Menggemparkan juga bila sebentar tadi Roberto Stella iaitu ‘Medical Chief’, kira macam Pengarah Kesihatan la bagi satu daerah di Varese, Itali, telah men!nggal dunia kerana COVID-19.

Sebenarnya, Itali ni memang seakan pintu masuk wabak maut ke Eropah sebenarnya. Dua kali Black D3ath yang menjadi pandemik global yang sangat mengesankan Eropah, pertamanya masa abad ke-14 dan kedua masa abad ke-17 semuanya masuk menular ke Eropah melalui Itali.

Jika ada yang mengikuti perkembangan penularan COVID-19 di Itali, letusan penularannya memuncak di Eropah apabila Itali telah mula dijangkiti, menyebarkan virus dan ketakutan di seluruh Eropah ketika ini.

Profesion ‘Plague Doctor’ (gambar di bawah dan featured image) juga bermula di Itali ketika penularan Black D3ath pada abad ke-14 di Venice. Mereka ini walaupun sepatutnya bertugas sebagai ‘doktor’ konon merawat pesakit, sebenarnya lebih banyak bertugas sebagai pengendali mayat kerana ramai yang tak sanggup menanggung risiko mengendalikan mayat yang m4ti akibat Black D3ath.

‘Plague doctor’ ini bahkan menyumbang banyak dalam memastikan rekod kiraan kem4tian dan pesakit yang dijangkiti Black D3ath dicatat dan disimpan dengan baik di Eropah.

Bahkan, istilah ‘kuarantin’, datangnya dari perkataan ‘quaranta giorni’ yang bermaksud ’40 hari’ juga berasal dari Itali, ketika penularan Black D3ath memuncak di Itali ketika itu.

Pentadbir Venice, satu bandar terkenal di Itali semasa penularan Black D3ath di Eropah sekitar abad ke-14 itu telah menghadkan perjalanan, dan menahan semua penumpang dan anak kapal yang datang ke pelabuhannya untuk terus berada di atas kapal.

Kapal itu pula dikehendaki berada jauh dari pelabuhan selama 40 hari, sebelum dibenarkan masuk ke bandarnya. Kaedah kuarantin terawal ini sekalipun tidak berjaya mengekang pandemik tersebut, melambatkan penularan dan memberi lebih masa kepada penduduk Venice mempersiapkan diri atau lari keluar dari bandar bagi menyelamatkan diri.

Konsep kuarantin dan ‘lockdown’ juga diaplikasikan dalam pembinaan antara hospital-hospital kuarantin atau ‘lazaretto’ (juga dari bahasa Itali) terawal di seluruh dunia juga mula diasaskan di Itali.

Hari ini, ketika status ini ditulis, Itali sudah dalam krisis akibat jumlah jangkitan COVID-19 paling tinggi di Eropah. Itali berada dalam ‘total lockdown’ kerana kerajaannya mahu mengekang penularan virus tersebut, yang sedang mengganas di Eropah, malah Itali memiliki bilangan kes terbanyak COVID-19 di luar China.

Dengan penjelasan di atas, harap semua fahamlah mengapa Liverpool sengaja kalah game Liga Juara Eropah pagi tadi kepada Atletico Madrid. Ini kerana Liverpool mahu mengelak terbang ke seluruh Eropah untuk perlawanan seterusnya.

Demi keselamatan dan kesihatan pemain, penyokong dan sekalian bandar Liverpool dari diancam COVID-19 yang sedang menular di Eropah sekarang, ia kekalahan yang direstui. #YNWA.

Eh?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.