Sebagai peminat siri Netflix, La Casa de Papel atau nama globalnya dikenali sebagai Money Heist merupakan sekuel bersiri bahasa bukan Inggeris (non-English) yang paling banyak ditonton di Netflix, menurut Forbes.

Penonton Money Heist pasti akan mendengar satu lagu yang dianggap sebagai ‘killer part’ dalam siri ini dipanggil sebagai lagu ‘Bella ciao’. Di dalam siri ini, lagu ‘Bella ciao’ dinyanyikan semasa dua plot besar siri ini:

– Iaitu malam sebelum rompakan berlaku yang dinyanyikan oleh Berlin dan Profesor dan
selepas per0mpak menggali dan menjumpai terowong untuk membebaskan diri dari Royal Mint, kilang/muzium untuk mencetak duit di Sepanyol.

Simbolik lagu “Bella ciao” juga menggambarkan kehidupan Profesor yang berkisar pada satu idea, iaitu penentangan (resistance).

“Datuknya (professor), yang berp3rang melawan fasis di Itali, mengajarinya lagu itu – dan dia mengajarkan lagu itu kepada kami.”- Tokyo, Silene Oliveira

Sejarah Lagu ‘Bella ciao’ dan perkembangannya.

Menurut Vladimir L. Marchenkov di dalam buku Arts and Terror, ‘Bella ciao’ yang bermaksud Goodbye Beautiful merupakan lagu rakyat Itali yang dicipta pada abad ke-19. Tiada sumber jelas menunjukkan lagu ini dicipta oleh seseorang individu, tetapi lagu ini menceritakan mengenai kesusahan rakyat Itali terutamanya kaum wanita yang menentang dengan keadaan mereka yang dipaksa bekerja keras di sawah sekitar Utara Itali semasa era pra-industri Itali.

Menurut karya Jerry Silverman, Song That Made History Around the World pula menyatakan bahawa sejarah awal lagu ini pertama kali dinyanyikan oleh sekumpulan wanita-wanita yang bekerja di ladang dan sawah padi di utara Itali untuk sekadar nyanyian untuk meluangkan masa lapang mereka.

Tetapi, sekitar P3rang Dunia Kedua meletus, bait-bait serta lirik lagu ini telah digubah sebagai refleksi kepada golongan “partisan menentang kerajaan fasis Itali” dari tahun 1943 hingga 1945. Lagu ini dinyanyikan oleh sekumpulan rakyat semasa menentang Republik Sosialis Itali yang dipimpin oleh Benito Mussolini dan juga ketika tentera Nazi Jerman yang menduduki Itali.

Lebih tepat lagi, lagu ‘Bella ciao’ dinyanyikan oleh kumpulan militia yang dianggotai oleh golongan marhaen dan orang-orang muda iaitu ‘El Partizano’ (The Partisan). Jadi, ‘Bella ciao’ menjadi ‘anthem’ dalam penentangan rakyat yang inginkan kebebasan dan keamanan.

Lagu ini terus berkembang selepas P3rang Dunia Kedua tamat dan bukan sahaja dinyanyikan semasa berlakunya pernentangan rakyat, tetapi menjadi ‘chants’ bagi peminat-peminat bola di Eropah. Pada tahun 2015, lagu tersebut diharamkan di beberapa daerah di utara Itali, yang beranggapan lagu ini merupakan simbolik kepada golongan berhaluan kiri dan penentang kerajaan Itali.

Bercakap mengenai penentangan rakyat, lagu ini akan dinyanyikan ketika sesi perarakan tunjuk perasaan, protes serta demostrasi jalanan bagi melawan ketidakpuashatian terhadap sesuatu keputusan dan keadaan negara di Eropah. Mengambil contoh beberapa situasi tunjuk perasaan yang menjadikan lagu Bella ciao sebagai lagu penaik semangat mereka:

  • Lagu Bella ciao dinyanyikan parti Syriza yang berhaluan kiri telah mengambil alih tampuk pemimpinan Greece pada tahun 2015.
  • Semasa protes di Catalan yang ingin memerdekakan kawasannya dari Sepanyol sekitar tahun 2017-2018.
  • Yellow Vest Movement di Perancis pada tahun 2019.

Jadi, lagu yang dinyanyikan di dalam siri Money Heist ini diambil dari versi P3rang Dunia Kedua.

Semasa tempoh kuarantin Corona Virus pula, lagu ini dinyanyikan kembali sebagai tanda solidariti menentang wabak tersebut. Lagu ini dinyanyikan di tepi-tepi tingkap dan beranda rumah secara beramai-ramai dengan jiran tetangga bagi menaikkan semangat untuk menentang pandemik.

Jadi, lagu ini di dalam siri Money Heist menjadi mesej pembebasan dalam melawan golongan kapitalis. Lagu ini lebih bersemangat apabila didendangkan oleh watak-watak marhaen (per0mpak) yang datang dari latar belakang yang susah.

Dengan character development yang ditunjukkan di dalam siri ini membuatkan penonton menjiwai watak mereka seterusnya menjadikan lagu ‘Bella ciao’ sebagai simbolik terhadap perjuangan mereka.

Sebagai contoh, watak Profesor dan Berlin yang merupakan adik beradik datang dari keluarga marhaen biasa. ayah Profesor memerlukan wang yang banyak untuk merawat Berlin yang mempunyai penyakit degeneratif yang jarang berlaku dalam kalangan manusia. Kos rawatannya amat tinggi dan sukar.

Jadi, rompakan merupakan solusi untuk mendapatkan sumber kewangannya. Ayah Profesor mati ditembak semasa rompakan ketika Profesor dan Berlin masih lagi kecil. Lalu, idea rompakan Royal Mint sebenarnya diambil dari ayahnya. Watak seperti Nairobi merupakan bekas pengedar, penagih dan juga banduan yang mempunyai seorang anak, anaknya telah dipisahkan dari ibunya dan dijaga di rumah anak-anak yatim selepas sahaja ibunya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Denver juga merupakan banduan dan penagih dadah. Ayah Denver, Moscow merupakan pekerja lombong dan juga per0mpak yang menolong anaknya keluar dari penjara dan membayar hutang-hutang anaknya dari pengedar dadah. Helsinki dan Oslo merupakan dua saudara yang penah terlibat di dalam militari dan menjadi penjenayah p3rang.

Secara keseluruhannya, watak utama di dalam siri ini datang dari situasi yang susah dan berhadap rompakan yang dilakukan bukan sahaja dapat membantu mereka, malah dapat membantu rakyat-rakyat yang lain dan memberi kesedaran kepada rakyat bahawa golongan atasan telah memanipulasi mereka. Tindakan mereka ini boleh diibaratkan sebagai ‘Robin Hood’.

Lagu Bella ciao yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris:

One morning I awakened
Oh Goodbye beautiful, Goodbye beautiful, Goodbye beautiful! Bye! Bye!
One morning I awakened
And I found the invader

Oh partisan carry me away
Oh Goodbye beautiful, Goodbye beautiful, Goodbye beautiful! Bye! Bye!
Oh partisan carry me away
Because I feel death approaching

And if I die as a partisan
(And if I die on the mountain)
Oh Goodbye beautiful, Goodbye beautiful, Goodbye beautiful! Bye! Bye!
And if I die as a partisan
(And if I die on the mountain)
Then you must bury me

Bury me up in the mountain
(And you have to bury me)
Oh Goodbye beautiful, Goodbye beautiful, Goodbye beautiful! Bye! Bye!
Bury me up in the mountain
(And you have to bury me)
Under the shade of a beautiful flower

And the people who shall pass
(And all those who shall pass)
Oh Goodbye beautiful, Goodbye beautiful, Goodbye beautiful! Bye! Bye!
And the people who shall pass
(And all those who shall pass)
Will tell me: “what a beautiful flower”
(And they will say: “what a beautiful flower”)
This is the flower of the partisan

(And this is the flower of the partisan)
Oh Goodbye beautiful, Goodbye beautiful, Goodbye beautiful!
Bye! Bye!
This is the flower of the partisan
(And this is the flower of the partisan)
Who died for freedom

RUJUKAN:

Jerry Silverman (2011), Songs That Made History Around the World, Mel Bay Publications.”

Vladimir L. Marchenkov (2014), Arts and Terror, Cambridge Scholars Publishing.
Wikipedia, Bella ciao.

Celia Fernandez, There’s a Reason the “Bella Ciao” Song Is Featured on La Casa de Papel aka Money Heist. Link: https://www.oprahmag.com/entertainment/tv-movies/a28785300/bella-ciao-lyrics-meaning/

Reddit search: The professor and Berlin relatives?

The history of ‘Bella Ciao’ from ‘La Casa de Papel’, Youtube Link: https://www.youtube.com/watch?v=c9d1ycuCoVg&t=97s

Fandom Wiki: Money Heist

Artikel dikirimkan oleh Amir Zikri untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.