Dalam lipatan sejarah, manusia sentiasa berangan bukan saja mempunyai kehidupan abadi tetapi sentiasa kekal muda. Ia satu obsesi yang sentiasa muncul dalam lipatan sejarah manusia. Dan beberapa hari lepas, saintis merasakan telah menemui resepi untuk memudakan kembali sel manusia sebanyak 30 tahun!
Ini berdasarkan satu kajian di Institut Babraham, Cambridge yang diterbitkan dalam jurnal eLife. Penyelidik-penyelidik Cambridge mendedahkan mereka berjaya memprogramkan semula sel-sel kulit peserta dari usia 38 hingga 53 dan menjadikannya muda sebanyak 30 tahun. Ini termasuk memulihkan kembali fungsi sel lama yang hilang akibat peredaran masa.
Bagi menguji teori mempermuda semula sel kulit, satu eksperimen yang meniru luka kebakaran dijalankan. Menerusi eksperimen itu, sel-sel yang lebih tua didedahkan kepada campuran bahan kimia bagi memprogram semula sel untuk berkelakuan seperti sel muda dan membuang semua perubahan yang berkait dengan usia.
Eksperimen sebegini bukan sesuatu yang baru di mana ia berjaya dicapai dalam 50 hari. Tetapi untuk eksperimen terbaru ini, ia berjaya dicapai dalam tempoh 13 hari dan menjadikan sel jauh lebih muda.
Kaedah terbaru ini berdasarkan teknik transkripsi Yamanaka, teknik pembaharuan kulit yang dipelopori oleh pemenang Hadiah Nobel dari Jepun, Dr Shinya Yamanaka. Teknik ini menyaksikan sel lama daripada ibu bapa ditukar menjadi sel muda bayi yang baru lahir untuk dijadikan sebagai sel stem. Ini merupakan satu contoh papan kosong biologi tanpa sebarang penanda perubahan umur.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Babraham dianggap satu langkah ke hadapan. Ini kerana teknik ini tidak memadamkan terus sel lama. Sebaliknya, proses pemprograman semula menghalang proses ini separuh jalan sekaligus membantu saintis mencari keseimbangan antara menjadikan sel muda dengan mengekalkan fungsi asal sel.
Teknik mempermuda kulit ini juga dilihat memberi kesan positif kepada gen-gen yang berkait dengan penyakit berkait usia. Ini termasuk gen APBA2 yang dikaitkan dengan Alzheimer dan gen MAF yang ada kaitan dengan penyakit katarak.
Begitupun, mekanisme di sebalik proses ini masih lagi belum difahami. Justeru, kajian lebih lanjut perlu dijalankan memandangkan ia boleh menjadi pencetus kanser. Setelah semua kemungkinan ini diketahui, barulah ia boleh diaplikasikan untuk ubat jana semula (regenerative medicine).
RUJUKAN
Ng, K. (2022, 9 April). RESEARCHERS REVERSE AGEING IN HUMAN SKIN CELLS BY 30 YEARS. The Independent.
Hall, R. (2022, 8 April). Scientists make further inroads into reversing ageing process of cells. The Guardian.
Sumber gambar: Getty Images
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih