Tidak ramai tahu dari tahun 2013 hingga 2015, dua buah perkampungan di utara Kazakhstan menderita sejenis penyakit aneh yang digelar sleepy hollow.

Selama bertahun-tahun orang kampung mula mengalami tidur bak kema.ti.an yang kadang-kadang boleh berlanjutan selama berhari-hari atau berminggu-minggu. Ia boleh saja tercetus sama ada mereka berada di rumah, atas katil atau semasa berjalan.

Jika ada yang melihat mereka berjalan-jalan di luar, mereka menyangka orang ini dalam keadaan sedar. Tetapi selepas itu, mereka akan berdengkur dan tidak mengingati apa yang berlaku selepas bangun dari keadaan yang dialami, kadang-kadang berjam-jam atau berhari-hari.

Bagi sesetengah penduduk, ia mengundang an.ca.man kesihatan serius kepada mereka. Sesetengah mengadu dise.ra.ng sakit strok atau mengalami halusinasi pelik bin ajaib. Bagi kanak-kanak yang mengalami sleepy hollow, mereka mengadu melihat cacing memakan tangan mereka, ibu mereka mempunyai lapan mata dan kuda terbang.

Apabila perkara ini diadukan ke pengetahuan pihak berkuasa, mereka cuba menyelesaikan misteri yang menyelubungi dua perkampungan tersebut. Ada berpandangan lombong uranium yang ditutup selepas kejatuhan Kesatuan Soviet yang berhampiran dengan dua kampung berkenaan sebagai punca. Tetapi selepas memeriksa tahap radiasi kawasan berkenaan, ia kelihatan normal.

Ada pula yang mengaitkan hal ini dengan histeria beramai-ramai atau alkohol tiruan. Bagaimanapun, teori ini sudah bermasalah kerana sleepy hollow dialami oleh semua lapisan umur penduduk termasuk kanak-kanak. Malah, haiwan juga tidak terlepas daripada mengalami simptom ini seperti dialami seekor kucing bernama Marquis.

Menurut pemiliknya Elena Zhavoronkova, Marquis seperti tidak keruan dan mencampakkan dirinya ke dinding atau kabinet. Selepas Elena mengeluarkannya ke beranda rumah pada waktu malam, ia mengejar seekor anjing walaupun dari kedudukan tinggi.

Keesokan harinya, dia dan ahli keluarganya mendapati Marquis berdengkur kuat dan tidak memberi reaksi kepada apa-apa termasuk makanan. Dan apabila ia bangun, Marquis merasa tidak bermaya termasuk tidak boleh melompat ke atas kerusi.

Siasatan pihak berkuasa akhirnya mendedahkan apa yang berlaku. Mereka mendapati penduduk sebenarnya mengalami kekurangan oksigen dalam otak dan ia ada kaitan dengan lombong uranium yang dikatakan sebelumnya. Cuma dalam kes ini, ia sebenarnya menyimpan kepekatan karbon monoksida yang tinggi sekaligus mengurangkan kadar oksigen dalam udara.

Bila karbon monoksida dicampur dengan hemoglobin, ia menghasilkan karbonhemoglobin – jauh lebih berkesan daripada oksigen sekaligus membawa kepada kekurangan oksigen dalam kepala pesakit. Sebaik saja punca ini dikenalpasti, kerajaan Kazakhstan mengarahkan pemindahan penduduk dibuat segera. Sejak ia dikenalpasti, suku daripada penduduk dua kampung berkenaan menderita penyakit tersebut.

RUJUKAN:

Felton, J. (2021). The Strange Sickness Of “Sleepy Hollow” That Struck Villagers In Kazakhstan. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.