Satu-satunya peristiwa geopolitik yang betul-betul memberi impak ialah persidangan G20 yang diadakan di Osaka 2 hari lepas.
Yang menjadi tumpuan tidak lain pertemuan antara Donald Trump dan Xi Jinping. G20 jadi G2. Seperti jangkaan semua, kedua-dua telah mencapai kata sepakat untuk menangguhkan lagi “trade war” dan memulakan perundingan. Kali terakhir penangguhan trade war pun dibuat ketika G20 pada 1 Disember lepas.
Kalau kita cerita trade war, majoriti rakyat Malaysia malas nak ambil port. Kena bagitau: Trump dah tak ban Huawei, Huawei boleh guna Android, baru orang rasa penting. Ye, hasil daripada penangguhan trade war ni, perintah larangan ke atas syarikat-syarikat US seperti Google untuk beurusan dengan Huawei turut dibatalkan.
Adakah ini satu “u-turn” daripada Trump?
U-turn tu perubahan sikap secara 180 darjah. Contohnya mula-mula kau ban Huawei atas sebab mengancam keselamatan negara, pastu tiba-tiba kau tarik balik perintah larangan kata Huawei tak mengancam keselamatan negara. Tu baru U-turn.
Tapi Trump tak u-turn. Pendirian Trump masih sama. Cuma, macam aku yang tulis pada bulan lepas (https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211058301213067), Trump ban Huawei bukan sekadar nak ban, tapi nak pressure China untuk memberi “concession” dalam rundingan perdagangan dengan China. Kalau Trump dapat concession tu, maka dia batalkan larangan ke atas Huawei.
Nak faham cerita dia, kita kena rewind balik cerita trade war antara US dan China yang berlangsung sepanjang tahun 2018. Aku dah banyak kali tulis pasal trade war (https://thepatriots.asia/perang-dagang-usa-china/). Tapi takpe, aku rumuskan di sini:
Trade war merujuk kepada tindakan US dan China saling menaikkan kadar tarif (cukai ke atas import) ke atas barangan masing-masing. Trade war ni dimulakan oleh Trump, ada 3 round: 6 Julai 2018 (kenaikan 25% atas barangan bernilai $34 bilion), 23 Ogos 2018 (25% atas $16 bilion) dan 24 September 2018 (10% atas $200 bilion).
Kenaikan tarif akan menyebabkan kos barangan jadi lebih mahal. Syarikat rugi, dan pelabur pun lari. Jadi China kena balas balik. Untuk 2 kali pertama China balas dengan nilai yang sama: $34 bilion, $16 bilion. Tapi kali ketiga China hanya mampu balas $60 bilion. Kenapa?
Sebab jumlah import China daripada US hanya bernilai $120 bilion saja, 3 round dah habis $110 bilion, dah tak ada benda boleh cukaikan. Tapi time ni Trump pula ugut akan kenakan lagi tarif ke atas $267 bilion barangan eksport China ke US. Sebab US import $539 bilion daripada China, baru habis kuota $250 bilion (34 + 16 + 200).
So no choice, China kena talk dengan US. Dan tujuan Trump memang nak talk dengan China pun. Trump bukan ajak perang. Trade war ni ada dalam manifesto Trump semasa kempen 2016. Katanya akan kurangkan defisit US dengan China dan juga menamatkan amalan perdagangan China yang “unfair”. Kat China, nak buka syarikat kena JV dengan syarikat milik kerajaan China, dan syarikat milik kerajaan China akan pegang syer majoriti. So Trump nak paksa China import lebih banyak daripada US (kurangkan defisit), dan juga longgarkan syarat bagi syarikat asing untuk buat bisnes kat China.
So semasa 1 Disember 2018, US dan China capai persetujuan untuk berunding pasal semua tu. Kalau dalam masa 90 hari tak capai apa-apa deal, maka kenaikan tarif $10% yang dikenakan ke atas $200 bilion tu akan dinaikkan kepada $25%.
Akibat tak ada apa-apa deal dicapai, maka pada 10 Mei, Trump naikkan 10% tu kepada 25%. Dan beberapa hari kemudian, pada hari penyiaran episod terakhir Game of Thrones, Trump melarang syarikat ICT US (termasuk Google) untuk berurusniaga dengan Huawei. Tu memang Trump punya trump card.
Walaupun Huawei ada OS sendiri (Hongmeng), tapi tu bukan hal Huawei semata-mata, ni hal trade war antara China dan US. China dah tak ada apa-apa boleh nak cukaikan US lagi. Trump card China dah habis. So nak tak nak, kena deal dengan US, kena bagi concession kepada Trump.
So apa concession yang Trump dapat? Untuk kali ni, kacang soya. Bunyi macam kelakar, tapi kacang soya ialah eksport US terbesar ke China. China ni bangsa soya, dari tauhu, kicap hingga furu (tauhu jeruk) semua dibuat daripada kacang soya. Tapi disebabkan nak balas balik tarif Trump, jadi China kenakan tarif juga ke atas kacang soya. Gila rakyat China meroyan nanti tiba-tiba harga produk soya jadi mahal. Jadi China pergi import soya dari negara lain: Brazil.
Dan itu menyebabkan eksport kacang soya US merudum. Kat US, penanaman soya concentrate dekat negeri-negeri “Midwest” seperti Iowa dan Nebraska. Diorang ni undi Trump tahun 2016. Kalau tak jaga diorang, mahu kalah Trump tahun depan. Dan kesan trade war ke atas petani ni juga antara punca Parti Republican tewas dalam pilihanraya Mid-Term waktu November 2018.
Tapi “fortuna” mendampingi Trump, time-time ni rakyat Brazil telah memilih presiden baharu, Bolsonaro yang pro-US dan pro-Trump. Bolsonaro nak bantu Trump, jadi plan untuk kurangkan eksport soya ke China. Itu menyebabkan China dah tak ada apa-apa leverage ke atas Trump. Dan Trump pun nampak kalau masalah ni tak selesai, hancur deposit undi dia. So, it’s time to talk.
Jadi akhirnya, Trump tarik balik perintah larangan ke atas Huawei. Dan China pun mengimport soya semula daripada US. Win-win.
Tapi nak kata Trump ni “brilliant” dan “genius” tak boleh juga. Sendiri yang mulakan masalah, pastu klaim kredit bila selesaikan masalah yang dicipta oleh sendiri. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh memahami setiap langkah dia adalah rasional dan “calculated”. Bukannya “gila” “bodoh” yang kita biasa baca dalam media anti-Trump.
Dan G20 kali ni juga bukan penamat kepada trade war antara US dan China. Trump akan terus jadikan trade war ni alat untuk naikkan populariti dia. Dan sekiranya Trump kalah pada pilihanraya tahun depan pun, trade war antara US dan China pun tak semestinya akan tamat.
*sekali lagi prediction aku tepat. Hualauwei. Besok market rally lah tu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih