Apabila nama Hannibal disebut, ramai pasti kenang dia sebagai seorang jeneral Carthage yang terkenal. Hannibal ialah genius perang yang bawa gajah melintasi Pergunungan Alps untuk serang Rom.
Namun, di sebalik kegemilangan Hannibal, ada seorang tokoh Rom yang berjaya tundukkan dia. Siapa lagi kalau bukan Scipio Africanus. Dialah wira yang telah mengubah sejarah Perang Punic Kedua (218 SM – 201 SM).
Kisah Scipio bermula ketika Rom berada di ambang kehancuran akibat serangan Hannibal. Selepas kekalahan besar di Pertempuran Cannae pada tahun 216 SM, semangat rakyat Rom hampir hancur. Namun, Scipio yang ketika itu masih muda muncul sebagai pemimpin yang berani dan bijak dalam menyusun strategi.
Langkah pertama Scpio ialah menyerang Carthage di Sepanyol. Ini kerana, Sepanyol menjadi pusat bekalan utama bagi Hannibal. Dengan menawan Cartagena, Scipio bukan sahaja berjaya lemahkan kedudukan musuh tetapi juga buktikan kehebatan taktiknya yang luar biasa. Tindakan ini memberi nafas baharu kepada Rom dan memulihkan semangat tenteranya.
Detik kemuncak kejayaan Scipio adalah di Pertempuran Zama pada tahun 202 SM. Pertempuran ini menjadi medan penentuan antara Rom dan Carthage. Di Zama, Scipio gunakan strategi yang licik untuk patahkan serangan gajah perang Hannibal. Dengan kebijaksanaannya, Scipio berjaya kuasai pertempuran dan menewaskan musuh yang digeruni ramai itu.
Kemenangan Scipio di Zama bukan sahaja menamatkan Perang Punic Kedua tetapi juga mengukuhkan kedudukan Rom sebagai kuasa utama di Mediterranean. Sebagai pengiktirafan terhadap kejayaannya di Afrika, Scipio diberi gelaran “Africanus”.
Demikianlah kisah seorang Scipio Africanus. Beliau bukan sekadar seorang jeneral perang, tetapi juga mewakili obor keberanian, kebijaksanaan, dan strategis unggul. Kisanya menjadi inspirasi akan bagaimana seseorang pemimpin yang berwawasan dan berani mampu membawa perubahan besar.
—
Seronok kalau kita hayati sejarah Rom ni.
Anda berminat nak teroka sejarah Tamadun Rom?
Mulakan perjalanan anda dengan KITAB TAMADUN ROM!
Dapatkan sekarang: https://s.shopee.com.my/7UvfpWUBpM




No comments yet