Baru-baru ini, sekumpulan saintis Amerika Syarikat-China berjaya menyuntik sel stem manusia ke dalam embrio monyet. Embrio tersebut kemudiannya dikaji selama 20 hari sebelum dilu.p.uskan. Bagaimanapun, berita ini mengundang rasa gusar dalam kalangan komuniti saintifik tentang etika dan undang-undang di sebalik eksperimen sebegini.
Sebelum ini, saintis menghasilkan embrio spesis campuran atau chimera dengan sel manusia disuntik ke dalam embrio babi dan kambing biri-biri. Kajian ini dibuat di Institut Salk, AS dan diketuai oleh Profesor Juan Carlos Izpisua Belmonte. Profesor Izpisua Belmonte merupakan saintis yang mengetuai eksperimen chimera manusia-babi pertama pada 2017.
Beliau mempertahankan eksperimen itu dengan melihat ia boleh membuka jalan kepada solusi meningkatkan bilangan organ yang boleh dipindahkan untuk pendermaan organ. Selain itu, kajian ini turut membantu saintis memahami pembangunan awal manusia, perkembangan sesebuah penyakit dan perkembangan umur. Profesor Izipisua Belmonte turut memberi jaminan eksperimen ini mematuhi semua panduan etika dan perundangan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, tidak ramai yang bersetuju dengan pandangan beliau. Bagi Profesor Julian Savulescu dari Universiti Oxford, eksperimen sebegini disifatkan sebagai cubaan memecahkan tabu tentang kewujudan chimera campuran manusia. Walaupun pasukan tersebut telah memusnahkan embrio dalam tempoh 20 hari, beliau percaya akan ada pihak yang cuba melanjutkan tempoh eksperimen sehingga ia berjaya dihasilkan sekaligus menjadi sumber organ kepada manusiawi.
Manakala Dr Anna Smajdor dari Sekolah Perubatan Norwich di Universiti East Anglia menyifatkan eksperimen ini bakal menimbulkan perdebatan hangat sama ada embrio patut diklasifikasikan sebagai manusia atau tidak. Perdebatan sebegini sudah pasti akan menimbulkan persoalan baik dari segi moral, etika saintifik dan undang-undang.
RUJUKAN:
Briggs, H. (2021). Human cells grown in monkey embryos spark ethical debate. BBC News.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih