Baru-baru ini penulis adalah ‘terbeli’ sejenis gajet di Shopee, sebuah multi-efek pedal untuk gitar. Tapi sekarang baru ada masa sikit nak godek godek benda ni, beli mahal mahal tapi buat perhiasan je. Bila scaling kelaut mula la nak salahkan kabel jack terbakar lah, pickup tak tangkap sound lah, spectrum lembik lah, padahal sendiri yg insecure nak main gitar.

Tapi serius puas hati beli benda ni walaupun jarang guna. Sedap gila, aku je la main gitar tak sedap. Dan benda ni tak complicated. Bunyi tak la sebijik mcm amp mahal-mahal tu. Tapi kalau reti setup elok-elok jadi sebijik la. Efek pedal gitar bersepah orang guna sekarang ni, ikut keselesaan la, kalau pemain gitar amateur yang kelas bed room guitarist macam aku ni biasanya prefer jenis multi-efek / preamp sebab murah dan banyak pilihan.

Hari ini dunia kreativiti efek pedal gitar diungguli oleh berbagai-bagai jenis efek dan jenama pengilang, bahkan para pemuzik terkenal turut ramai yang menyumbangkan idea dalam menghasilkan lebih banyak sound yang sedap dan mudah dimainkan. Tapi tahukah anda semua ini bermula dengan sifat ingin menonjol? Iaitu sifat yang tidak boleh insecure terhadap diri sendiri atau tidak sesuai untuk seorang introvert.

Gitar Jackson Concorde peninggalan mendiang Randy Rhoads

Alang-alang dah ni eloklah abang-abang gitaris semua bersama-sama kita menelusuri sejarah efek pedal gitar ni, ingatlah bahawa semua efek pedal gitar yang kita pakai hari ini berasal dari sejarah panjang tok nenek gitaris kita yang dianggap cuba menjahanamkan sound asli gitar pada waktu itu.

Setiap legend-legend gitaris biasanya mesti ada satu efek signature masing-masing samada yang dipengaruhi melalui gaya susunan efek pedal mahupun tanpa pedal, budaya macam ni dah diamalkan hampir sepanjang zaman sejak kewujudan gitar elektrik, diorang sentiasa mencari dan mencipta efek-efek terbaru yang power.

Ia dianggap bermula pada tahun 1940-an kerana efek pedal tunggal yang pertama adalah dihasilkan pada tahun 1948, DeArmond Trem Trol 800. Walaupun sound dia Cuma berdasarkan pada sound standard / clean yang jadi bunyi asas dipantulkan oleh pickup gitar elektrik hari ini, peranti ulung ini dianggap sebagai salah satu lagenda revolusioner dunia muzik pada waktu itu.

DeArmond Trem Trol 800

Sound dia dianggap evergreen sampai sekarang. Ia menghasilkan efek tremolo dengan menyampaikan isyarat melalui cecair pengalir. Hmm, elektrik + cecair? Bunyi macam bahaya kan? Memang bahaya pun. Dan ia hanya sekadar alat kawalan bunyi saja yang belum ada pedal.

Menjelang tahun 1950-an, permintaan dari gitaris menunjukkan bahawa kebanyakan amplifier zaman tu dah mula ada efeknya sendiri. Efek yang paling popular ialah tremolo, vibrato, dan reverb. Apa yang belum cukup?

Distortion! Yeah. Sebilangan besar gitaris bereksperimen dengan efek distortion pada tahun 1950-an, melalui beberapa pengunaan kaedah yang zaman tu kira satu pencapaian yang luar biasa la kalau berjaya sampai tahap distortion ni.

Susunan efek mengikut kreativiti yang menggabungkan efek jenis preamp, stompbox dam pedal

Gitaris blues kulit hitam yang legend, Rocket 88 siap potong kon speaker dia sendiri sampai lah dia punya sound jadi ‘distorted’. Gitaris mainstream masa tu belum menerima konsep baru ni sebab dianggap merosakkan keaslian bunyi gitar, jadi gitaris yang lain memilih jalan yang lebih tradisional, hanya untuk memperoleh keuntungan sementara.

Keadaan menjadi lebih menarik pada tahun 1950-an apabila amplifier muncul dengan efek dalaman sedia dipasang padanya, antara efek yang biasa ditemui sampai sekarang pada mana-mana amp adalah seperti Gain, Reverb dan Echo.

Ramai gitaris terkenal pada masa itu seperti Chet Atkins menggunakannya untuk membuat bunyi ‘Slapback’ yang terkenal tu. Amplifier tube moden sekarang biasanya menggabungkan efek ke dalam sistem amp itu sendiri. Efek-efek tersebut biasanya boleh dikawal dengan kaki, memberi pengguna kawalan yang lebih praktikal terhadap soundnya.

1960-an adalah zaman di mana efek pedal gitar tengah meletop. Komponen transistor pulak masa tu harganya cukup murah untuk memasuki pasaran elektronik, dan ini menyebabkan banyak efek-efek baru muncul.

Efek pedal dilengkapi transistor yang pertama muncul pada tahun 1962, dengan pedal jenama Maestro Fuzz Tone, yang juga merupakan efek pedal distortion pertama yang tersedia untuk dipasarkan. Ia semakin terkenal bila digunakan oleh Keith Richards gitaris Rolling Stones dalam lagu ’Can’t Get No Satisfaction.’

Contoh amplifier terawal yang mempunyai efek terbina secara dalaman

Kemudian dalam dekad ini jugak, efek yang ada berkembang dengan pesat. Menjelang tahun 1969, efek “wah-wah”, chorus, phase, dan fuzz tersedia secara meluas. Lagu-lagu tahun 60-an yang kita duk layan tu adalah antara lagu-lagu terawal yang dirakam menggunakan efek pedal gitar. Beberapa siri model efek pedal gitar terus berkembang pada tahun 1970-an, dengan teknologi transistor menghasilkan lebih banyak sound baru tersedia.

Pemuzik terus bereksperimen, malahan gitaris-gitaris era gelombang kemunculan muzik-muzik yang keras macam Metal, dah mula menyatukan sejumlah efek pedal dan amp bass untuk mencapai tahap sound gitar yang jauh lebih pelik. Efek pedal yang terkenal dari era ini antaranya adalah:

  • H910 Harmonizer Pitchshifter, digunakan oleh Eddie Van Halen dan Frank Zappa
  • Big Muff Pi Fuzz, digunakan oleh David Gilmour gitaris Pink Floyd.

Tahun 1980-an menyaksikan revolusi seterusnya pada teknologi efek pedal – ia mula muncul sebagai unit digital yang dapat menggabungkan pelbagai efek di dalam satu bekas, tak perlu lagi beli sebijik-sebijik stompbox tradisional.

Efek dah boleh diselaraskan mengikut channel dan turutan yang kita mahu, dan ini membuka kemungkinan besar baharu bagi pemuzik, dan dengan ketaranya cukup berkesan dalam mengurangkan kos untuk mencapai sound gitar yang berkualiti lagi profesional hingga munculnya pedal macam yang aku guna ni, ini namanya multi-efek pedal. Trend ini berterusan hingga tahun 1990-an, dengan pedal multi-efek menjadi semakin popular, dan ramai pemuzik terutamanya gitaris berlumba-lumba mengeluarkan model khas sambil mempromosikan signature masing-masing.

Mendiang Randy Rhoads antara gitaris yang banyak menyumbang idea inovasi pada seni efek pedal gitar dengan jenama MXR yang sinonim dengan dia.

Namun, pada masa yang sama, minat yang meningkat terhadap model retro bermaksud bahawa efek pedal vintaj mula digunakan bersama dengan rakan sejenisnya yang lebih moden. Lagipun efek pedal tradisional sebenarnya lebih tahan lasak. Hari ini, setiap tahun kita menyaksikan sentiasa akan ada pelancaran jenis efek dan pedal yang baru, yang semakin bergantung kepada teknologi komputer untuk mencapai tahap customize yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Di samping itu, sejumlah efek pedal klasik telah dihasilkan semula, menjadikannya mudah untuk menggabungkan efek klasik dengan efek moden yang jauh lebih kompleks. Efek tradisional tercipta hasil daripada kreativiti dan keinginan seorang pemuzik beberapa dekad yang lalu.

Pemuzik itu adalah gitaris, di mana posisi gitaris ni sering diletakkan di bahagian tersorok dalam sebuah band besar seperti orkestra. Atas dasar rasa memberontak dan keghairahan bermuzik, mereka nekad mahu menonjol dan mempersembahkan bunyian petikan solo gitar, hingga terhasilnya sebuah kotak ajaib bernama efek pedal ini. Multi-efek pedal aku ni jenama MOOER GE-100. Model lama dah ni. Murah je, dalam RM200+.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.