“If India builds the bomb, we will eat grass or leaves, even go hungry for a thousand years, but we will get one of our own.” President Zulfiqar Ali Bhutto, 1965.
Pakistan Zindabad!
Itulah kata-kata Presiden Zulfiqar, dimana demi kelangsungan hidup negara dan rakyat Pakistan yang tidak akan tunduk kepada penguasaan dan hegemoni India ke atas wilayah Jammu Kashmir khasnya dan keatas Sub-benua Asia selatan amnya Pakistan akan buat apa sahaja untuk timbal balas kekuatan ketenteraan dan nuklear serta takkan biarkan India menjadi kuasa nuklear tunggal.
Makan rumput, makan daun dan berlaparlah segala rakyat sampai bila pun Pakistan tetap akan menguasai keupayaan nuklear jika India berbuat perkara sama. Dan akhirnya Pakistan menjadi negara ketujuh mempunyai senjata nuklear.
Pakistan memulakan program nuklear mereka pada tahun 1972 selepas kekalahan dalam Perang Pembebasan Bangladesh 1971 yang memisahkan Pakistan Barat dengan Pakistan Timur (sekarang Bangladesh). Program tersebut menjadi keutamaan nasional Pakistan setelah India melancarkan ujian nuklear memgejut pada tahun 1974 melalui program Smiling Buddha.
Pakistan tekad dan nekad untuk menjadi kuasa nuklear dan secara rasmi pada tahun 1998 melaksanakan enam ujian letupan nuklear berturut-turut dengan kod nama Chagai-1 sebagai timbal balas kepada program ujian nuklear Shakti oleh India pada tahun yang sama.
Program nuklear Pakistan sebelum 1971 adalah untuk tujuan keamanan, khususnya untuk penjanaan kuasa elektrik dan industri. Sekitar 1956, Pakistan telah menubuhkan agensi tenaga atom, kemudian diwujudkan inisiatif menghantar saintis keluar negara untuk mengambil jurusan teknologi reaktor dan jurusan teknologi nuklear sementara didalam negara, perlombongan uranium turut dilaksanakan sebagai usaha memajukan bidang tenaga atom negara tersebut.
1965, Pakistan mula mengoperasikan reaktor PARR-I 5MW untuk tujuan penyelidikan, di dana dengan bantuan Amerika Syarikat.
Tahun yang sama Pakistan mengoperasikan reaktor janakuasa komersial dengan keupayaan 137MWe hasil kerjasama Kanada. Pakistan menjadi negara Islam pertama mengoperasikan reaktor nuklear untuk penjanaan kuasa elektrik.
Sejak dari itu terdapat pihak dalam kerajaan dan tentera yang cuba melobi program senjata nuklear namun ia tidak mendapat persetujuan pihak penyelidik sehinggalah Presiden Zulfiqar pada 1972 menyatakan secara rasmi dalam pertemuan di Multan bahawa Pakistan harus menguasai dan memiliki persenjataan nuklear sebagai satu bentuk keupayaan cegah rintang dan tanggungjawab ini digalas oleh Dr Abdus Salam dan Munir Ahmad Khan. Perkumpulan bijak pandai dan cendekiawan oleh kedua sosok ini membuahkan hasil kepada sebuah negara Pakistan nuklear yang kita kenal pada hari ini.
Pada Pakistan, memiliki nuklear adalah langkah memgekalkan kelangsungan Pakistan yang bebas dan merdeka. Makan daun makan rumput pun takpa janji negara mereka merdeka dan tidak dikuasai pihak asing.
p/s – Atas tu gambar peluru berpandu Shaheen-III dibawak oleh transporter erector launcher (TEL) buatan China. Shaheen ni boleh sagat seluruh Kuala Lumpur doh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih