Neil Loveless bangun pagi, menghirup udara musim panas Canada. Beliau bekerja sebagai seorang pengurus dalam Favron Enterprises, yang mengendalikan sebuah lombong emas di sebuah bandar bernama Dawson dalam Wilayah Yukon.

Beliau masuk dalam lombong tepat pada masa dan sedang sibuk menyembur air supaya tanah berlumpur di hadapan mereka segera cair. Bukan emas yang ditemui Loveless kerana semakin lama, benda lain sedang cair.

Dalam bidang pekerjaan ini, penemuan pelik sudah menjadi perkara biasa. Rangka gajah mammoth atau beruang purba memang selalu dikorek mereka. Tetapi kali ini mereka terjumpa seekor anak anjing.

Loveless sangka anjing ini pernah menemani pelombong lama.

Mungkin ia terjatuh dalam lubang dan tidak dapat diselamatkan. Beliau meletakkan bang-kai anjing ini dalam sebuah peti sejuk beku dan menghubungi pakar paleontologi.

Esoknya Loveless diberitahu spesis sebenar haiwan ditemuinya. Bukan anjing sebenarnya. Rangka ini sebenarnya seekor anak serigala yang sudah beku di bawah bumi selama 57,000 tahun (Gignac, 2018).

Apa yang disangka peneman setia seorang pembµrµ emas terbukti sebenarnya sebuah emas (secara saintifik). Kenapa rangka anak serigala ini emas?

Kerana penemuan Loveless sebenarnya membantu saintis yang ingin faham bagaimana serigala boleh bertebaran di dunia ini.

Memahami Evolusi Serigala

Saintis sudah mengenalpasti 40 sub-spesis serigala di dunia ini (Bradford, 2017). Haiwan ini membµrµ secara aktif di Amerika Utara… dan juga dari Rusia hingga Timur Tengah.

Jadi di sini jelas bahawa Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik tidak menjadi penghalang buat serigala. Persoalannya, bagaimana mereka merentasi lautan ini?

Serigala sebenarnya tidak pernah bermigrasi. Sebaliknya mereka bergerak dalam kawanan, kadangkala mengembara sejauh 45 kilometer satu hari.

Penemuan fosil (seperti fosil Neil Loveless) banyak menceritakan tentang sejarah serigala. Kerana saintis mengeluarkan fosil serigala daripada zaman 500,000 tahun dahulu.

Tetapi serigala jenis ini sudah lama pµpµs daripada muka bumi ini, bermaka serigala hari ini menemui cara untuk melintas lautan.

Dan serigala sebenarnya berasal daripada Benua Eropah-Asia, yang berpindah ke Tanah Besar Amerika antara 70,000 hingga 24,000 tahun dahulu (Hogenboom, 2016).

Di tanah baru ini, mereka hidup bersama spesis direwolf yang bersaiz besar.

Serigala Neil Loveless

Serigala yang ditemui Neil Loveless diberikan nama Zhur, sempena “serigala” dalam bahasa tempatan Yukon iaitu Hän. Zhur mempunyai pertalian genetik dengan serigala-serigala hari ini yang berkeliaran di Alaska hingga Eurasia.

Walau bagaimanapun, Zhur tidak sama dengan serigala di Yukon. Dan si kecil ini sempat hidup selama tujuh minggu sahaja.

Walaupun masih anak, Zhur sudah berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan ibunya. Analisis pada gigi Zhur mendedahkan sisa makanan dikunyah 57,000 tahun dahulu. Saintis tidak begitu pasti ikan apa dimakannya.

Tetapi sisa-sisa ini memungkinkan spesis salmon Chinook daripada sungai tidak jauh daripada lombong emas ini dimana ia ma-ti.

Zhur berada di sarangnya (barangkali bawah tanah) pada hari kema-tian, mungkin sedang tidur. entah kenapa, sarang ini runtuh dan menim-bµskan Zhur.

Takdir menentukan ia ditanam hidup-hidup supaya dapat menjadi bahan kajian 57,000 tahun kemudian.

Rangkanya kekal beku selama itu, meninggalkan keadaan serba cantik daripada bibir ke bulu (Black, 2020)… yang sepatutnya hanya tulang dan gigi sahaja.

RUJUKAN:

Black, R. (2020, Disember 21). 57,000 year-old wolf puppy found frozen in Yukon permafrost. National Geographic.

Bradford, A. (2017, Julai 10). Wolf facts: gray wolves, timber wolves & red wolves. Live Science.

Gignac, J. (2018, September 19). “Face-to-face” with ice age animals. Yukon News.

Hogenboom, M. (2016, September 7). The real origin of North America’s wolves. BBC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.