On Tuesday, Mahathir was reported as saying he was considering reducing Malaysia’s reliance on imported coal by exploiting domestic coal reserves in Sabah and Sarawak.

He said this would be better than using nuclear energy given the difficulties surrounding nuclear waste disposal.

Most of Malaysia’s coal reserves are in Sarawak although Sabah has rich reserves in the Meliau and Melibu forest basins as well.

– Free Malaysia Today

————-

Aku kaget sekejap bilamana kenyataan berkenaan eksploitasi sumber arang batu untuk penjanaan elektrik disebut oleh Tun Mahathir, PM7 kita.

Walaupun masih tahap cakap-cakap saja, dan belum ada pelaksanaan aku tetap kaget sebab aku tahu dan orang Sabah tahu dimana letaknya deposit arang batu terbesar yang masih belum dieksploitasi.

Masa tinggal di Sandakan dulu, aku dengar yang ada pihak cuba melobi kerajaan Persekutuan untuk buka lombong arang batu. Masa tu ada ahli politik dan menteri Persekutuan juga bawa usul sama kepada penduduk Sabah Timur tapi ditentang habis-habisan.

Tahu dimana mereka nak buka lombong ini?

Di Lembangan Maliau.

Ya. Lembangan Maliau yang merupakan kawasan hutan hujan yang masih belum terusik, dara, mempunyai ekosistem tersendiri dan digelar Sabah Lost World. Kerajaan Sabah pada tahun 1981 mengisytihar Lembangan Maliau sebagai kawasan perlindungan. Selama wujudnya lembangan ini, ia hanya ditemukan pada tahun 1947 secara tak sengaja.

Lembangan seluas 390km persegi, dan merupakan kawasan yang terletak pada ketinggian 1675 meter dari aras laut ini masih belum diganggu oleh pembangunan atau diteroka secara ekstensif oleh manusia dan sangat ironik, lembangan ini turut menyimpan deposit arang batu gred tinggi.

Dulu ada dengar ura-ura penerokaan kawasan tersebut untuk perlombongan arang batu, bagi menjana elektrik yang merupakan satu kekangan dan kekurangan di Sabah. Tapi warga Sabah, penduduk Sandakan dan Lahad Datu menentang lobi perlombongan tersebut.

Pada warga Sabah, adalah satu kerja gila untuk membenarkan pelobi ini menjarah hutan dara yang diperakui merupakan kawasan hutan tropika yang benar-benar liar dan tidak pernah diteroka untuk kayakan konglomerat perlombongan.

Lepas tu lobi dan usaha untuk meneroko Lembangan Maliau untuk deposit arang batu senyap. Kerja-kerja kajian terhadap flora dan fauna serta ekosistem Lembangan Maliau yang usianya sangat tua diteruskan akademia dan kalangan pencinta alam sekitar.

Membaca laporan berita diatas, aku serius kaget. Jelas, Jabatan Perhutanan Sabah, dan segala NGO negeri Sabah serta badan antarabangsa yang mendana konservasi Lembangan Maliau yang selama ini memperjuangkan usaha perlindungan, melaksana kajian terperinci ekosistem lembangan dan kawasan hutan dinegeri tersebut juga tidak setuju dengan desas desus tersebut malah aku yakin mereka akan bangkit melawan demi melindungi khazanah hutan purba yang belum dieksploitasi ini.

Kita bukan lagi hidup di zaman sebermula Revolusi Industri yang mengeksploitasi sumber bahan api fosil untuk menjana ekonomi dan mengerakkan enjin kemajuan dengan menggunakan arang batu dan petroleum.

Sekarang zaman Revolusi Industri 4.0, dimana sumber tenaga boleh diperbaharui sudah sedia ada wujud dan teknologinya semakin berkembang. Kenapa perlu melombong arang batu sedangkan kita boleh saja menjana elektrik menggunakan tenaga suria, atau dengan turbin angin, malah dengan menggunakan arus lautan. Tak masuk akal.

Panel suria dalam konsep luar pantai ini diletakkan diatas kapal sepertimana konsep FPSO dan FLNG, menggunakan kapal kargo yang dilucut tauliah dan diletakkan dipesisiran pantai untuk menjana elektrik bagi bandar pesisiran pantai. Malah jika konsep ini berjaya barangkali kita mampu untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil diseluruh negara.

Buat masa sekarang, ladang solar di Malaysia dibangunkan di kawasan tanah lapang, seperti di Bagan Datoh dan di Melaka. Untung kalau ada tanah. Tapi takkan kita nak gunakan semua tanah yang juga penting untuk pertanian dan tukarkan kepada penjanaan elektrik?

Konsep ini digunakan pada skala industri di China, Jepun dan India sekarang.

India menempatkan panel suria mereka di laluan tali air bagi menjana elektrik bagi kawasan yang satu masa dahulu tak terbayangkan akan adanya elektrik, kawasan pedalaman yang pada dekad pertama millenium ini masih mengharapkan lampu minyak tanah. Sekarang India menjadi antara negara yang mensasarkan penjanaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2025 dan pembangunan teknologi suria di India sangat pantas. Kampung-kampung yang dulu tak ada bekalan elektrik kini mulai disinari lampu kalimantang, dan bekalan air disalurkan dengan pam elektrik dan bukan lagi dengan menunggu giliran di telaga. Secara tidak langsung pertanian yang merupakan industri utama kawasan kampung juga berkembang. Pengairan beralih dari menggunakan haiwan bebanan kepada pam elektrik.

Jepun juga sudah mulai menempatkan panel suria dikawasan pesisiran pantai, dan logikanya adalah Jepun sebuah negara yang mempunyai tanah yang terhad, dan dipenuhi kawasan pergunungan. Untuk membuka ladang suria, mereka terpaksa mengorbankan tanah pertanian dan ini tidak mapan. Maka Jepun melihat adalah satu jalan yang paling mapan untuk membina solar panel installation di pesisiran pantai.

Malaysia dikurniakan geografi yang mempunyai tahap keamaatan cahaya Matahari yang mampu menjana elektrik, dan letaknya negara kita sepuluh darjah ke utara dari garisan Khatulistiwa adalah satu rahmat. Kebergantungan kepada petroleum dan arang batu yang tidak boleh diperbaharui dan kesannya yang terus menerus menyebabkan penghasilan karbon yang seterusnya menganggu aturan iklim global harus menyedarkan kita bahawa, kita mesti mulai mengorak langkah kearah penjanaan elektrik dengan menggunakan tenaga suria.

Terus, adakah kita hanya mahu menganga saja melihat negara lain tanpa kita berbuat apa-apa?

Bilamana negara kuasa ekonomi seperti China dan India sedang berlumba-lumba untuk menjadi solar powered nation, kita nak tebang hutan, tarah bukit dan buka lombong arang batu adalah langkah kebelakang. Arang batu akan habis bila dilombong nanti, tapi yang kita takkan dapat semula adalah khazanah hutan Lembangan Maliau dimana satu masa kalau lobi melombong ini berjaya anak cucu kita hanya akan dapat lihat dari foto sahaja.

I for one, against coal mining in Maliau Basin or in any other part of Sabah pristine forest within and around Danum-Maliau-Imbak corridor.

Jangan main gila.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Comments are closed.