN ON, terdapat beberapa babak yang pada saya sangat kuat memberi kesan dan mesej mendalam untuk menanamkan semangat dan jatidiri pembentukan sebuah negara bangsa.
Penggunaan bahasa rasmi negara dengan secara menyeluruh merupakan faktor paling penting dalam memupuk semangat perpaduan dan identiti negara.
???????????????????????????? ????
Kim Eun Bi (Ryu Abel) merupakan pemain golf wanita No. 1 Dunia dalam drama ini. Beliau banyak menghabiskan masa hidupnya di Amerika Syarikat berbanding negara kelahirannya.
Dalam satu babak ini, Eun Bi telah diwawancara oleh seorang minah salleh lalu ditanyakan satu soalan berbunyi
“Anda telah banyak meluangkan masa di AS berbanding Korea, jadi kenapa anda perlu menggunakan khidmat jurubahasa?”
Dan jawapan Eun Bi yang paling padu bak kata omputeh ‘Straight right on your face’ kepada Minah Salleh tersebut adalah:
“Sebab saya orang Korea. Kenapa saya perlu berbahasa Inggeris sedangkan pemain golf terbaik dunia adalah orang Korea?
Ini adalah satu peluang untuk semua orang mendengar bahasa kami.”
???????????????????????????? ????????-????
Seo Tae-Woong (Choi Jae Hyun) dan seorang rakannya merupakan Korean Idol. Walaubagaimanapun mereka membesar di Amerika Syarikat dan sudah tentu ada sedikit perwatakan poyo dan fasih berbahasa Inggeris.
Terdapat satu babak ini dimana Seo Tae-Woong berborak bersama rakannya DALAM KERETA menggunakan Bahasa Inggeris dengan fasih lalu dimarahi oleh pengurus mereka dengat ayat
“Tiada penggunaan bahasa inggeris disini! Kalian berada di Korea, sila ikut peraturan.”
Wau… Borak berdua dalam kereta dalam BI pun kena marah. ????
???????????????????????????? ????????-????:
Babak ini dimana Oh Mi Joo (Shin Se-Kyung) menjadi kru sebuah produksi filem Amerika Syarikat yang membuat pengambaran di Korea.
Pengarah Sinematografi, pelakon dan beberapa kru merupakan orang putih manakala 80% yang lain adalah orang Korea. Jadi mereka mengupah Mi Joo sebagai Jurubahasa.
Oh Mi Joo telah bergaduh mulut dengan pengarah Mat Salleh tersebut kerana mat salleh itu telah berani memaki hamun, mencarut dan memperkecilkan kru berbangsa Korea yang lain disebabkan mereka tidah faham Bahasa Inggeris.
Berbeza dengan kita di Malaysia, kalau ada 20 orang staff orang Malaysia, tapi cukup dengan hanya seorang sahaja staff warga asing, kita pula yang terpaksa terkial-kial kena cakap Bahasa Inggeris. Seolah-olah kita yang datang ke negara orang.
Begitulah bagaimana kuatnya rakyat Korea malah negara-negara seperti Jepun, China, German dan Perancis walaupun mereka telah maju, canggih dan terkenal diseluruh dunia, mereka tetap memartabatkan bahasa dan kebudayaan mereka dalam setiap perkara seperti pendidikan, filem, drama, animasi, lagu dan pelbagai lagi.
Manakala kita di Malaysia pula memperlekehkan, mengecilkan, memerli, dan mengetawakan jika ada rakan-rakan kita yang tersalah sebutan atau tatabahasa Bahasa Inggeris walaupun sedikit.
Tak salah untuk menegur dan perbetulkan, tapi yang menjadi kesalahan apabila teguran itu dilakukan dengan nada sindiran dan tertawa seolah-olah mereka yang tersalah sebut ini terlalu bodoh.
Jika kita hendak maju, contohilah adab dan pemikiran mereka yang telahpun maju jauh kehadapan daripada kita.
Artikel dinaikkan selepas mendapat izin Nur Syazwan Arasy.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih