Saintis sekarang sangat berbeza untuk dibandingkan dengan saintis terdahulu. Saintis sekarang sudah ada disiplin kajian yang terperinci. Mana-mana kajian yang tidak ikut disiplin berisiko ditolak mentah-mentah. Pada zaman ini, saintis sudah tidak lagi menguji apa-apa pada diri sendiri. Semua penyelidikan sekarang guna tikus makmal, yang diubah suai secara genetik untuk kesesuaian kajian. Namun satu masa dahulu, saintis jenuh uji kajian pada diri sendiri. Yang menjadi; kira menjadi. Mana yang gagal menempa nama dalam sejarah untuk dibahan sampai sudah.
Memperkenal Heraclitus, seorang pakar falsafah pra-Socrates yang dilahirkan dan mati di Ephesus. Beliau boleh kata macam warga marhaen sekarang. Apa-apa ilmu yang tidak tahu, beliau belajar sendiri sampai ke tahap wajar kita cakap “street-smart”.
Pada beliau, bukan ilmu buku saja yang ada. Pengalaman hidup pun ada. Dan yang paling penting, beliau sangat bijaksana – tetapi sangat membenci orang keliling, suka menyendiri dan didapati ada simtom-simtom kemurungan (Costello, 2020).
Kekurangan Ilmu Berfakta Sebagai Asbab
Sejak kebelakangan ini, kita banyak belajar pasal hal kemurungan. Punca kejadian dan faktor sampingan disingkap secara saintifik untuk faham secara mendalam. Jangankan 2,500 tahun yang lalu – 10 tahun yang lalu, tanggapan umum pasal kemurungan sudah jauh berbeza. Dulu orang selamba cakap kemurungan berpunca daripada ketandusan iman akibat masalah pada hubungan dengan Tuhan. Masakan hubungan agama boleh jadi punca, sedangkan genetik main peranan (Schimelpfening, 2020).
Soal kemurungan memang menghantui fikiran Heraclius. Kajian moden menyatakan stress boleh membengkak hati dan sendi (Sapkota, 2017). Apabila organ dalaman membengkak, anggota luar nampak mengembung. Jadi orang zaman dulu macam Heraclitus bersangka-sangka – dan salah satu prasangka adalah, bengkak ini berpunca daripada cecair asing. Mereka siap panggil cecair ini dropsy. Untuk pulih, cecair ini kena dikeluarkan dulu.
Orang Yang Bijak Pun Boleh Silap
Ikut pemerhatian Heraclitus, haba memain peranan besar. Haba boleh mengeluarkan cecair daripada badan. Tetapi Heraclitus tidak mampu tahan api. Jadi beliau mencuba kaedah lain yang lebih efektif. Selama ini peluh saja keluar daripada badan. Dropsy masih ada. Maka beliau mengambil langkah lebih ekstrim, iaitu menyapu najis lembu pada seluruh anggota badan atas dasar: “tahi lembu panas. Haba akan mengeluarkan cecair daripada badan.”
Masalahnya, bukan cecair yang keluar daripada badan Heraclitus. Roh beliau yang tercabut keluar. Tidak pasti bila Heraclitus mati. Tetapi beliau ditemui dalam keadaan terperangkap dalam selaput najis dan sudah mula dibaham anjing. Ertinya, beliau sudah lama meninggal dunia. Memang betul – kisah ini disampaikan pada kita melalui rantaian mulut ke mulut. Risiko keralatan mesti ada, mungkin ditokok tambah orang tertentu terutamanya golongan yang membenci Heraclitus kerana sikap anti-sosialnya.
Andai kata kisah ini benar semutlak-mutlaknya, semua boleh ambil pengajaran. Sesuatu yang tidak diketahui secara sah mesti dianggap tidak diketahui langsung. Heraclitus mati kerana menyapu tahi lembu dengan prasangka boleh rawat dropsy. Bahasa moden, dropsy adalah edema yang puncanya sangat rambang.
Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Amal tanpa ilmu mengundang kecelakaan. Sekarang bayangkan benda sama dibuat kita sendiri. Dalam hal hidup. Dalam hal keagamaan.
Sekurang-kurangnya Heraclitus mati dalam kelumuran tahi lembu. Jangan satu hari di neraka, kita dilumpur dengan bahan lagi keji daripada tahi lembu kerana mengulangi kesalahan yang boleh dipelajari melalui budaya pembacaan. Elok mulai hari ini, kita baca artikel dulu sebelum komen. Jangan sekadar baca tajuk saja.
RUJUKAN:
Costello, S. (2020). Beyond Hope: Philosophical Reflections. Cambridge Scholars Publishing. Halaman 86.
Sapkota, N. (2017). Depression led pitting edema: A rarest case presentation. Int J Health Sci (Qassim). 11 (5): 77-78.
Schimelpfening, N. (2020, Disember 3). How genetics can play a role in depression? Verywell Mind.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih