Nama penuh syarikat ini ialah Netlix, Inc. Ia tubuhkan pada bulan Ogos tahun 1997 oleh dua usahawan yang berbangsa Amerika Syarikat. Reed Hastings dan Marc Randolp. Netflix merupakan syarikat streaming video yang mana ibu pejabatnya terletak di Los Gatos, California.

Tahun 1999, Netlix terima langganan melalui talian Internet. Pelanggan yang melanggan akan memilih filem apa yang dia mahu melalui laman web Netflix, lepas itu Netflix akan hantar DVD kepadanya. Ini konsep asal Netflix dulu-dulu. Bagi DVD. Ada pelanggan yang akan membayar ikut bulanan, tetapi jumlah DVD yang boleh dimilikinya pada suatu masa, amatlah terhad. Jadi kena pilih dari dalam katalog Netlfix yang terdapat puluhan ribu filem.

Itulah awalnya, ia membenarkan pelanggan menyewa DVD secara online. Netflix pada awalnya juga hanyalah suatu syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewakan filem melalui online. Itulah konsep pada awal penubuhannya.

Untuk jadi lebih maju, Netflix kemudiannya pada tahun 2006 mengadakan pertandingan dengan hadiah sebanyak 1 juta USD kepada sesiapa yang mampu mencadangkan alternatif penambahbaikan ke dalam sistem Netflix sebanyak 10%. Selepas itu, hadiah tersebut dimenangi oleh satu pasukan gabungan individu-individu profesional dalam bidang matematik, sains komputer dan jurutera yang berasal dari Amerika Syarikat, Kanada, Austria dan Israel. Pasukan mereka ini bernama Bellkor’s Pragmatic Chaos.

Setahun selepas itu, tahun 2007, Netflix sudah mula menawarkan perkhidmatan untuk menyiarkan filem dan rancangan televisyen kepada pelanggan secara langsung ke rumah melalui internet. Pelan langganan ketika ini sudah menjadi perkhidmatan streaming tidak terhad. Sudah boleh akses banyak filem dan rancangan televisyen dalam satu masa.

Netflix banyak bekerjasama dengan pengeluar produk elektronik pengguna seperti konsol permainan video dan Blu-ray Disc Players untuk membolehkan pelanggan akses apa-apa video dari Netflix terus ke dalam peranti pelanggan. Tahun 2010, barulah Netflix memperkenalkan langganan streaming tidak terhad tanpa DVD. Inilah yang kita sedang nikmati sekarang ini.

Pada tahun yang sama, Netflix berkembang ke luar Amerika yakni di Kanada. Berkembang sampai ke Amerika Latin dan Carribean pada tahun 2011. Ia juga berkembang sampai ke Ireland, United Kingdom dan Scadinavia pada tahun berikutnya. Pada tahun 2016, Netflix sudah berkembang di 190 negara dan wilayah. Sekarang, Netflix sudah mempunya 151 juta pelanggan berbayar di seluruh dunia.

Bagaimana boleh dapat nama Netflix?

Ia adalah gabungan daripada dua singkatan iaitu Net yang disingkatkan daripada perkataan Internet dan Flix diambil daripada Flicks iaitu penggunakan dialek untuk memaksudkan filem.

Bagaimana ia diasaskan? Apakah punca kepada penubuhan Netflix?  

Randolph bekerja sebagai pengarah pemasaran di suatu syarikat Milik Hastings, Pure Atria. Kemudian syarikat ini dijual kepada Rational Software Corporation pada tahun 1997 dengan harga 700 juta USD.

Sebenarnya, mereka berdua sudah terfikir untuk membangunkan syarikat umpama Netflix sebelum menjual Pure Atria. Ketika itu, mereka sedang di dalam kereta dalam perjalanan untuk ke pejabat.

Reed melabur 2.5 juta USD untuk permulaan wang tunai. Dengan model e-dagang Amazon, mereka terfikir barangan apa yang mudah-alih untuk dijual melalui talian macam cara Amazon lakukan.

Mereka mempertimbangkan untuk menjual kaset VHS, tapi akhirnya mereka lebih cenderung kepada DVD, mereka tolak kaset VHS. Mereka pun cubalah nasib dengan menguji menjual DVD atas talian. Selepas itu, rumah pertama di Santa Cruz menjadi cubaan pertama mereka menghantar DVD. Misi itu berjaya akhirnya. Dari situlah mereka ingin melakukan revolusi terhadap model untuk perniagaan sebegitu sehinggalah datang idea untuk menyewa DVD atas talian supaya ia lebih memudahkan pelanggan dan mencabar status quo pemasaran semasa. Mereka sangat kedepan dalam industri begitu. Ianya sangat inovatif.

Kesimpulan

Mereka sudah berkembang dengan pesat. Mereka mempunyai pekerja seramai 6,700 orang di seluruh dunia setakat ini. Pendapatan Netflix mencecah 1.866 bilion USD.

Ini menunjukkan yang dalam melakukan perniagaan. Kita haruslah berfikir benda baharu untuk membantu memudahkan serta menghiburkan pelanggan. Berani juga untuk mengambil risiko untuk lebih belajar dalam hal-hal begini. Kalau diikutkan, Hastings dan Randolph sudah kaya. Tapi disebabkan mereka ingin membawa perubahan di dalam industri DVD, mereka sanggup mengambil risiko menjual Pure Atria dan membangunkan Netflix.

Dan inilah dia. Netflix yang kita layan hari ni. Lagi-lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Lagilah layan Netflix, kan?

RUJUKAN:

Hosch, W. L. (2020, March 18). Netflix. Retrieved from Encyclopædia Britannica: https://www.britannica.com/topic/Netflix-Inc

McFadden, C. (2019, October 12). The Fascinating History of Netflix. Retrieved from Interesting Engineering : https://interestingengineering.com/the-fascinating-history-of-netflix

Artikel kiriman Sadiq Salihoddin untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.