Dalam dunia angkasa, kita semakin ke hadapan dari zaman-zaman lepas, di mana kita berupaya meneropong planet asing melalui teleskop-teleskop canggih.
Banyak jenis planet, bintang, dan galaksi telah kita temui. Tapi ada satu sistem berplanet, macam Sistem Suria kita telah mengalami kemusnahan yang total. Maksudnya ialah telah alami hari kiamat.
Ya, hari kiamat yang kita percaya telah dialami oleh sistem berplanet ini. Sistem yang saya maksudkan ialah sistem bintang G238-44.
Bintang G238-44 dulu macam Matahari, tapi sekarang ia telah ‘mati’ dengan menjadi bintang bersaiz kecil iaitu kerdil putih (white drawf). Jadi, saintis yang menemui bintang ni nak tahu apakah nasib planet-planet yang mengeliling bintang mati ini, adakah masih mengorbit atau telah hancur selamanya.
Jadi, saintis dari Universiti California Los Angeles menemui sisa-sisa planet bintang G238-44 menggunakan teleskop berteknologi tinggi. Sisa-sisa planet itu ialah ais, batu, dan logam. Tiada planet yang selamat dari ‘kematian’ bintang ini, kesemuanya sedang dibaham oleh kerdil putih ini!
Melihat keadaan sistem berplanet G238-44 ini, berkemungkinan besar Sistem Suria kita akan alami yang sama, di mana setelah berbillon tahun akan datang, Matahari mengembang sampai jadi Gergasi Merah (Red Giant). Waktu ini, Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh tenggelam habis dalam apinya.
Planet Musytari dan Zuhal pula menjadi planet bergas yang panas sekurang-kurangnya selama 500 juta tahun. Akan sampai satu masa, Matahari kehabisan segala bahan bakarnya dan tinggallah kerdil putih.
Jadi, keadaan sistem berplanet bintang G238-44 adalah ‘masa depan’ Sistem Suria yang tidak dapat dielakkan. Mungkin generasi selepas kita dapat menghuni di planet lain di luar Sistem Suria, mungkin juga ‘kematian’ Matahari adalah hari kiamat kita. Hanya Tuhan saja yang tahu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih