The Sphinx of Giza ialah tugu patung yang terkenal bagi peminat sejarah Mesir Kuno yang masih gah di samping Piramid Giza setelah beribu-ribu tahun lamanya. Rupanya seperti wajah manusia, berbadan singa, dan mempunyai sayap helang mengikut rekod tulisan hieroglif memperlihatkan betapa uniknya patung ini sehingga dikenali oleh tamadun kuno lain. Seperti dalam mitologi Yunani Kuno, sphinx dihantara oleh dewa-dewi untuk hancurkan kota Thebes. Orang Arab pula mengenali patung sphinx dengan gelaran ‘Abu al-Hawl’.
Sejarah monumen setinggi 20 meter dan panjangnya 73 meter ini bermula dari projek mengukir patung ini dari lantai batu kapur pada 2,500 SM dahulu. Ini bermaksud orang Mesir mengukir dari atas kepala sphinx yang pada asalnya lantai tempat mereka berpijak pada waktu itu!
Namun, persoalan utama bagi ahli arkeologi untuk membongkar patung terkenal ini ialah siapakah yang memulakan projek ukiran ini? Dan apakah fungsi asal pembinaannya? Menurut pendapat arus perdana, sphinx ini dibina untuk firaun Khafre dan fungsinya ialah sebagai tugu pemyembahan dewa Ra iaitu dewa matahari Mesir Kuno.
Walau bagaimanapun, pendapat tersebut hanya andaian saja kerana tidak ada bukti tentang perkaitan firaun Khafre dan sphinx ini. Terdapat juga sumber manuskrip Mesir menyatakan dakwaan bahawa sphinx ialah dewa Anubis bersaiz gergasi. Tetapi, jawapan mutlak untuk asal-usul sphinx masih belum ditemui sehingga kini.
Menurut ahli geologi bernama Robert Schoch dari Universiti Boston, kesan hakisan yang terdapat pada sphinx ini sebenarnya akibat titisan hujan, bukannya angin yang ramai pengkaji ketengahkan tentang hakisan ini. Jika air hujan ialah penghakis patung tersebut, maka usia sphinx lebih tua dari 2,500 SM.
Jika benar usia sphinx ini lebih tua dari monumen Piramid Giza, apakah fungsi sebenar sphinx Yang and menjadi tanda Tanya pengkaji ini? Banyak teori dalam kalangan pengkaji bagi memahami patung itu. Antaranya sphinx dibina pada 10,000 SM sebagai rujukan kedudukan buruj Leo. Namun, teori ini dipatahkan lansung oleh ramai pengkaji.
Satu lagi teori berkenaan sphinx ini ialah teori bilik bawah tanah yang dipopularkan oleh penulis majalah Smithsonian bernama Edgar Cayce pada tahun 1932. Menurut beliau, sphinx dibina oleh orang Atlantis pada tahun 10,500 SM. Di bawah sphinx mereka membina bilik bawah tanah untuk menyimpan rekod sejarah dan rahsia tentang tamadun Atlantis dan kaum manusia lain.
Teori ini kemudian menjadi perhatian pelbagai pihak seperti pentaksub teori konspirasi, pencari harta karun, malah sejarahwan sendiri. Dari sini ada usaha menggali bawah patung sphinx secara diam-diam.
Dalam buku karya Robert Bauval yang bertajuk Secret Chamber: The Quest for the Hall of Records, terdapat kisah tentang ahli arkeologi Mesir terkenal bernama Zahi Hawass menggali kawasan hadapan patung sphinx, kemudian menemui batu granit merah yang begitu aneh kerana tidak pernah batu ini wujud di tanah batu kapur. Perkara ini membuatkan penulis percaya bahawa bilik bawah tanah sememangnya wujud.
Sehingga kini, menurut beberapa sumber, bilik bawah tanah telah ditemui namun dirahsiakan dari pengetahuan dunia. Mengapa perlu dirahsiakan? Benarkah is bilik itu penuh dengan rahsia tamadun Atlantis seperti mana Cayce utarakan teorinya? Hanya tunggu masa saja untuk menantikan seseorang membongkar misteri patung sphinx ini.
RUJUKAN:
Collins, A. 2009. Beneath the Pyramids: Egypt’s Greatest Secret Uncovered . A.R.E. Press.
Coppens, P. No date. “The Egyptologist, the Sphinx and the cover-up” in Eye of the Psychic
Temple, R. 2009. Sphinx Mystery: The Forgotten Origins of the Sanctuary of Anubis . Inner Traditions.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih