PENGANGKUTAN air sejak dari dahulu sehinggalah Sarawak, Malaysia merupakan nadi bagi menghubungkan pedalaman Sarawak ke dunia luar. Dek kerana itulah sehingga sekarang walau “sudah ada” pengangkutan darat yang lebih teratur dan selesa namun pengangkutan air masih lagi popular.

Menyelusuri sejarah dunia perkapalan di Sarawak sebenarnya sudahpun ada sejak menjadi wilayah kuripan Kerajaan Brunei lagi. Namun pada waktu itu, dunia perkapalannya lebih bersifat tradisional yang mana ianya hanya didominasi oleh beberapa pedagang samada dari kalangan rakyat Sarawak mahupun Brunei itu sendiri. Dan ketika era Tuan Rajah James Brooke memerintah ianya masih lagi tidak begitu sistematik.

Hanya selepas Sarawak dibawah pemerintahan Tuan Rajah Charles Brooke, sistem perkapalan di Sarawak Kingdom ditadbir dengan lebih sistematik dan moden. Ini kerana di masa pemerintahan beliaulah Sarawak Kingdom cukup kaya dengan kedatangan kapal-kapal besar untuk berniaga di Sarawak yang kebanyakannya datang dari Singapura dan tempat-tempat yang lain.

Kehendak mengurustadbir kapal-kapal yang bertali arus di Sungai Sarawak semakin memuncak sekitar tahun 1870an yang mana begitu mendesak Tuan Rajah Charles Brooke untuk menyelaraskan pentadbiran perkapalannya. Pada tahun 1873, pejabat perkapalan yang pertama dibuka di Sarawak Kingdom yang dikenali sebagai “The Shipping Office” di Bangunan Court House Kuching yang turut menempatkan beberapa jabatan kerajaan pada masa itu.

Perdagangan sagu di Sarawak adalah salah satu perniagaan yang besar suatu ketika dahulu sehingga memungkinkan banyak kapal-kapal perdagangan singgah di Sarawak untuk urusan membawanya ke dunia luar. Maka disinilah bermulanya sebuah syarikat komersial yang berpangkalan di Singapura iaitu dikenali dengan nama Straits Steamship Company Limited mengusulkan untuk Tuan Rajah Charles Brooke mempunyai syarikat perkapalan komersial tersendiri. Maka dengan usahasama antara Sarawak Kingdom dan syarikat inilah terbentuknya syarikat perkapalan komersial yang pertama bagi Sarawak Kingdom iaitu pada tanggal 1hb Julai 1875 dikenali dengan nama Sarawak Steamship Company Limited.

Rentetan daripada penubuhan syarikat perkapalan komersial yang pertama ini juga menyaksikan peranan “The Shipping Office” semakin diperluaskan. Syarikat telah mempunyai kapal-kapal komersial sendiri dan tuntutan tugas mereka juga semakin berkembang contohnya dari segi mengawalselia hal-hal yang berkaitan dengan kapal-kapal tempatan, bot-bot kecil, perahu penambang serta kebajikan anak-anak kapal tempatan. Selain itu untuk urusan kastam Sarawak Kingdom juga turut diwujudkan untuk melancarkan sistem duti dan eksais perkapalan pada masa itu. Salah satu pejabat Kastam era Sarawak Kingdom suatu waktu dahulu adalah bangunan yang menempatkan Sarawak Chinese Muzium di Tebingan Kuching sekarang yang menjadi pusat operasi mereka pada tahun 1912.

Dari hanya berasaskan perkapalan komersial untuk mengangkut kargo-kargo Sarawak akhirnya pada tahun 1919, Sarawak Steamship Company Limited telah membuka satu lagi cabang perniagaannya iaitu untuk industri pelancongan di Sarawak. Dikatakan cabang perniagaan itu juga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Dengan perniagaan yang semakin maju menyaksikan dari hanya menumpang di bangunan kerajaan Sarawak Kingdom akhirnya pada tahun 1930, Syarikat Steamship Company Limited mampu mempunyai bangunan sendiri tidak jauh dari Court House. Bangunan itu masih lagi wujud sehingga sekarang iaitu bangunan yang menempatkan bazaar Kuching Waterfront sekarang.

Dari sebuah syarikat perkapalan komersial yang menjadi kemegahan Sarawak Kingdom dengan usahasama pemain industri sagu pada masa itu akhirnya setelah Sarawak dibawah rajah ketiga iaitu Tuan Rajah Charles Vyner Brooke, sekitar tahun 1931, 75% pegangan saham Sarawak Kingdom telah dijual kepada The Straits Steamship Group di Singapura akibat daripada ekonomi Sarawak yang kian merudum. Walaupun sebagai pemegang saham minoriti pada masa itu, Sarawak Steamship Company Limited masih lagi beroperasi di Sarawak.

Sekitar tahun 1995 akibat polisi Kerajaan Malaysia yang baru pada masa itu akhirnya sebuah syarikat tempatan di Borneo yang dikenali sebagai Lee Fah Mee Sendirian Berhad membeli kesemua equiti saham Sarawak Steamship Company yang dimiliki oleh The Straits Steamship Group di Singapura.

Inilah sejarahnya sebuah syarikat perkapalan komersial yang pertama Sarawak dan diasaskan pada tahun 1875. Dari era Brooke sehingga menjadi Sarawak, Malaysia masih lagi beroperasi sebagai syarikat yang menguruskan perkhidmatan pelancongan dan kargo udara di Sarawak.

-HB-#KamekSayangSarawakBah

Rujukan:

1. Borneo Post, 10 May 2014 – Accolade For Sarawak Steamship Company

Accolade for Sarawak Steamship Company


2. The Sarawak Steamship Company
http://www.sarawaksteamship.com/index.html
3. Sarawak Steamship Building
https://sarawaktourism.com/attraction/sarawak-steamship-building/
4. Sejarah Perkapalan Di Sarawak
http://themaidensgiedd.blogspot.com/2018/02/sejarah-perkapalan-di-sarawak.html
5. Lee Fah Mee Group History

Group History


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Comments are closed.