May Day adalah sambutan pada tarikh 1 Mei yang penuh dengan sejarah perjuangan para pekerja. Namun begitu, 1 Mei tidak semestinya tertakluk kepada sambutan May Day. Bagi sesetengah negara, 1 Mei adalah sambutan yang melibatkan kebudayaan kaum bagi menyambut ketibaan musim baru. Masuk abad ke-19 Masihi, 1 Mei menjadi Hari Pekerja Sedunia sempena memperingati perjuangan pekerja mengurangkan twmpoh masa bekerja sehingga 8 jam.
Untuk artikel ini, kita membincangkan tentang sambutan kebudayaan hingga ke sejarah perjuangan pekerja pada 1 Mei.
FESTIVAL BELTANE
Bagi kaum Celts yang menetap di Kepulauan British, 1 Mei adalah tarikh yang penting dalam setahun untuk menyambut festival musim bunga iaitu Festival Beltane. 1 Mei menjadi membahagikan waktu setahun kepada dua bahagian: Kegelapan dan Cahaya.
Festival ini dimulakan dengan membakar unggun api, simbolik cahaya untuk melengkapkan ritual festival Beltane, kemudian mengembalikan cahaya dan kesuburan kepada dunia.
Setelah para tentera Rom menakuk Kepulauan British, sambutan Festival Beltane diubah menjadi sambutan yang berlangsung selama 5 hari, dinamakan sebagai Hari Floralia. Hari Floralia disambut bagi menyembah dewi bunga iaitu Flora. Festival baru ini berlangsung pada 20 April dan 2 Mei, bercampur dengan budaya Festival Beltane.
HARI TARIAN MAYPOLE
Tarian Maypole adalah tarian yang melibatkan tiang tinggi yang dihiasi dengan barisan kain panjang berwarna-warni, kemudian hujung barisan kain ini ditarik oleh penduduk dan menari mengelilingi tiang tersebut, dengan memakai hiasan kepala.
Sejarahwan percaya bahawa asal-usul tarian Maypole ini berkait dengan festival kesuburan, di mana tiang disimbolkan sebagai kesuburan lelaki, manakala bakul dan hiasan bunga di kepala para penduduk yang menyambut disimbolkan sebagai kesuburan wanita.
Kemudian, tarian Maypole ini disebar ke Dunia Baru atau benua Amerika walaupun mendapat tentangan oleh penganut Kristian bermazhab Puritan yang menetap di sana. Sehingga kini, Eropah, AS, dan Kanada menyambut Hari Tarian Maypole bagi meneruskan tradisi nenek moyang mereka.
HARI PEKERJA SEDUNIA
Pada abad ke-19 Masihi, ketika AS berada pada fasa revolusi perindustrian, beribu-ribu pekerja lelaki, wanita, dan kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun akibat keadaan kerja yang memilukan dan waktu kerja yang begitu panjang iaitu 14-16 jam sehari.
Untuk menamatkan kesengsaraan pekerja industri ini, organisasi Federation of Organized Trades and Labour Unions (sekarang dikenali dengan nama American Federation of Labour, atau AFL)mengadakan pertemuan di Chicago pada 1884. Kemudian organisasi itu bersepakat bahawa mulai 1 Mei 1886, waktu kerja dipendekkan sehingga 8 jam sehari.
Tahun seterusnya, kesatuan tukang jahit bernama Knights of Labor (yang kemudian menjadi kesatuan pekerja paling besar pada waktu itu) menyokong usul organisasi AFL dan mengajak para pekerja untuk berdemonstrasi.
Pada 1 Mei 1886, seramai 400,000 orang pekerja turun padang berarak bagi mengangkat usul AFL tentang pengurangan waktu kerja.
INSIDEN HAYMARKET
Sejak demosntrasi 1 Mei itu, tidak ada pertumpahan berd4rah berlaku kerana demonstrasi itu bersifat aman agar kerajaan mengambil tindakan menerima usul pekerja. Namun insiden berlaku apabila mesyuarat pekerja yang berlangsung di logi McCormick Harvester Co. Diserbu oleh pihak polis Chicago dan mencederakan 6 orang ahli mesyuarat.
August Spies yang mengetuai mesyuarat tersebut mengarahkan para pekerja berkumpul di Haymarket Square pada keesokan hari untuk membantah keganasan polis. Setelah ketibaan polis untuk membubarkan demonstrasi tersebut, bom dinamik meletus sehingga mencederakan 6 anggota polis. Dari sini berlaku perbalahan berd4rah antara polis dan pekerja.
Akhirnya, dari insiden tersebut 8 orang anarkis dan sosialis ditangkap untuk disoal siasat. Sepanjang perbicaraannya, kelapan-lapan tertuduh mempunyai alibi sendiri dan tiada antara mereka melontor bom itu. Di akhir perbicaraan, kesemua tertuduh didapati bersalah dan 7 orang dihukum gantung sampai m4ti manakala seorang tertuduh lagi dipenjara selama 15 tahun.
Akibat dari hukuman berat sebelah ini, 4 orang pejuang digantung manakala seorang lagi membvnuh diri di dalam penjara. Baki tiga orang pejuang lagi dipendekkan tempoh penjara setelah permohonan pengampunan diterima.
Beberapa tahun setelah Insiden Haymarket, kesatuan sosialis dan parti pekerja Eropah berhimpun dan memulakan demonstrasi besar-besaran bagi memperingati para pejuang Haymarket. Pada tahun 1890, seramai lebih 300,000 orang berhimpun dan berarak di London. Dari sinilah 1 Mei diisytiharkan sebagai Hari Pekerja, perlahan-lahan menjadi Hari Pekerja Sedunia.
Inilah sejarah sambutan May Day. Kepada frontliner, selamat Hari Pekerja Sedunia saya ucapkan atas pengorbanan kalian untuk tidak berhenti merawat pesakit dan membendung penyebaran virus ketika wabak COVID-19 masih lagi mengancam dunia. Tidak lupa juga kepada seluruh kaum pekerja yang bertungkus-lumus bekerja demi sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Salam May Day!
RUJUKAN:
- A short history of May Day:
https://libcom.org/history/1886-haymarket-martyrs-mayday - Henry David, The History of the Haymarket Affair (1936), introductory cjhapters, pages 21 to 138.
- May Day. History. Retrieved from 30 April 2021.
history.com/topics/holidays/history-of-may-day
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih