Alhamdulillah, sejarah baru tercipta untuk PAS apabila buka kali keduanya menjawat jawatan dalam kementerian-kementerian, setelah kali pertama pada tahun 1972-1978.
Pada tahun 1972 buat kali pertamanya PAS diberikan 3 jawatan dalam kementerian yang ketika itu dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan. Jawatan tersebut adalah :
1. Menteri Tanah, Galian dan Tugas Tugas Khas
(Dato’ Mohd Asri Muda)
2. Timbalan Menteri Perusahaan Utama
(Haji Yusuf Abdullah Rawa)
3. Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
(Haji Abu Bakar Hamzah)
Manakala selepas PRU 1974, dalam kerajaan Barisan Nasional, PAS telah diberikan amanah menjawat 6 posisi kementerian. Jawatan tersebut adalah :
1. Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Dato’ Hj Mohd Asri Muda)
2. Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
(Datuk Hj Hassan Adli Arshad)
3. Timbalan Menteri Kesihatan
(Datuk Haji Abu Bakar Omar)
4. Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan dan Perindustrian kemudiannya Timbalan Menteri Sains danTeknologi
(Haji Mustafa Ali)
5. Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Kerajaan Tempatan dan Perumahan kemudiannya
Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan
Kampung-Kampung Baru
(Haji Zahari Awang)
6. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan
(Haji Abdul Wahab Yunus)
Daripada nama-nama ini, hanya Hj Mustafa Ali atau Cikgu Pa yang masih ada untuk melihat PAS kembali menjawat jawatan dalam kerajaan Persekutuan.
Lebih manis jawatan Timbalan Menteri Sains dan Teknologi yang dijawat oleh Cikgu Pa ketika itu kini disandang pula oleh YB Hj Ahmad Amzad (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).
Lebih mengujakan, Cikgu Pa ketika menjawat jawatan tersebut merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebagaimana YB Hj Amzad yang ketika ini merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Suatu kebetulan yang menarik.
Senarai penuh lapan posisi PAS pada tahun 2020 adalah seperti berikut :
1. Menteri Alam Sekitar
(YB Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Bin Tuan Man)
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
(YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan)
3. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
(YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali)
4. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
(YB Ahmad Marzuk Bin Shaary)
5. Timbalan Menteri Sumber Manusia
(YB Haji Awang Bin Hashim)
6. Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga
(YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff)
7. Timbalan Menteri II Menteri Pertanian dan Industri Makanan
(YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi)
8 Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(YB Ahmad Amzad Bin Hashim)
Tiada apa yang kita boleh ucapkan kecuali mengharapkan agar agenda Islam dapat dijalarkan dalam pentadbiran negara semaksimum mungkin mengikut kemampuan yang ada.
Seeru a’la barakatillah
Artikel kiriman Ahmad Fahmi Mokhtar untuk The Patriots
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih