Kalau kita sembang pasal watak jahat dalam filem Melayu, tak sah kalau tak sebut nama Sarip Dol samseng Kampung Dusun. Dia punya samseng memang another level. Jenis main b.akar rumah terus sebab putus tunang dengan Cik Salmah.

This is Sarip Dol. Kampung Dusun Most Wanted.

Pelakon yang sangat terkenal dengan watak jahat ini bernama Shariff Dol bin Asnawi. Shariff dilahirkan di Medan, Sumatera pada tahun 1926.

Tak banyak cerita tentang kehidupan awal Shariff Dol. Tapi, waktu Shariff buat kemunculan pertamanya di layar perak pada tahun 1952, dia terus dapat tawaran jadi hero.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ini kerana pihak Shaw Brothers waktu tu terdesak nak pakai hero baru sebab hero-hero lain yang dah established macam P. Ramlee, S. Roomai Noor dan Osman Gumanti masing-masing terikat dengan komitmen di set penggambaran pengarah lain.

Akhirnya Shariff Dol dijadikan hero sebuah filem berjudul Shorga Dunia arahan B.S. Rajhans dengan menggunakan nama M. Shariff. Malangnya filem Shorga Dunia ni dah tak dapat ditonton sebab salinannya dipercayai telah hilang.

Bertambah malang lagi apabila filem Shorga Dunia tu tak dapat sambutan baik waktu ditayangkan di panggung. Shariff Dol terus kena ‘turun pangkat’ jadi pelakon tambahan saja lepas tu.

Walau bagaimanapun, Shariff Dol tidak berputus asa. Dia ingin teruskan kerjaya lakonannya di studio Jalan Ampas dengan harapan akan dapat peranan yang lebih baik dalam filem-filem akan datang.

Ketika P. Ramlee dilantik menjadi pengarah filem Penarek Becha pada tahun 1955, dia telah memberi peranan kecil kepada Shariff Dol sebagai doktor yang merawat Orang Kaya Marzuki (Udo Omar) selepas dilanggar Ghazali (Salleh Kamil).

Antara watak jahat yang dilakonkan oleh Shariff Dol dalam filem-filem arahan P. Ramlee:

1. Semerah Padi (konco Salleh Kamil)
2. Bujang Lapok (Sarip, pemuda yang nak memperkosa Safiah)
3. Sumpah Orang Minyak (syaitan)
4. Musang Berjanggut (Megat Alang Sengketa)

5. Nujum Pa’ Blalang (Baginda Masai)
6. Pendekar Bujang Lapok (Samseng penambang)
7. Seniman Bujang Lapok (Sarip Dol). Ini terpaling legend!

P. Ramlee telah membentuk Shariff Dol menjadi pelakon crook yang ada gaya tersendiri. Sampai satu tahap dia tak perlu buat muka bengis atau tinggikan suara sewaktu berlakon watak jahat dalam filem. Tengoklah dalam Seniman Bujang Lapok, Sarip Dol cool je walaupun samseng besar.

Selepas itu, Shariff Dol sentiasa diberi peranan sebagai antagonis atau crook. Memandangkan bentuk badannya tinggi dan sasa, ia menyerlahkan lagi watak jahatnya dalam filem.

Nak naik sampan? Jumpa kami dulu. Barisan belakang dari kiri: Ibrahim Hassan, Shariff Dol, M. Rafee dan Kemat Hassan.
Barisan depan dari kiri: Ali Fiji, A. Rahim, Ahmad C dan Ahmad Ghani.

Selain dari filem-filem arahan P. Ramlee, Shariff Dol juga berlakon di bawah arahan Jamil Sulong ketika di studio Jalan Ampas, seperti filem Batu Belah Batu Bertangkup, Isi Neraka, Lela Manja, Si Tanggang, Gerak Kilat dan Raja Bersiong.

Selepas penutupan studio Jalan Ampas pada tahun 1967, Shariff Dol berhijrah ke Cathay Keris dan sempat berlakon dalam beberapa buah filem sebelum bersara daripada dunia lakonan pada tahun 1971.

Di luar bidang lakonan, Shariff Dol bukanlah jahat seperti dalam filem. Dia menjalani kehidupan seperti orang biasa. Shariff berkahwin dengan isterinya yang bernama Alimah Ahmad dan mempunyai 10 orang anak.

Selepas 8 tahun berhenti berlakon filem, Shariff Dol meninggal dunia pada 27 April 1979 di Singapura akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit pada usia 53 tahun. Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Watak Sarip Dol masih diingati sampai ke hari ni. Siap ada orang buat bahan spoof dekat poster mengundi.

Watak samseng yang smooth talker tu dah jadi satu watak cult dalam masyarakat kita. Sebut je nama Sarip Dol mesti orang kenal.

The OG of samseng Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.