Korang tahu kan pemain Sumo kat Jepun sana digilai oleh gadis-gadis mereka, dan seperti pemain bola sepak di seluruh dunia, mereka selalu akan dapat gadis yang terbaik dan tercantik di Jepun jadi isteri mereka?

Tetapi artikel ni bukan nak cerita pun pasal ni semua. Kita nak selami lebih dalam asal-muasal sukan yang menjadi tradisi dan lambang ketamadunan bangsa Jepun! Sejarahnya boleh tahan menarik sebenarnya.

Baru-baru ini, sekumpulan pakar arkeologi mengekskavasi makam-makam diraja era Dinasti Han dan Qing. Di situ, mereka menemui sisa dinding batu yang dihias dengan lukisan penggusti-penggusti menyerupai penggusti sumo.

TETAPI sebelum tu, kami ada tawaran untuk para peminat budaya dan tamadun Jepun, kami tengah ada diskaun pasal KITAB TAMADUN JEPUN, harga asal dalam Rm38.00, tapi kami jual pada harga: RM31.50!!! Beli di Shopee kami: http://t.ly/IFsr

Selain sisa dinding batu, mereka turut menemui patung-patung kecil penggusti beradu antara satu sama lain di makam-makam yang berasal dari abad kelima hingga ketiga SM. Malah, mengikut rekod, gusti Shuai jiao dikatakan bermula 4,000 tahun lalu atau lebih tepat 6000 SM!

Populariti gusti di China berakhir selepas kejatuhan Dinasti Qing sekitar 1912.

Jadi, siapa yang memperkenalkan gusti China di Jepun? Sesetengah cendekiawan percaya ia dibawa oleh penjelajah dan ahli sihir istana Xu Fu semasa mendarat di Jepun pada 200 SM.

Ada pula mendakwa ia diperkenalkan oleh duta China era Dinasti Han sebagai cara memperkukuh hubungan China-Jepun. Ada juga berpandangan ia dibawa oleh tentera-tentera upahan China era Tiga Kerajaan. Mereka dibawa ke Jepun sebagai askar upahan untuk daimyo-daimyo yang bertelagah.

Bagi orang Jepun, merekaberpendapat sumo sudah lama ada di negara itu menerusi mitologi, rekod sejarah mereka. Sumo asalnya merupakan tarian ritual sebagai cara menawarkan persembahan kepada dewa-dewi Shinto dengan harapan mendapat hujan mencukupi dan hasil pertanian yang baik.

Mengikut mitologi, dua dewa Shinto iaitu Takeminakata (dewa angin, air dan pertanian) dan Takemikazuchi (dewa penaklukan, pedang dan kilat) bergusti sumo bagi menentukan siapa yang layak memiliki pulau-pulau Jepun. Pada akhir perlawanan, ia dimenangi oleh Takemikazuchi.

Dewa Takemikazuchi berjaya memperoleh pulau-pulau Jepun selepas mengalahkan Dewa Takeminakata dalam satu perlawanan sumo.

Dalam buku Nihon Shogi, buku sejarah klasik kedua tertua Jepun, perlawanan sumo terawal diadakan pada 23 SM semasa pemerintahan Maharaja Suinin. Perlawanan sampai itu menyaksikan seorang penggusti bernama Nomi no Sukune mengalahkan lawannya bernama Taime no Kuehaya.

Tetapi perlawanan pertama sumo yang disahkan berlaku pada tahun 642 Masihi semasa era pemerintahan Maharaja Kogyoku. Perlawanan sumo diadakan sebagai bentuk hiburan kepada delegasi dari Semenanjung Korea yang mengadakan lawatan ke Jepun ketika itu.

Sejak itu, ia dijadikan sebagai sukan dan hiburan popular di istana. Disebabkan ia kini bersifat hiburan dan mempunyai kepentingan dari segi sejarah dan budaya, maka perlawanan sampai mati yang wujud sebelum ini sudah tamat.

Bagi golongan samurai, sumo bukan saja satu hiburan tetapi sebagai latihan ketenteraan. Sumo dilihat berkesan menambah keberkesanan mereka sebagai pahlawan di medan perang.

Penggusti sumo turut menikmati kelebihan kewangan daripada semua ini. Penggusti mendapat sebahagian daripada wang perlawanan dan menarik kehadiran ramai penonton. Para Damiyo juga menjadi penaung bukan saja penggusti-penggusti sumo tetapi sekolah-sekolah latihan sukan berkenaan.

Seseorang penggusti berpeluang menjadi terkenal sekiranya mendapat tajaan oleh para daimyo. Sekiranya mereka berjaya mendapat hak penaung daripada seseorang daimyo, maka si penggusti berpotensi mendapat ganjaran kewangan dan kemungkinan dianugerah gelaran samurai.

Antara daimyo yang dikenali kerana meminati sukan sumo ialah Oda Nobunaga. Pada Februari 1578, beliau menganjurkan satu pertandingan sumo di Istana Azuchi yang disertai oleh 1,500 orang penggusti.

Pertandingan ini dianggap istimewa kerana memperkenalkan dohyo atau gelanggang sumo khas berbentuk bulatan. Gelanggang ini berukuran 4.55 meter diameter di mana ia dibentuk oleh bandela padi-gandum sebagai garis sempadan.

Sejak hari itu, dohyo menjadi sebahagian daripada komponen penting pertandingan sumo. Dohyo kini diletakkan di atas platform tanah liat berbentuk segi empat sama yang berukuran 66 cm tinggi dan 6.7 meter lebar.

Begitupun, zaman gelap sumo berlaku pada era Edo atau era Keshogunan Tokugawa. Ini kerana kebiasaannya dalam setiap perlawanan, wujud pergaduhan penonton atau lebih teruk, penggusti sumo sendiri.

Akibatnya, rejim Tokugawa mengarahkan sukan sumo diharamkan, Perintah ini bagaimanapun tidak menghalang ia diadakan secara senyap-senyap di jalanan sunyi atau di kuil-kuil.

Bagi mengelak nama baik sukan itu terus tercalar, sekolah-sekolah sumo profesional diwujudkan dengan sekolah-sekolah ini bertanggungjawab membentuk peraturan sukan sumo dan diterima oleh semua pihak.

Bagi memastikan peraturan-peraturan ini dikuatkuasakan dengan adil, sekolah-sekolah sama turut melatih pengadil-pengadil. Semua perubahan ini menjadikan sumo dikenali sebagai sukan tontonan umum dan mendorong Keshogunan Tokugawa menarik balik pengharaman berkenaan.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pengiktirafan ini dibuat seawal 1684 melalui seorang bangsawan yang memberi restu kepada acara tersebut diadakan. Selepas pengharaman sumo ditarik balik, penggusti-penggusti sumo sekali lagi berpeluang mendapat naungan daimyo dan sokongan kewangan oleh para pedagang.

Dan seperti sebelumnya, mereka boleh mendapat gelaran samurai terima kasih kepada kemahiran gusti mereka.Hari ini, sumo terus menjadi sukan ikonik Jepun dan menjadi sebahagian daripada kebudayaan negara Matahari Terbit.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply