Kebijaksanaan dan kepandaian Severus Snape sebagai seorang ahli sihir sejak menginjak umur yang masih setahun jagung tidak dapat dipertikaikan. Ketika zamannya, hanya terdapat tiga orang yang menyinar di Hogwarts sebagai ahli sihir yang bijak; Severus Snape, Lily Evans dan Remus Lupin. Ketiga-tiga ahli sihir yang sebaya ini mengenali antara satu sama yang lain, namun antara ketiga mereka, Severus Snape lah yang paling menyerlah sekali.

Severus Snape, seorang ahli sihir berdarah campuran, juga digelar Putera Berdarah Kacukan (Half Blood Prince) merangka suatu pembalasan terhadap The Marauders yang sering membulinya yakni James Potter, Sirius Black, Remus Lupin dan Peter Pettigrew. Atas kebijaksanaan kurniaan Tuhan, maka terciptalah suatu sumpahan yang sangat menakutkan.

Etimologi

Sectumsempra. Sectumsempra berasal dari dua perkataan Latin, ‘seco’ yang bermaksud untuk memotong dan ‘semper’ yang bermaksud selamanya. Pelbagai istilah diwujudkan sama ada, ‘untuk memotong selamanya’ atau ‘memisahkan selamanya’. Apa pun, Sectumsempra merupakan sumpahan yang sangat menakutkan dan kejam sekali.

Kesan Sumpahan

Kesan daripada sumpahan yang dikenakan ini ialah kesan torehan yang dalam serta haemorrhaging atau pendarahan. Menurut sumber, ia diibaratkan sebagai pedang yang sekali tusuk dengan dalam. Mengikut zaman, kesan sumpahan ini berevolusi kepada tahap yang semakin buruk dan teruk, sehingga boleh menyebabkan kecacatan kekal sekiranya tidak sempat diubati.

Penggunaan

Jun 1976

Sumber mempercayai Snape pertama kali menggunakannya kepada James Potter ketika alam persekolahannya sekitar tahun 1976. Ketika itu peperiksaan O.W.L baru sahaja selesai, menandakan permulaan untuk membuli Snape.

Hal ini mendorong beliau menggunakan sihir ini, pada ketika itu pada tahap yang ringan dengan torehan yang sedikit dalam tanpa pendarahan. Remus Lupin yang sememangnya bijaksana mengetahui tentang ciptaan Severus Snape itu namun tekad berdiam diri.

Sekitar Mei, 1997

Pada awal tahunnya, Harry Potter menemui buku yang dimiliki Snape di bawah hak nama, Putera Berdarah Kacukan (Half Blood Prince). Snape sememangnya seorang yang sangat fokus, banyak sihir dan sumpahan yang diberitahu gurunya ditulis di dalam buku. Harry Potter pula berguru dari buku tersebut, terutama beberapa sihir yang mudah seperti Levicorpus.

Harry Potter pada mulanya berniat menggunakan sihir Sectumsempra kepada Cormac McLaggen secara suka-suka kerana dia terlalu menjengkelkan mengikut pandangan Hermione Granger. Namun, niatnya terbantut ketika mengikuti Draco Malfoy sehingga terajdinya pertarungan antara mereka berdua.

Harry Potter yang mulanya mengingatkan bahawa Sectumsempra merupakan suatu sihir biasa seperti Levicorpus, mengenakan sihir itu kepada Malfoy dengan jangkaan Malfoy hanya berasa sakit dalam kadar sedikit.

Namun jangkaannya meleset apabila pendarahan berlaku secara ekstrem. Sumber mengatakan sumpahan tersebut berevolusi sehingga menyebabkan kesakitan ekstrem tidak seperti yang berlaku ketika zaman dahulu.

Snape perasan akan hal itu, segera menyembuhkan Draco Malfoy dengan Vulnera Sanentur dan beberapa sihir lain supaya kesembuhan yang tepat dapat dicapai. Akibatnya, Harry Potter dihukum dan perlu ke kelas tahanan.

Menurut McGonagall, Harry merupakan insan bertuah kerana mengikut perkiraannya, Snape akan membuang pelajar sepertinya. Harry Potter sendiri sebenarnya tidak berniat menyakiti Malfoy sebegitu rupa meskipun dia memang tidak menyukai Malfoy. Muncul juga sifat bersalah dalam dirinya sendiri.

Pada bulan yang sama juga, Harry Potter sekali lagi menggunakan sihir Sectumsempra terhadap Snape ketika berlakunya gempuran besar-besaran Death Eater setelah kematian Albus Dumbledore.

Perasaan marah bercampur sedih membuatkan Harry cuba mengenakan sumpahan ini terhadap perekanya sendiri, namun apakan daya, perekanya itu mampu menghalang. Ketika itu jugalah Snape merungkaikan rahsia bahawa dialah Putera Berdarah Kacukan yang dicari Harry Potter selama ini.

27 Julai 1997

Ketika berlakunya Pertempuran 7 Potter, George Weasly terkena sumpahan Sectumsempra oleh Death Eater ketika menyamar menjadi salah satu Harry Potter menggunakan Polyjuice Potion. Death eater yang pada mulanya menyasarkan Remus Lupin, tergelincir dan terkena telinga George Weasly.

Ketika dibawa ke Burrow, Remus sudah mengagak siapakah gerangan penyerang tersebut, tidak lain tidak bukan Snape sendiri. Hal ini kerana hanya Snape mengetahui tentang sumpahan tersebut. Malangnya, telinga George Weasly tidak lagi boleh disambung atau disembuhkan kerana telinga itu memang sudah terputus.

Kepandaian Severus Snape dibutikan melalui ciptaan hebatnya semenjak dia di alam persekolahannya lgi. Memetik kata-kata Sirius Black,

“Snape knew more curses when he arrived at school than the half kids in seventh year”.

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.