Penggunaan helmet dalam tentera sudah sangat lama dan merentasi sejarah. Sumeria, Akkadia, Assyiria, Greek, Roman adalah antara ketamadunan yang mempunyai rekod tentera menggunakan helmet sebagai kelengkapan p3rang dengan tujuan melindungi muka dan kepala. Ia basic PPE dalam kombat.

Tamadun Mesopotamia diketahui menggunakan helmet sejak kurun ke 4. Helmet mereka diperbuat dari plat besi dan gangsa, berserta kulit dan perak. Ia dihias dengan corak pelepah dan mempunyai rantaian besi utk melindungi kepala. Ia digunakan oleh tentera biasa.

Helmet Raja Meskalamdug, Raja Sumeria dari dinasti pertama Ur ditemui sewaktu ekskavasi Ur memperlihatkan helmet kombat kegunaan raja dan pegawai tinggi istana. Ia diperbuat dari emas dan diukir gaya khusus untuk kerabat. Bentuk helmet ini turut ditemui diguna oleh Akkadia.
Sparta menggunakan helmet yang diperbuat dari gangsa. Ia ditempa mengikut gaya Corinthian, satu gaya yang digunakan dengan meluas seluruh Greek dan ia melambangkan keagungan era sebelumnya walaupun ada gaya lain seperti Illyrian, Chalcidian dan Phyrgian.
Tamadun Rom menggunakan helmet kombat yg berbeza mengikut fasa perkembanhan tamadun. Asalnya Galea mengikut bentuk helmet Celtic yang dipanggil Montefortino dan Coolus. Rupa bentuk keduanya amat ringkas dan memadai sbg PPE tentera. Setelah pembentukan empayar Rom gayanya berubah.
Sekitar kurun 1 sblm Masihi hingga kurun ke 3AD, helmet gaya Imperial Gallic dan Imperial Italic digunakan dengan meluas, sesuai dengan era empayar Rom. Rupa-bentuknya lebih pelbagai mengikut wilayah dan pasukan tertentu.

Sekitar kurun 1 sblm Masihi hingga kurun ke 3AD, helmet gaya Imperial Gallic dan Imperial Italic digunakan dengan meluas, sesuai dengan era empayar Rom. Rupa-bentuknya lebih pelbagai mengikut wilayah dan pasukan tertentu.

Sewaktu era P3rang Dunia, helmet tentera dibuat dari besi. Ia dibina tanpa ada elemen kesenian tetapi boleh dihasilkan dalam skala besar. Bentuknya juga amat ringkas dan memadai sebagai PPE melindungi kepala. Helmet Brodie adalah helmet yang awal digunakan British pada WW 1.

Anehnya,semasa P3rang Dunia 1 tercetus, kebanyakan pasukan tentera tak menggunakan helmet besi keluli. Mereka memakai pelindung kepala yg diperbuat dari kain atau kulit. Jelas ia tidak memberikan perlindungan memandangkan senario p3rang ketika itu melibatkan penggunaan senjata api.

Maka negara bertelagah masing2 menghasilkan helmet dari keluli atau besi. British memperkenalkan Brodie Helmet, Jerman menggunakan Stalhelm. Menjelang WW2 semua helmet kombat dipertingkatkan dan diperbaiki kualitinya dengan rekabentuk yang lebih selamat.

Dalam era moden, helmet balistik digunakan dengan meluas dan bahan asas helmet kombat masih sama dengan menggunakan keluli tetapi diperkukuh dengan material kevlar. Keselesaan juga diperbaiki. Tambahan aksesori seperti Picatinny rail membolehkan helmet dilengkapi alatan pandang malam.

Ballistic helmet ini secara asasnya dibina untuk hentikan peluru. Ia mempunyai taraf keselamatan berbeza dan material yg digunakan kebiasaannya adalah kevlar. Tentera kita menggunakan helmet PASGT versi BK3 yg mula diperkenal pada tahun 1993.

Helmet ini mempunyai 19 lining kevlar serta fabrik balistik aramid yg disadur dengan resin fenolik. Ia mempunyai taraf ketahanan type IIIA iaitu mampu menahan peluru senjata ringan. Walaubagaimana pun ini tak bermaksud helmet ini kalis peluru.

Malah ada juga helmet yg dibina lengkap dengan aksesori komunikasi radio. Ia memperbaiki komunikasi antara pasukan tempur. Bahan kevlar meningkatkan lagi tahap keselamatan pengguna dari serpihan dan peluru dan ia lebih ringan banding helmet zaman p3rang dunia.

Tentera Darat pada masa sekarang menggunakan helmet generasi baru yg dipanggil FAST. Ia lebih ringan, dan direka khusus untuk membolehkan pengguna melengkapkan helmet tersebut dgn aksesori tambahan spt alatan komunikasi,alat pandang malam,kelengkapan CBNR, kamera, goggle dan bateri.

Walau bagaimanapun, helmet sedia ada sekarang versi PASGT masih digunakan kebanyakan pasukan tentera kita. Ia akan digantikan secara berperingkat dengan FAST dan keutamaan adalah pada pasukan khusus. Rejimen Renjer 7 Para adalah pengguna pertama helmet FAST.

FAST (Future Armor Shell Technology) helmet ini merupakan kesinambungan ECH (Enhanced Combat Helmet) yang dibangunkan di Amerika utk pasukan khas. Ia dibina dgn 25% pengurangan berat dan lebih modular. Ia menjadi pilihan pasukan khas kerana tidak terlalu berat.
Pemilihan FAST adalah selaras dengan program FSS atau Future Soldier System yg dibangunkan Tentera Darat. FSS akan meningkatkan keupayaan tempur pasukan infantri kita dgn lebih efisien,dgn maklumat kombat dihantar terus kepada pasukan dan membolehkan keputusan dibuat serta merta.

Itulah dia cerita pasal helmet kombat dan helmet balistik. Semoga bermanfaat untuk kome diwaktu PKP yg dipanjangkan lagi. Sekain.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Comments are closed.