Sanada Yukimura adalah seorang pahlawan, panglima p.er.ang, samurai dan ketua klan Sanada yang paling terkenal di zaman p.er.ang saudara era Sengoku di Jepun. Beliau lahir pada tahun 1567 dan m.ati pada 3 Jun 1615.

Beliau merupakan anak kedua Sanada Masayuki yang juga merupakan seorang Daimyo di Wilayah Shinano dan mempunyai seorang abang bernama Sanada Nobuyuki. Klan Sanada merupakan sekutu kuat Klan Takeda yang menguasai wilayah Kai. Semasa usia muda, beliau telah berkhidmat dengan Takeda Shingen dan menjadi panglima p.er.ang untuk Puak Takeda.

Pada Tahun 1582, Pakatan Oda Nobunaga dan Tokugawa Ieyasu telah menghancurkan Klan Takeda sehingga klan Sanada yang menyokong juga ikut menyerah kalah kepada Oda Nobunaga. Keadaan menjadi parah setelah kem.atian Daimyo Takeda Shingen akibat penyakit Pneumonia yang dihidapinya.

Namun setelah Nobunaga terb.un.uh dalam Insiden pembelotan orang kanannya Akechi Mitsuhide di Kuil Honouji, Puak Sanada menjadi Ronin tanpa tuan. Pada tahun 1585, Yukimura di perintahkan oleh ayahnya Masayuki bekerja untuk klan Uesuigi dan menetap di Wilayah Echizen dibawah pengawasan Suda Chikamitsu. Setelah tamat tugas beliau kembali dan berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Otani Yoshitsugu.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Pada tahun 1600, p.er.ang paling besar di era Sengoku meletus di Sekigahara diantara Pasukan Barat yang dipimpin oleh Ishida Mitsunari, yang mewakili klan Toyotomi manakala Pasukan Timur yang dipimpin oleh Tokugawa Ieyasu. Dalam pert.empuran ini, Yukimura dan ayahnya, Masayuki berpihak kepada Pasukan Barat kerana ingin membalas d.endam ke atas kehancuran klan Takeda oleh Tokugawa. Namun begitu abangnya, Sanada Nobuyuki pula membelot dan berpihak pada Tokugawa.

Sanada Yukimura meraih kemasyhuran dan populariti dalam mempertahanan Istana Ueda, dimana beliau berjaya menahan s.erangan dan mengalahkan 40.000 t.entera Tokugawa yang dipimpin oleh Tokugawa Hidetada hanya dengan 2000 orang t.enteranya sahaja.Pasukan Barat yang diketuai oleh Ishida Mitsunari akhirnya tewas ditangan Tokugawa akibat beberapa pengikutnya membelot dan membantu Pasukan Timur Tokugawa meraih kemenangan.

Setelah Pasukan Barat yang dianggotai oleh klan Sanada tewas dalam p.er.ang di Sekigahara, maka Tokugawa Ieyasu yang memimpin Pasukan Timur telah dilantik menjadi Shogun yang baru .Tokugawa Ieyasu hampir menghukum m.ati seluruh klan Sanada kerana mereka berjaya memb.un.uh ramai t.entera Tokugawa.

Namun begitu, Ieyasu terpaksa membatalkan hasratnya kerana memandangkan Abang Yukimura iaitu Sanada Nobuyuki yang berpihak kepadanya. Akhirnya Tokugawa Ieyasu memberi hukuman keatas klan Sanada dengan hanya membuang daerah untuk mengasingkan Yukimura dengan ayahnya Masayuki ke Kudoyama dan wilayahi Kii. Setelah beberapa tahun tinggal di sana,ayahnya Masayuki meninggal dunia di Kudoyama. Ada khabar angin yang mengatakan ayahnya dib.un.uh atas arahan Tokugawa Ieyasu yang masih berd.endam dengan Klan Sanada.

12 tahun kemudian, hubungan antara klan Tokugawa dan klan Toyotomi mula kembali tegang. Ieyasu merasa Toyotomi Hideyori (anak kepada Toyotomi Hideyoshi) yang dewasa menjadi ancaman baru baginya. Klan Toyotomi sendiri juga telah mula mengumpul kekuatan t.enteranya kembali untuk membalas kekalahan Pasukan Barat di Sekigahara. Klan Toyotomi dipimpin oleh Toyotomi Hideyori mula merekrut ramai Ronin (samurai tak bertuan) dan ninja upahan untuk menentang t.entera Tokugawa.

Pada tahun 1614, Sanada Yukimura berjaya melepaskan diri daripada tahanan di wilayah Kii dan mengabdikan diri kepada Toyotomi Hideyori. Beliau juga berhasrat ingin membalas d.endam setelah seluruh klannya dihapuskan. Pada tahun 1614 berlaku frasa terakhir p.er.ang di era Sengoku. Musim Sejuk bermula tahun itu, Istana Osaka kediaman Toyotomi dikepung oleh t.entera Tokugawa.

Sanada Yukimura ditugaskan untuk memperkuatkan pertahanan di sebelah selatan istana yang lemah. Beliau bert.empur dengan pasukannya yang berjumlah 7000 orang bertahan dengan gigih menahan s.erangan 10.000 pasukan Tokugawa yang berlanjutan selama sebulan. Tokugawa Ieyasu mula tertekan kerana banyak t.enteranya terb.un.uh.

Akhirnya Tokugawa akur lalu menawarkan rundingan damai kepada pihak Toyotomi. Toyotomi Hideyori menerima Perjanjian Damai daripada pihak Tokugawa Ieyasu. Sebenarnya Perjanjian Damai tersebut merupakan sandiwara yang segaja dilakukan oleh Tokugawa Ieyasu untuk menguatkan dan menambah t.enteranya bagi meyambung s.erangan ke atas Osaka lagi pada tahun hadapan.

Bulan Mei 1615, berlaku Pert.empuran Musim Panas Osaka yang merupakan pert.empuran terakhir di era Sengoku. Sanada Yukimura tidak lagi bert.empur secara defensif, kali ini beliau telah melancarkan s.erangan berskala besar ke arah posisi penting pasukan musuh. S.erangan Yukimura dan pasukannya begitu hebat sehingga beberapa kali berhasil memasuki kubu utama Tokugawa. Bahkan ,Tokugawa Ieyasu sendiri hampir memb.un.uh diri kerana ketakutan menghadapi Yukimura dan pengikutnya.

Yukimura dikatakan berjaya memasuki kubu utama sebanyak tiga kali dan hampir mendekati Tokugawa Ieyasu dalam jarak beberapa meter saja. Dalam kepungan pasukan Tokugawa, beliau bert.empur dengan penuh semangat keberanian dan memb.un.uh ribuan t.entera tokugawa. Namun akhirnya beliau akhirnya tewas karena jumlah pasukan musuh yang masih ramai.

Pada usianya yang menjangkau 48 tahun,beliau terpaksa mengalah kerana tubuhnya sudah kepenatan dan dipenuhi luka yang parah. Dalam keadaan ini,beliau telah membuka helmet p.er.angnya dan berkata

“Aku Sanada Yukimura, seorang musuh yang sepadan dengan kalian, namun aku sudah terlalu kepenatan untuk bert.empur dalam tempoh yang lama, datang kemari dan ambil kepalaku sebagai trofi kemenanganmu”.

Seorang samurai Tokugawa, Nishio Nizaemon memenggal kepalanya dan mengakhiri hidupnya. Selepas kem.atian beliau, tempat kem.atian Sanada Yukimura telah didirikan sebuah Tugu Peringatan bagi mengenang dan mengiktiraf beliau sebagai Pahlawan Paling Hebat di Era Sengoku.

Sanada Yukimura adalah seorang samurai, ahli strategi p.er.ang dan panglima p.er.ang yang disegani kawan mahupun lawan. Tokugawa Ieyasu sendiri mengaguminya dan memendam rasa takut dan trauma kepada Yukimura sehingga beliau m.ati setahun kemudian. Tokugawa Ieyasu meninggal dunia kerana penyakit kansernya yang semakin teruk akibat tekanan dan trauma daripada Pert.empuran Musim Panas di Osaka. Kem.atian Sanada Yukimura sebagai “perwira sejati” membuatnya dianggap sebagai pendekar terhebat dan tokoh paling popular di era Sengoku.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Keberanian Yukimura diiktiraf dan diberi gelaran ”Pahlawan Yang Hanya Muncul 100 Tahun Sekali”. Kejayaan demi kejayaan Sanada perolehi adalah disebabkan oleh strategi p.er.angnya dan kesetiaan pengikutnya. Beliau dikatakan mempunyai satu kumpulan Ninja yang bernama Sanada Juuyushi (10 pendekar Sanada).

Kumpulan Sanada Juuyushi telah dianggotai oleh 10 orang ninja hebat dan 2 daripadanya merupakan ninja lagenda iaitu Sarutobi Sasuke dan Kirigakure Saizo. Kumpulan ini juga banyak membantu Yukimura membuat risikan, s.erangan hendap dan sabotaj musuh bagi meraih kemenangan dalam setiap siri pert.empurannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.