Sejak masuk bulan Ramadan sehingga ke 10 malam terakhir, orang ramai berlumba-lumba untuk melakukan sedekah bagi merebut pahala. Tapi ramai juga yang tidak tahu sedekah ada dua jenis iaitu sunat dan wajib.

Malah ada yang anggap dia tak perlu buat sedekah wajib sebab sudah banyak melakukan sedekah sunat. Salah tu. Jadi mari kita kenali secara lebih dekat apa yang dimaksudkan dengan sedekah sunat dan sedekah wajib.

Sedekah Sunat

Secara asasnya sedekah sunat adalah amalan yang selalu kita buat. Sebagai contoh, kita pergi solat jumaat dan nampak tabung lalu kita sedekahkan beberapa not wang kertas di dalamnya. Selepas itu dalam perjalanan pulang, kita terlihat seseorang meminta sedekah lantas kita berikan beberapa nilai not kepada mereka.

Sedekah sunat ini juga perlu dilaksanakan dalam keadaan sukarela dan bukan paksarela. Hal ini demikian kerana kita mencari keberkatan dan kebaikan daripada amalan sedekah yang telah dilakukan.

Walau bagaimanapun dalam bersedekah, ada juga prioriti yang perlu ada patuhi? Jadi kepada siapa yang perlu kita utamakan untuk bersedekah:

  1. Ibu bapa

Apabila anda bersedekah kepada ibu bapa, terdapat tiga pahala yang akan diperolehi. Ia adalah pahala sedekah, pahala berbuat baik dengan ibu bapa dan pahala silaturahim yang bermaksud mengeratkan hubungan kekeluargaan.

  1. Kaum keluarga

Anda boleh bersedekah kepada kaum keluarga tetapi mengikut keadaan. Andai kata mahu bersedekah kepada keluarga yang lebih kaya pun tak salah. Namun utamakan dahulu kaum keluarga yang memerlukan. Dekat situ kita akan dapat 2 pahala iaitu pahala bersedekah dan pahala silaturahim.

  1. Individu yang memerlukan

Anda bebas memberikan sedekah kepada sesiapa sahaja. Contohnya, anda sedang makan dan terlihat seseoarang minta sedekah. Dekat sini ada dua cara sama ada anda memberi sedekah ataupun menolak dengan baik. Jangan sesekali mengherdik mereka hanya semata-mata anda tidak mahu bersedekah.

Akhir sekali, semuanya terpulang kepada anda untuk memberi sedekah kepada sesiapa sahaja sekalipun. Anda boleh bersedekah kepada anak-anak yatim, masjid, NGO kebajikan dan bermacam lagi. Apa yang penting adalah niat seikhlas hati.

Sedekah Wajib

Eh bukan ke sedekah ini hukumnya sunat ke, macam mana pula boleh ada sedekah wajib?

Tunggu dulu, mungkin anda agak jarang mendengar istilah sedekah wajib. Sebenarnya sedekah wajib adalah zakat. Antara zakat yang paling dikenali adalah seperti zakat fitrah dan zakat harta.

Anda yang sedang baca ini sudah bayar zakat? Kalau belum dan anda tinggal di wilayah persekutuan, anda boleh bayar secara atas talian DI SINI.

Zakat juga perlu dibayar melalui institusi zakat negeri masing-masing terutamanya jika terdapat arahan daripada ulul amri (pemimpin).

Persoalannya bagaimana pula kalau kita mahu serahkan sendiri zakat kepada mereka yang berhak? Jawapannya bukan tidak boleh tetapi jika diberi terus kepada institusi zakat negeri, ia lebih telus kerana diberikan kepada 8 golongan asnaf tersebut.

Siapa 8 golongan asnaf tersebut?

  1. Fakir

Orang Islam yang pendapatannya tidak mencapai 50 peratus untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.

  1. Miskin

Orang Islam yang pendapatannya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan diri dan keluarga tetapi tidak mencapai 100 peratus.

  1. Amil

Individu ataupun organisasi yang dilantik oleh institusi zakat negeri untuk menjalankan tanggungjawab memungut dan agihan zakat.

  1. Muallaf

Orang yang baru peluk Islam tetapi tempoh muallafnya tidak melebihi 5 tahun.

  1. Ar-Riqab

Merdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan.

  1. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang bagi memenuhi keperluan asas.

  1. Fisabillah

Mana-mana golongan yang melibatkan diri dalam aktiviti menegak ataupun mempertahankan agama Islam.

  1. Ibnusabbil

Mana-mana orang yang sedang dalam perjalanan ke sesebuah tempat dan memerlukan bantuan.

Selepas ini, jangan ragu-ragu kepada institusi zakat kerana mereka akan terus menyalurkan zakat anda kepada orang yang berhak. Dekat sini jelas bahawa ciri-ciri sedekah sunat dan sedekah wajib. Kesimpulannya sebanyak mana anda sudah memberi sedekat sunat, anda tetap perlu bayar sedekah wajib berupa zakat. Ia kerana zakat terkandung dalam rukun iman dan jika kita abaikannya, apalah makna kita bergelar Islam. Sekarang sudah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Apa kata anda cepat-cepat selesai terlebih dahulu zakat fitrah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kauthar Rozmal merupakan seorang graduan Matematik dan mempunyai 3 tahun pengalaman dalam sebuah Bank di Malaysia. Mula berkongsi ilmu kewangan peribadi dan pelaburan 4 tahun lalu dan telah dijemput menjadi penceramah di beberapa buah Universiti Awam berkaitan kewangan.

Comments are closed.