Sistem tangki septik telah menjadi topik perbincangan sejak sekian lama.
Pada tahun 800 sebelum masihi, Empayar Rom telah pun mempunyai sistem saluran kumbahan dan tangki septik yang hampir sama fungsi dengan rekaan moden. Satu longkang terbuka akan dibina menghubungkan bahagian tandas dengan satu kolam besar. Apabila hujan, air akan mengalirkan semua sisa didalam longkang kedalam kolam. Enapcemar pepejal akan berada dibahagian bawah dan sisa lemak akan berada dibahagian atas.
Air yang tercemar ni perlahan-lahan meresap ke dalam tanah dan mengalir dan bercampur dengan kandungan air bawah tanah. Tanah bertindak sebagai tapisan semulajadi untuk menuetralkan sisa kumbahan tadi supaya air itu tidak lagi mengandungi bakteria berbahaya. Nak lagi best, sisa pepejal yang tertinggal selepas semua cecair meresap ke dalam tanah tu mereka ambil buat baja pokok.
Zaman gelap Eropah, sistem saluran kumbahan mereka tidak terus ke tangki atau sungai sebaliknya tersangkut dilongkang. Ada pekerjaan khas untuk kutip. Lagi best kalau rumah dua tingkat, buka sahaja tingkap dan campak ke bawah.
Satu banjir besar yang melanda Eropah menyebabkan Sungai Thames tercemar teruk hasil daripada sisa-sisa kumbahan tadi masuk ke dalam sungai. Macam-macam jenis penyakit berbahaya dihadapi oleh penduduk sekitar selepas banjir ni.
Tangki septik moden
Pada tahun 1860, seorang lelaki Perancis bernama John Mouras telah membina sistem tangki septik yang dibuat dari konkrit dan batu. Sistem ini tidak memerlukan rawatan tangki atau penyelenggaraan tangki septik untuk berfungsi dengan sempurna. Paip yang menyambungkan rumahnya ke bahagian tangki itu diperbuat daripada tanah liat dan lumpur.
Beberapa tahun kemudian, apabila John Mouras membuka penutup tangki itu dan terkejut dengan apa yang dia dapati. Tangki tersebut hampir kosong tanpa sebarang sisa pepejal, yang mengandungi hanya sisa cecair dengan lapisan lemak terapung yang nipis. Mouras kemudian mengemukakan permohonan untuk paten ciptaannya.
Bagaimana Tangki Septik Berfungsi?
Semua sisa kumbahan rumah akan dibawa melalui satu paip saliran utama ke dalam tangki septik. Tangki septik adalah bekas simpanan sisa kumbahan yang biasanya diperbuat daripada konkrit, gentian kaca, atau polietilena.
Tugasnya adalah untuk menyimpan sisa kumbahan yang dalam masa yang lama untuk membolehkan sisa pepejal ditenggelamkan kebawah dan membentuk enapcemar, manakala minyak dan sisa lemak terkumpul dan terapung dibahagian atas.
Penghadang dan salur keluar berbentuk T menghalang enapcemar dan kotoran daripada keluar dari tangki dan masuk ke dalam saluran pembentungan.
Sisa buangan cecair (effluent) yang berada dibahagian tengah tangki kemudian keluar tangki ke ruang pembentungan dan menuju ke kolam rawatan air jika rumah itu mempunyai sambungan dengan saliran pembentungan menuju ke kolam rawatan.
Sekiranya rumah itu tidak mempunyai sambungan ke kolam rawatan, sistem yang digunakan ialah sambungan paip yang ditanam di bawah tanah (drainfield).
Kandungan cecair enapcemar perlahan-lahan menyerap kedalam tanah. Sama seperti tadi, tanah menjadi penapis semulajadi untuk proses penguraian sisa dan bakteria berbahaya yang terkandung dalam enapcemar. Secara semulajadinya tanah akan menghilangkan bakteria berbahaya, virus dan nutrien baru terbentuk.
RUJUKAN:
- Septic Tank (2013), Brittanica Website. https://www.britannica.com/technology/septic-tank
- How Your Septic System Works. https://www.epa.gov/septic/how-your-septic-system-works
- Tangki Septik Individu (IST), Halaman Web Indah Water. https://www.iwk.com.my/do-you-know/individual-septic-tanks-my
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih