Kedatangan koronavirus membuktikan bagaimana pentingnya solidariti kemasyarakatan. Yang kaya menunggu; yang miskin dibantu. Kerana peny4kit tidak pernah mengenali jurang antara kedua-dua ini, apatah lagi dari segi darjat.
Kedengaran lafaz kesyukuran selepas Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah disahkan negatif (Bernama, 2020).
Tetapi nasib British tidak begitu baik, kerana Putera Charles dan Boris Johnson perlu menjalani rawatan (Breuninger, 2020).
Monarki di United Kingdom mempunyai sejarah yang panjang. Dinasti Saxon merupakan kuasa yang begitu kuat suatu masa dahulu. Egbert dari Saxon sudah menguasai Wessex sejak tahun 802 lagi.
Lebih daripada 100 tahun kemudian Athelstan (gambar diatas) menjadi raja seluruh England. Dinasti Saxon akhirnya kehilangan kuasa buat selamanya sejak tahun 1066 apabila William I tiba dari Normandy.
Bertukar-tukar tangan sistem monarki terus hidup di United Kingdom. Keluarga Windsor menguasai United Kingdom bermula tahun 1910 melalui Raja George V iaitu datuk kepada Ratu Elizabeth.
Jadi antara 802 hingga 2020, berkali-kali monarki British dih3nt4m peny4kit. Dan tiada sejarah boleh disingkap tanpa W4b4k Hitam angkara bakteria Yersinia pestis.
Peny4kit ini sudah dirakamkan dalam sejarah sejauh peradaban imperialisme Rom lagi.
Bala Bakteria Terhadap British
Tetapi bermula tahun 1334, dunia seolah-olah mengharungi suatu transformasi besar apabila 25 juta orang terbvnvh angkara peny4kit ini. Dan pada masa itu keluarga diraja pun tidak terkecuali.
Percaturan monarki biasanya mengikatkan dua negara melalui perkahwinan. England dan Sepanyol bersedia untuk merapatkan saf atas hubungan politik dan ekonomi.
Maka Raja Edward III ingin mengahwinkan puterinya Joan bersama Pedro dari Castile.
Dalam perjalanan ke Sepanyol, Joan menghid4pi peny4kit ini dan pergi buat selamanya (Mortimer, 2014).
Duka ditelan Edward III dikatakan terlalu mendalam kerana baginda menahan diri daripada menutup pintu negara. Pedro pula kehilangan ayahandanya Raja Alfonso XI dua tahun kemudian kerana peny4kit yang sama.
Edward III mangkat ketika usia 64 tahun di Istana Sheen pada 21 Jun 1377. Takhta baginda diwarisi cucunya iaitu Richard II yang menerima nasib sama. Yersinia pestis menular sekali lagi dan kali ini membvnvh Ratu Anne pula.
Duka kali ini pula meninggalkan kesan fizikal. Richard II menitahkan supaya Istana Sheen dimusn4hkan, kerana disitulah Anne menghembuskan nafas terakhir.
Bala Virus Pula
Apabila Elizabeth Woodville meningg4l dunia pada tahun 1492, satu perkara pelik berlaku. Baginda berkahwin dengan Raja Edward IV secara rahsia.
Kemangkatan Edward pula menjadikannya bonda ratu pada masa percaturan takhta memberikan tekanan terhadap hubungan Woodville dan Gloucester.
Tetapi sisa kehidupannya menyaksikan penghormatan tertinggi sehinggalah akhir h4y4t yang menariknya baginda dikebumikan secara rahsia juga (Solly, 2019).
Persoalan dalam kalangan pengkaji mula timbul, terutamanya berkaitan fobia peny4kit melampau yang ditunjukkan cucunya.
Kem4tian Elizabeth dipercayai kerana sama ada Yersinia pestis atau peny4kit yang berlaku kerana virus variola. Cacar menghentam British dengan teruk sehingga Raja Edward VI tidak sempat menikmati usia mudanya pun.
Baginda mangkat terlalu awal, iaitu semasa umur 14 tahun. Takhta baginda diwarisi adik perempuannya Mary yang berkuasa selama lima tahun sahaja.
Tetapi dalam tempoh singkat inilah Mary mengabadikan namanya buat selamanya sebagai “Bl00dy Mary” kerana memb4k4r 300 warga England yang dianggap mengamalkan bid’ah.
Adiknya Elizabeth I pula naik ke takhta tetapi tidak lama selepas menginspirasikan bangsanya menghid4pi cacar.
Pada masa itu cacar ialah suatu epid3mik begitu teruk kerana memb4h4yakan warga emas dan wanita.
Sesiapa yang sembuh pun silap haribulan cacat fizikal buat selamanya – Elizabeth antaranya. Semasa sengsara, Elizabeth mengatakan bahawa “m4ut mencengkam setiap sendi beta.”
Cacar gagal menghalang kebangkitan England sebagai kuasa besar dibawah Elizabeth yang menaungi keemasan seni. Semasa pemerintahan bagindalah lahirnya beberapa penggiat seni seperti William Shakespeare.
Tetapi lebih daripada 100 tahun kemudian, cacar membvnvh Ratu Mary II. Dalam sejarah bangsa lain pula, virus yang sama meragut ny4w4 Raja Sepanyol (1724), Tsar Rusia (1730) dan Raja Perancis (1774).
Legasi Peny4kit Dalam Monarki British
Raja Charles mempunyai akses perubatan antara yang paling maju dalam dunia. Selepas Yersinia pestis dan variola, dunia kelihatan menghadapi kesukaran bernafas dengan Influenza pula.
Pada masa inilah datang pula koronavirus yang ubatnya tidak diketahui lagi. Jika senario terburuk berlaku, iaitu kemangkatan Charles – satu revolusi besar tentu sekali menggerakkan sendi-sendi kerajaan supaya sentiasa berwaspada.
RUJUKAN:
Bernama. (2020, March 26). Covid-19: King, Queen under quarantine, seven Istana workers (ditapiskan). The Star Online. Retrieved from (Request Link)
Breuninger, K. (2020, April 6). UK Prime Minister Boris Johnson in intensive care after coronavirus symptoms worsen. CNBC. Retrieved from https://www.cnbc.com/2020/04/06/uk-prime-minister-boris-johnson-in-intensive-care-after-coronavirus-condition-worsened.html
Mortimer, I. (2014). Edward III: The Perfect King. Rosetta Books. Chapter 11.
Solly, M. (2019, April 29). Did Elizabeth Woodville, England’s ‘White Queen’ (ditapiskan) of the Plague? Smithsonian Magazine. Retrieved from (Request Link).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih