Semalam, ada seorang pempengaruh dari UK yang tuduh Malaysia melakukan sebatan ke atas pesalah-pesalah dengan menggunakan undang-undang syariah.
Masalahnya, video yang ditunjukkan tu sebatan cara sivil. Cara yang dibawa oleh orang Barat sendiri.
Ikut sejarah pun, sebatan sivil ni diperkenalkan oleh Empayar British pada abad ke-19 di bawah Ordinan Kanun Keseksaan Negeri-Negeri Selat IV pada tahun 1871.
Antara kesalahan yang boleh dihukum dengan sebatan ni termasuklah rompakan, pecah rumah, serangan dengan niat penderaan seksual, kesalahan berkaitan pelacuran dan banyak lagi.
Lepas kita capai kemerdekaan pada tahun 1957, hukuman sebat ni kekal sebagai hukuman undang-undang yang berpunca daripada pengaruh kolonial British dan bukannya tradisi Islam, walaupun penduduk Malaysia kebanyakannya beragama Islam.
Cara sebatan sivil pun berbeza dengan sebatan syariah. Prosedur hukuman sebatan mahkamah syariah jauh lebih lembut dan ringan berbanding sebatan mahkamah sivil.
Cara sebatan dilakukan dengan pukulan sederhana guna rotan kecil dan tak boleh kena pada muka, kepala, perut, dada dan bahagian sulit pesalah. Sebatan cara ni dibuat untuk mendidik dan bukan mencedera.
Bagi sebatan sivil pula guna rotan yang terdiri daripada berbagai saiz. Lagi tebal, lagi sakit la rasanya. Pesalah ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat sahaja.
Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan, manakala bahagian daging punggung terdedah untuk disebat. Pesalah dibaringkan secara berdiri dan diikat kedua kaki dan tangannya.
Ada tukang sebat menyebat dengan cara sentapan. Cara sentapan ni memang menyakitkan sebab pesalah akan rasa cebisan kulit tersentap keluar dari punggungnya.
Memang pesalah tak boleh nak berjalan untuk beberapa minggu sampai betul-betul sembuh.
Bila sampai dekat orang luar, semua disalahkan undang-undang syariah. Padahal sebatan yang dia tunjuk tu nenek moyang dia yang jajah kita yang bawa ke sini dulu.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang suka layan kisah atau drama dengan genre legal atau berkisarkan kes mahkamah?
Apa kata korang dapatkan buku yang ditulis berdasarkan perbicaraan kes paling terkemuka di Malaysia dalam KEPUTUSAN AKHIR: DARI PEKAN KE PENJARA sekarang!
https://shope.ee/2VTVJF7hyr
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih