Penemuan fosil kali ini di Queensland, Australia menunjukkan para ahli paleontologi (mengkaji hidupan kuno) bersepakat mereka menemui ‘naga’ sebenar dalam dunia dinosaur. ‘Naga’ yang mereka maksudkan ialah spesis pterosaur baru sekaligus menemui spesis terbesar dalam kalangan pterosaur Australia setakat ini.
Pterosaur ialah haiwan reptilia bersayap yang pernah menguasai dunia dari 228 hingga 66 juta tahun dulu. Fosil-fosil reptilia ini ditemui merata-rata hampir seluruh dunia. Terdapat 20 buah spesimen fosil pterosaur ditemui di Australia namun hanya 3 spesimen saja yang mempunyai nama saintifik.

2 buah spesimen tersebut ialah Mythunga camera dan Ferrodraco lentoni. Spesimen ketiga ini ialah fosil terbaru yang saintis temui dengan nama Thapunngaka shawi. Uniknya spesis Thapunngaka ini ialah panjang sayapnya berukuran 7 meter, lebih panjang dari 2 spesis pterosaur lain yang rata-ratanya 4 meter panjang.

Anggaran perbandingan ketiga-tiga spesis pterosaur Australia.

Spesis yang pernah hidup pada 110 juta tahun dulu ini mempunyai mulut berupa lembing juga lebih besar dari pterosaur lain, menjadikan pterosaur Thapunngaka ini dilihat seperti naga sebenar, menurut Tim Richards iaitu ahli paleontologi dari University of Queensland.

Pertama kali fosil ini temui ialah cebisan rahang bawah yang sama dengan rahang bawah spesis pterosaur lain. Melalui rahang ini, tengkorak spesis Thapunngaka dianggarkan semeter panjang dengan mempunyai 40 gigi. Ia pernah hidup berterbangan di timur Australia menggunakan rahangnya menangkap ikan.

Pengkaji juga menemui sesuatu yang unik pada rahang bawah tersebut. Ia mempunyai hujung tulang yang tajam di bawah rahang. Biasanya pterosaur mempunyai hujung tulang sebegitu hanya pada rahang atas. Mereka beranggapan bahawa hujung tulang itu berkemungkinan berkait dengan sistem penerbangan spesis Thapunngaka ini.

Pembentukan semula tengkorak spesis Thapunngaka shawi.

Nama Thapunngaka shawi ini dinamakan sempena nama penemu fosil bernama Len Shaw. Menurut ahli paleontologi bernama Steve Salisbury, nama spesis ini menggunakan bahasa orang asal Australia Wanamara Nation. Thapunngaka adalah gabungan nama ‘thapun’ dan ‘ngaka’ yang masking-masing bermaksud lembing dan mulut.

Saintis Australia masih mengkaji lebih lanjut akan spesis pterosaur terbesar di Australia ini. Jika benar spesis ini lebih besar dari spesis pterosaur lain luar Australia, spesis ini bakal mendapat tempat sebagai spesis pterosaur terbesar dunia.

Penemuan ini juga menjadi berita baik bagi ahli paleontologi Australia kerana mereka tidak sangka begitu banyak fosil-fosil haiwan ini dan mungkin mempunyai banyak jenis spesis selain 3 spesis yang telah mereka namakan. Kini mereka tahu bahawa spesis pterosaur begitu pelbagai di benua selatan ini dan perlu mempunyai rekod yang banyak berkenaan haiwan reptilia ini.

RUJUKAN:

Starr, M. (9 August 2021). A Terrifying ‘Dragon’ Was The Largest Known Flying Reptile of Ancient Australia. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.