Entah kenapalah orang kita ni suka sangat buat benda pelik-pelik sebab nak popular. Belum reda isu pelawak perempuan buat lawak murahan pasal agama, tular pula orang hina Nabi s.a.w dan cabar apa balasan yang menanti dia. Cabar macam seolah-olah menongkat dunia. Tak pasal-pasal kena pukul dan difahamkan dalam tahanan polis ketika ini.

Mungkin bagi sesetengah orang, benda ini nampak kecil. Kononnya insan yang dihina itu sudah wafat lebih 1,400 tahun lalu dan tak boleh pertahankan dirinya. Jadi bila buat kerja gila begini, rasa diri kebal atau mampu naikkan nama dengan segera. Bodoh, undang laknat Tuhan dan manusia lagi cepat daripada kilat lagi adalah.

Kalau yang buat hal ini disebabkan isu kesihatan macam nyanyuk atau sememangnya gila, kita boleh terima. Sebabnya, orang begini tak sihat dari segi mental dan perlukan bantuan profesional bagi membantu mereka atasinya. Bukannya diorang nak pun fikir benda bukan-bukan macam dua lembu yang dinyatakan sebelumnya.

Perlu ingat, orang macam kita pun tak terlepas fikir benda bukan-bukan termasuk bab hina begini. Sebabnya, dalam satu kaji selidik yang dibuat pada 2014, 94% responden mendakwa mengalami fikiran yang mengganggu dalam tempoh tiga bulan sebelum eksperimen dijalankan. Fikiran mengganggu di sini ialah perkara apa yang timbul dalam kepala yang boleh mengganggu mental kita sama ada berbentuk seksual, penghinaan agama atau keganasan.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bila ada benda sebegini dalam kepala, siapa yang tak terganggu? Kalau sudah rasa bersalah atau ada keinginan kawal fikiran sebegini daripada terus mengganggu, itu tandanya kita kena minta bantuan profesional untuk kenalpasti dan atasi isu ini.

Dah jumpa doktor, dia akan diagnosis apa sebenarnya yang kita alami. Kalau tengok tiada kena-mengena dengan isu kesihatan fizikal, baru rujuk dengan pakar psikiatri untuk tindakan lanjut. Dengan orang macam inilah, baru kita tahu sama ada kita ini sihat dari segi mental atau tidak. Dari situ, baru boleh beri bantuan secukupnya termasuk ubat-ubatan dan terapi untuk bantu kurangkan fikiran-fikiran ini daripada muncul.

Kalau orang tak sihat macam ini tapi sedar apa dia buat itu salah, kita boleh terima dan cuba bantu untuk atasi masalahnya. Yang kita tak faham sekarang ialah orang yang siuman akal fikirannya tapi sanggup buat kerja gila begini.

 

Orang dulu dan sekarang macam musyrikin Makkah yang hina Nabi s.a.w, diorang buat sebab tak suka dakwah baginda. Jadi, sebagai cara nak kekang dakwahnya daripada berkembang, maka keluarlah semua tuduhan seperti gila, ahli sihir dan perosak masyarakat. Tuduhan sebegini bukan asing bagi para nabi dan rasul termasuk yang berstatus Ulul Azmi (rasul yang diuji dengan ujian-ujian yang mencabar).

Dan semua tuduhan ini pula dijawab oleh Allah s.w.t menerusi beberapa firman-Nya sepanjang sejarah dakwah Rasulullah s.a.w. Contoh untuk tuduhan gila, Dia balas menerusi firman-Nya dalam ayat 52 dan 53, Surah Ad-Dzariyat mafhumnya:

“Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) – tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: “Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila”. Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).”

Dalam konteks hari ini, orang hina Nabi s.a.w bukan didorong kerana benci tetapi didorong faktor keduniaan seperti populariti. Kononnya, bila buat kerja gila itu macam sedara yang kena pukul tu, orang akan lagi kenal siapa tuan punya badan. Hello, populariti sebegitu dilaknat Tuhan habis-habisan. Apa guna popular kalau hidup kosong tanpa keberkatan dan rahmat Dia.

Suspek ini dikhabarkan seorang penganggur yang juga positif dad-ah.

Kau hina sekali, Tuhan hina kau 10 kali. Yang cakap bukan sebarang ya iaitu sepupu dan sahabat Nabi s.a.w yang terkenal, Abdullah bin Abbas r.a. Kata-kata beliau ini bersandarkan firman Allah s.w.t dalam ayat 10-15, Surah al-Qalam. Tidak ramai tahu wahyu ini turun sebagai penghinaan terhadap seorang pembesar musyrikin Makkah bernama Walid bin Mughirah. Walid hina Nabi s.a.w sekali tetapi Tuhan hina dia 10 kali lagi teruk termasuk dedahkan Walid merupakan anak luar nikah. Mana nak letak muka bila Tuhan dedahkan perihal diri secara terang-terangan.

Dan Dia juga bagi jaminan, penghina Nabi s.a.w takkan selamat di dunia dan akhirat. Jaminan ini menerusi firman-Nya dalam ayat 57, Surah al-Ahzab mafhumnya, “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.”

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Jangan ingat semua benda dalam hidup ini tidak ada balasannya. Tuhan dah jamin semua itu akan dinilai di akhirat kelak walau sekecil zarah sekalipun. Tak payahlah kejar nama hanya sebab nak popular. Popular dalam kalangan manusia? Bloody overrated. Biarlah orang tak kenal siapa diri kita asal kita popular di sisi Tuhan dan makhluk yang mencintai-Nya. Sebab Dia lebih bijak menilai daripada manusia yang lemah…

Dan buat masa ini, banyak benda penting harus diketengahkan. Isu kesihatan mental. Isu pencegahan barangan terlarang. Isu undang-undang. Kita sudah sampai di peringkat sangat serius dalam dua isu ini. Jika benar penghina ini ada masalah mental, maka rawatan wajib diberi dengan segera sambil mempertingkat kempen kesedaran lagi. Ini adalah kerana rakyat kita seolah-olah sudah jemu dan muak dengan isu penghinaan nabi. Tengoklah bagaimana ada yang ambil tindakan memukul. Itu adalah tanda mereka tidak begitu yakin dengan undang-undang sedia ada.

Sebab itu saya cakap benda ini sangat serius. Kerana sampai bila junjungan besar kita akan dihina secara bertubi-tubi?


Ingin ketahui lebih lanjut tentang kisah Rasulullah s.a.w, boleh dapatkannya menerusi pautan: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Azman, F. (2022, 17 Julai). Polis tahan lelaki hina Islam di media sosial. Astro Awani.

HealthLine. Intrusive Thoughts: Why We Have Them and How to Stop Them.

Yaakub, N. (2019, 18 Ogos). 10 hukuman pada pencaci Nabi. Berita Harian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply