Hari ini saya nak cerita pasal perkara-perkara yang ramai masyarakat luar utara semenanjung Malaysia selalu salah anggap tentang utara semenanjung Malaysia. Negeri kelahiran saya tu, Kedah wuuuuu.

1. Setiap perkataan mesti ada bunyi huruf “Q” di hujung perkataan 

Okey rasanya tak ramai macam ni tapi masih ada segelintir orang di kalangan masyarakat kita yang masih beranggapan macam ni.

Kalau orang macam ni biasanya dia selalu pandai-pandai je tambah huruf “Q” di hujung setiap perkataan, Hishhhh, kalau orang utara dengar, mesti kena maki ????

Sebenarnya, perkataan yang ada buruf “R” di hujungnya sahaja yang digantikan dengan huruf “Q”, Tapi bukan semua lah hehe….

Tapi kalau macam perkataan mercik orang utara akan sebut meqecik, konsonan “Q” disebut “GH” tapi biasanya orang utara memang eja dengan huruf “Q” kalau dlm message sebab dah terbiasa

2. Kedah Tidak Mempunyai Bandar, Semuanya Kampung

Kalau mana-mana orang Kedah dengar nie mesti hati panas sangat-sangat..

Ada lah segelintir orang KL yang otak cetek sikit yang berkata ” dekat Kedah mana ada bandar, semuanya kampung, Kedah tak maju langsung” sengal bukan orang ini….

Kalau nak tahu penduduk  negeri Kedah ada 2 penduduk. Kalau 2 juta penduduk, takkan tak ada bandar kot?

Kulim, Sungai Petani, Alor Setar, Jitra tu semua bandar tau jangan main lepas je kata kata tu

3. Orang Utara Semuanya Hodoh dan Hitam Belaka, Kalau Ada yang Cantik pun Mesti Plastik

Mesti ada rakyat Malaysia yang ada terbaca artikel yang viral dulu tentang seorang wanita yang bernama nama Facebook nya Kasih Nurani yang berkata, “Seburuk buruk perempuan KL, Lagi buruk perempuan datang dari Kedah k Bye malas nak layan”

Mesti ada kan yang pernah terbaca tentang wanita mental koyak ni. Dia cantik aaya rasa sebab dia pakai susuk, yela, dia kan kata seburuk buruk perempuan KL, mesti dia yang buruk.

Sebenarnya kalau nak tahu ramai diantara masyarakat kita yang nak memperisterikan atau mempersuamikan orang Utara sebab cantik, putih, pandai masak, dan baik tauuuu

4. Orang Utara ni Cakap Selalu Marah Marah

Sebenarnya tak pun, dah loghat kami lagutu nak buat lagu mana lagi kan ????????

Okey lah, ramai jugak lah yang kata macam nih tapi ada yang kata “Orang Utara memang cakap macamtuh, walaupun kasar tapi penyayang” Betul tak?

Sebenarnya ramai orang tak tahu jugak ni. Orang Utara macam bahagian daerah utara Kedah dan Perlis, diorang cakap nada lembut sikit.

Kalau macam orang utara bahagian selatan Kedah dan Pulau Pinang, diorang cakap kasar lah sikit, tapi tak bermaksud diorang pemarah okey

Kalau siapa yang pernah tengok video Odah The Vass mesti tergelak terbahak bahak sebab lawak ????

5. Langkawi milik Perlis

Raaanya bukan orang luar utara ja, orang utara pun ada yang masih beranggapan macam ni

Bagi yang tak tahu, Pulau Langkawi itu adalah milik negeri Kedah dari dahulu sehinggalah sekarang.

Ramai di antara masyarakat Malaysia yang beranggapan sebegini kerana Pulau Langkawi terletak berhampiran dengan Negeri Perlis.

Kalau sesiapa yang pernah berkunjung ke Pulau Langkawi mesti ada yang pernah melihat papan tanda besar di Jeti Langkawi yang bertulis, ” Langkawi Permata Kedah”.

Kalau sesiapa yang pernah ke Pulau Langkawi menaiki feri tapi masih berkata Pulau Langkawi itu milik Perlis, tidak tahu lah apa yang hendak dikatakan????????

Artikel dkirimkan oleh Alif Nabil untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.