Apabila tibanya musim tengkujuh, awan ribut akan memenuhi langit dan menunggu masa membasahi bumi dengan titisan hujan. Tiba masanya untuk hujan, ia semakin lebat seiring dengan bunyi guruh, beserta kilat sambung-menyambung di antara awan ribut. Kilat biasanya menyambar di permukaan Bumi kerana tanahnya adalah pengalir elektrik yang baik. Maka, kilat menjadi berbahaya apabila menyambar Bumi terutamanya manusia yang tidak melindungkan dirinya.
Namun pada tahun 2018, apabila tibanya kejadian hujan ribut di negeri Oklahoma yang terletak di AS, terdapat satu kilat ini menyambar ke langit, tidak seperti kebiasaannya iaitu menyambar di antara awan ataupun ke Bumi. Kilat ini menyambar sehingga 80 kilometer, hampir ke zon angkasa.
Sebenarnya, kilat sebegini adalah fenomena alam yang biasa terjadi namun jarang kita saksikan. Kilat ini dinamakan sebagai ‘jet gergasi’, kilat yang panahannya paling kuat berbanding kilat lain. Kilat ‘jet gergasi’ hanya menyambar 1,000 kali dalam setahun dan kekuatan tenaga kilat ini ialah 50 kali ganda lebih kuat dari kilat biasa.
Kilat ‘jet gergasi’ Oklahoma pada tahun 2018 ini adalah kilat yang paling kuat yang pernah saintis rekodkan. Dalam artikel kajian yang telah diterbitkan pada 3 Ogos lepas dalam jurnal bertajuk Science Advances, sekumpulan saintis AS mengkaji kilat ‘jet gergasi’ ini. Dengan meneliti gelombang radio yang dilepaskan oleh kilat ini menggunakan satelit dan maklumat data dari radar, mereka menemui bahawa kilat ‘jet gergasi’ Oklahoma memancar sebanyak 300 coulombs (unit bagi cas elektrik) dari awan hingga ke lapisan bawah ionsfera, iaitu lapisan atmosfera paling atas sebelum zon angkasa.
Kekuatan cas elektrik kilat ini lebih banyak berbanding kilat ‘jet gergasi’ lain. Jika dibandingkan dengan kekuatan cas kilat biasa, ia memancar sebanyak 5 coulombs saja. 60 kali lebih rendah dari kilat ‘jet gergasi’ Oklahoma. Menemui kilat ‘jet gergasi’ beserta dengan maklumat tentang kekuatan kilat tersebut adalah seperti menemui jarum dalam rumput jerami. Kita memerlukan nasib yang sangat baik untuk menjayakan penemuan tersebut. Contohnya pada 14 Mei 2018, saintis awam dari Texas menemui kilat ‘jet gergasi’ menggunakan kameranya di mana kilat tersebut memancarkan pada ketinggian 96 kilometer dari paras laut.
Biasanya kilat dikesan oleh pusat jaringan antenna radio bernama Lightning Mapping Array (LMA). Jaringan LMA mampu memetakan lokasi dan masa kilat menyambar. Kilat ‘jet gergasi’ juga mampu dikesan oleh jaringan antenna radio serta satelit cuaca. Apabila data diperoleh dari kedua-dua sumber ini, kita boleh mengetahui segala maklumat yang diperoleh dari penyambaran kilat ini.
Kilat ‘jet gergasi’ mempunyai pusat aluran dari awan yang bernama ‘streamer’. ‘Streamer’ menghasilkan hubungan elektrik antara awan ke lapisan bawah ionsfera. Manakala bahagian kilat yang terhasil oleh ‘streamer’ pula dipanggil dengan nama ‘leader’. Apabila ‘streamer’ dalam keadaan sejuk dengan suhunya hanya mencecah 204 degree Celsius, suhu ‘leader’ mampu mencecah sehingga lebih 4,000 darjah Celsius.
Satu persoalan yang penting untuk merungkai kilat ‘jet gergasi ‘ ini ialah bagaimana kilat ini boleh terpancar ke atas sehingga menyentuh zon angkasa? Saintis masih tidak mempunyai jawapannya. Yang mereka pasti adalah berkemungkinan terdapat beberapa halangan sehingga terhasilnya kilat ‘jet gergasi’. Mungkin juga terdapat halangan hubungan bercas dengan awan lain dan permukaan Bumi, sehingga cas negatif terpaksa dipancarkan ke atas.
Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia.
RUJUKAN:
Specktor, Brandon. 12 August 2022. ‘Gigantic jet’ that shot into space may be the most powerful lightning bolt ever detected. Live Science.
Levi D. Boggs, et al. 3 August 2022. Upward propagation of gigantic jets revealed by 3D radio and optical mapping. Science Advances.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih