Dalam bulan Mei 2022, sekumpulan pengkaji dari ekspedisi Ocean Exploration Trust menemui struktur aneh berupa jalan raya di dasar laut dari utara kepulauan Hawaii dengan kedalaman 3,000 meter. Struktur tersebut dinamakan dengan nama ‘Yellow Brick Road’ dan juga ‘The Road to Atlantis’ kerana rupanya seperti jalan susunan bata binaan manusia.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Benarkah penemuan dari saintis ini? Jika benar, adakah salama ini telah wujud tamadun lagenda seperti Atlantis di Lautan Pasifik? Jika bukan, mengapa struktur binaan manusia boleh berada di dasar laut?

Inilah Yellow Brick Road, struktur jalan raya susunan bata seperti binaan manusia. (Sumber: Ancient Origins)

Kawasan penemuan jalan raya itu ialah kawasan rabung Liliʻuokalani dalam kawasan konservasi marin Papahānaumokuākea atau Papahānaumokuākea Marine National Monument (PMNM). PMNM ialah salah satu kawasan konservasi marin terbesar yang merangkumi 3% dari seluruh dasar laut Bumi.

Petunjuk merah ialah lokasi penemuan ‘jalan raya’ di Utara kepulauan Hawaii. (Sumber: Google Maps)

Mereka menggunakan perakam selam bernama Nautilus bagi meneroka dasar laut rebung tersebut dan merakam secara ‘live’ melalui laman web Youtube. Kemudian mereka menemui ‘jalan raya’ yang rupanya seakan-akan binaan manusia. Tonton video penemuan ‘Yellow Brick Road’ ini:

 

Walaupun struktur tersebut menarik perhatian pengkaji, namun bagi ahli geologi terutamanya yang mengkaji geologi dasar laut, pembentukan ‘jalan raya’ ini sebenarnya ialah pembentukan volkanik semula jadi. Jika melihat dengan teliti, bentuk bata itu hanyalah lapisan kering yang sebahagiannya ‘terkupas’ dari lantai dasar.

Menurut para ahli geologi, pembentukan garisan 90 darjah tepat di atas lantai dasar laut tersebut terhasil akibat tekanan pemanasan dan penyejukan yang kerap setelah lantai tersebut mengalami letusan banyak kali. Dengan tekanan berulang kali sebegini, lantai tersebut akan menghasilkan pelbagai bentuk persegi seperti ‘Yellow Brick Road’ ini.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Contoh lain membenarkan pembentukan volkanik semula jadi di dasar laut ialah penemuan pembentukan batu bernama “Devil’s Piles” oleh kumpulan pengkaji yang sama. Pembentukan batu ini dinamakan dengan pembentukan basalt column atau batu heksagonal memanjang. Pembentukan ini terjadi apabila batu volkanik yang panas menyejuk dengan cepat sehingga membentuk ‘tiang panjang’ ini.

Devil’s Piles juga antara pembentukan batu yang pengkaji Temui selain Yellow Brick Road. (Sumber: Ancient Origins)

Pembentukan basalt column ini juga wujud di tepi Sungai Balung, kota Tawau di Malaysia. Kita boleh pergi ke sungai tersebut dengan bantuan penduduk kampung Balung Cocos yang mahir mencari jalan ke destinasi tersebut.

Bagi mereka yang tidak percaya, mereka tetap kuatkan hujah mereka tentang kewujudan tamadun tersembunyi di dasar laut seperti tamadun Atlantis yang lagenda, walaupun rata-rata pembentukan batu di dasar laut sepanjang penerokaan oleh para saintis hanyalah pembentukan batu semula jadi saja.

RUJUKAN:

Cowie, Ashley. 12 May 2022. Hawaiian Drama Over ‘Yellow Brick Road’ Geology and Atlantis! Ancient Origins.

Cassella, Carly. 7 May 2022. Scientists Follow a ‘Yellow Brick Road’ in a Never-Before-Seen Spot of The Pacific Ocean. Science Alert.

Luʻuaeaahikiikekumu – Ancient Seamounts of Liliʻuokalani Ridge. https://nautiluslive.org/cruise/na138


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply