Sekumpulan Orang Gila (SOG) bukan satu nama baru lagi dalam scene indiependent. Kemenangan mereka dalam Anugerah Juara Lagu 36 telah membuka mata ramai pihak bahawa genre muzik post-hardcore sudah boleh diterima ramai orang. Meskipun selera muzik berbeza-beza namun genre SOG wajar diraikan bersama.

SOG dibarisi oleh Raja Nazrin, Raja Nazmin, Qayyum, Riko dan juga MK Ridzuan sebagai line-up terkini. Mereka dikenali sebagai Sound of Genocide pada awal tahun penubuhan mereka sekitar tahun 2005 hingga 2009. Demi mengekalkan SOG pada akronim nama maka terlahirlah Sekumpulan Orang Gila. Demo yang mereka hasilkan pada awalnya diberikan secara percuma kepada peminat.

Untuk pengetahuan anda, Raja Nazrin (Abang) dan juga Raja Nazmin (Adek) adalah kembar. Mereka juga pernah tercalon dalam Muzik-Muzik 26 bersama band Juxtaposed dengan lagu mereka Kanun Gila. Anda boleh melihatnya sendiri di Youtube. Tambahan lagi, Abang juga mempunyai band yang lain iaitu Margosa.

Berikut ialah diskografi SOG yang anda perlu tahu:

  1. Civilization on Trial EP (2013)
  2. Bahtera (2014)
  3. Dermaga (2018)
  4. Second Voyage (2021)

Dalam meyakinkan label dan juga beberapa peminat mainstream, soalan yang pasti ditanya adalah “Bagaimana crowd boleh menyanyi bersama-sama?”. Cara bekerja mereka yang belajar dari jalanan sehingga ke peringkat Anugerah Juara Lagu sememangnya liku yang sangat mencabar.

Tiga kali tercalon untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) – Artis baru terbaik, Lagu Rock Terbaik, Cover album terbaik. Lagu mereka berjudul Kitalah Juara digunakan oleh TV3 untuk kempen Liga Super Malaysia dan memenangi anugerah di Hamburg, Jerman.

Mereka baru sahaja selesai jelajah tour album terbaru mereka iaitu Second Voyage di Kuala Lumpur dan juga di Johor baru-baru ini.

“Bagi kami, sesiapa yang mainkan lagu kami adalah orang yang berani. Jadi kami boleh nampak stesen radio mana yang bersifat terbuka. Berdasarkan penyiaran di radio juga akan beri kesan kepada pencalonan Muzik-Muzik.” Raja Nazrin, vokalis SOG ketika ditemubual oleh Writers Daily.

Menurutnya juga, mereka tidak pernah merancang untuk ke Anugerah Juara Lagu 36, mereka hendak berkarya atas apa yang mereka buat. Tambahnya lagi Pelukan Angkasa merupakan antara lagu paling biasa mereka kerana dari segi penghasilan dan komposisi lagu tersebut agak mudah dibuat (lagu yang kurang mencabar) tetapi mempunyai nilai komersial yang tinggi. Dari segi nilai artistik, lagu-lagu lain di dalam album Second Voyage lebih baik.

Penulisan lirik lagu-lagu mereka sudah tentulah hasil tangan dari Fazleena Hishamuddin, Ajim Juxta dan beberapa lagi nama yang lain. Jika anda amati setiap lirik pastinya anda faham yang setiap lagu memberi makna dan juga ada penceritaan yang bersambung antara lagu dengan lagu yang lain.

Peminat yang dapat melihat mereka beraksi di atas pentas sudah tentu tahu bahawa SOG mempunyai disiplin yang tinggi terhadap persembahan mereka. Gaya /\ yang akan dilakukan sewaktu pembukaan ‘performance’ mereka sangat dinantikan peminat. Jeritan teknik screamo dari Riko membuatkan audiens ‘headbanging’. Ketika jelajah mereka, disiplin audiens mereka harus dipuji kerana mengikut SOP iaitu berdiri di atas petak ketika mereka ‘in chaos’.

Bagi penulis sendiri, jika anda merasakan lagu Pelukan Angkasa terlalu ‘keras’ untuk dihadam, bolehlah pembaca mendengar versi Pelukan Angkasa akustik yang lebih puitis dan menghayalkan. Cadangan lagu SOG lain yang anda boleh nikmati di Spotify, Album atau Youtube adalah:

  1. Tugu Ugut (2021)
  2. Senja Yang Tua (2021)
  3. Terbanglah (2018)
  4. Bulanku (2018)
  5. Kau, Sempurna (2014)
  6. Satu Melayu (2013)

Post-hardcore genre adalah perkara biasa di dalam scene independent. Raikannya bersama dan bersetujulah untuk tidak bersetuju. Citarasa muzik berbeza setiap insan namun tidak perlu kita berhentam sesama sendiri untuk buktikan siapa paling benar. SOG telah membuka ruang untuk pemuzik tempatan berusaha untuk mempelbagaikan genre – bukan tersekat pada satu lagu yang mendayu-dayu, pop dan juga tangkap leleh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Leave A Reply