Manusia yang mengalami masalah organ tidak lagi perlu risau, kerana sains telah membolehkan pemindahan sebagai jalan penyelesaian.
Jantung bermasalah boleh digantikan dengan jantung didermakan. Hati tidak berfungsi pun begitu, hanya memerlukan penderma bersesuaian. Begitu juga dengan kes kegagalan ginjal atau buah pinggang, kedua kes ini boleh dicari penderma.
Hanya organ bernama otak sahaja belum mempunyai jalan, kerana risiko kegagalan terlalu tinggi.
Namun ada satu lagi organ yang boleh dipindahkan, akan tetapi ada kesan berpanjangan selepas daripada pembedahan. Masalah akan timbul selepas daripada pembedahan.
Buah z4k4r ialah organ yang sangat penting untuk menjaminkan kemandirian apa-apa jua spesis. Di sinilah terhasilnya benih pihak lelaki yang perlu dis3ny4wakan dengan benih perempuan. Jadi jika seorang lelaki mengalami terc3der4 teruk di bahagian kem4lu4n, apakah organ tersebut boleh diganti?
Kisahnya bermula begini, seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang bertugas di Afghanistan mengalami kec3der4an sangat teruk pada bahagian abdomen bawah disebabkan terkena l3tup4n I.E.D.
Beliau masih muda, dan sudah kehilangan “sebahagian besar daripada kem4lu4nnya” (Grady, 2018). Hospital Johns Hopkins mengasaskan sebuah kumpulan yang terdiri daripada 11 pakar pembedahan untuk menggantikan “bahagian yang hilang”
Pembedahan yang dibuat mengambil masa selama 14 jam, dan anggota tersebut menerima derma organ penting daripada seorang pes4k1t yang sudah men1ngg4l dunia.
Tetapi pembedahan ini tidak menggantikan buah z4k4rnya, yang enggan dibuat Johns Hopkins. Maka anggota tersebut perlu mengambil testosterone untuk mendapatkan hormon yang diperlukan.
Hormon ini dihasilkan oleh buah z4k4r secara semulajadi. Ia bukan saja untuk menguatkan gelora n4fsv, kerana testosterone membantu lelaki dari segi jisim tulang, pengagihan lemak dan otot, pengeluaran sel d4r4h merah dan sebagainya (NIH, 2013).
Jadi kenapa Johns Hopkins tidak memberikan organ ini kepada anggota tersebut?
Masalahnya terletak pada etika sains. Apabila organ ini “dipasangkan”, memang betul tubuh anggota tersebut mendapat manfaat testosterone.
Tetapi anggota tersebut juga menghasilkan sperma yang masih mengandungi genetik penderma.
Memandangkan Johns Hopkins tidak mendapat izin penderma (untuk sperma yang boleh menghasilkan anak), ini menimbulkan halangan undang-undang dan etika.
Di sini jelas – inilah satu-satunya organ yang tiada ganti. Kalau penderma izinkan sekalipun, sperma dalam organ tersebut bukan milik penerima.
Tiada kandungan genetik apatah lagi DNA yang mengaitkan penerima dengan “anak”nya sendiri.
Ia sangat berlainan untuk dibandingkan dengan pendermaan organ lain, kerana buah z4k4r boleh menghasilkan bahan genetik untuk digunakan secara turun-temurun.
Malah menurut pakar terlibat, anggota tersebut yang mengetahui realiti ini enggan menerima buah z4k4r. Jadi mereka akur dengan permintaannya (juga tuntutan etika).
Malah pakar pembedahan mungkin menimbangkan pemindahan buah z4k4r dan membuat vasektomi sekali.
Dalam hal ini pun, timbul isu etika kerana tiada izin daripada penderma. Malah penerima juga boleh menyambung semula salur sperma tanpa pengetahuan.
Jadi di sini jelas bahawa buah z4k4r tidak sama sekali boleh digantikan walaupun pemindahannya boleh dibuat. Benar sekali organ ini ialah “crown jewel” yang perlu dijaga dengan baik dan rapi.
Rujukan:
Grady, D. (2018). ‘Whole Again’: A Vet M4im3d by an I.E.D. Receives a Transplanted P3n1s. The New York Times – https://www.nytimes.com/2018/04/23/health/soldier-p3n1s-transplant-ied.html?smid=tw-nytimesscience&smtyp=cur
NIH. (2013). Understanding How Testosterone Affects Men – https://www.nih.gov/news-events/nih-research-matters/understanding-how-testosterone-affects-men
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih