Biasanya apabila kita bertemu dengan sahabat handai, kekasih, dan ahli keluarga tersayang, mesti kita mulakan dengan pelukan mesra untuk merapatkan hubungan. Seolah-olah pelukan telah menjadi ‘tradisi’ dalam aktiviti komunikasi.
Saintis sebenarnya mengkaji tindakan berpeluk ini dan menyimpulkan bahawa pelukan lebih mesra dan menyenangkan jika dilakukan selama lebih 5 saat.
Kajian mereka ini dilakukan sebelum wabak COVID-19 berlaku. Mereka mengkaji dua jenis pelukan iaitu pelukan silang yang biasa kita amalkan dan pelukan pinggang-leher yang hanya pasangan kekasih amalkan.
Kajian ke atas 47 orang wanita sukarela menunjukkan bahawa pelukan selama sesaat tidak berapa menyenangkan namun pelukan selama 5 dan 10 saat mampu memberikan pelukan yang nyaman.
Lama tak memeluk selama 10 saat? Yang tempoh itu memang lama tapi keputusannya memang positif sehingga salah satu wanita sukarela menyatakan bahawa dia lebih senang memeluk dengan tempoh masa sebegitu.
Saintis ingin meneruskan kajian pelukan sesama lelaki namun terpaksa dibatalkan kerana wabak berlaku secara mendadak. Maka, kajian pelukan ini masih tidak dapat jawapan dari pelukan lelaki dan perbandingan dengan jantina berlainan.
Namun ada kajian lain mampu menunjukkan keputusan pelukan dari kedua-dua jantina. Pengkaji memilih warga universiti secara rawak sehingga 206 orang dan membuat eksperimen sosial dengan memeluk sesiapa saja.
Keputusannya, sebanyak 82 peratus pelukan silang dilakukan namun hanya sesama lelaki, manakala pelukan pinggang-leher pula rata-ratanya dari pasangan wanita dan pasangan berlainan jantina.
Kajian pada tahun 1999 menyokong kajian eksperimen sosial ini. Menurut kenyataan pengkaji dari kajian 1999, pelukan silang bersifat kesamarataan jika pasangan sesama lelaki memeluk, bagi menunjukkan pengenalan sama rata sesama mereka. Namun ini cuma hipotesis kerana mereka pada masa itu tidak mengetahui maksud pelukan sesama wanita.
Sehingga kini, saintis masih merungkai sains di sebalik pelukan yang telah menjadi sebahagian Dari hidup kita. Namun terdapat kejutan pada pelukan ini. Seperti pelukan pinggang-leher, ketinggian pasangan tidak menjadi faktor penghalang. Tetapi pelukan silang menjadi masalah bagi pasangan berbeza ketinggian.
Menurut ahli psikologi bernama Anna Düren, pelukan pinggang-leher lebih romatik berbanding pelukan silang tetapi masyarakat menunjukkan keputusan yang bertentangan. Pelukan silang lebih dilakukan jika melibatkan ketenangan emosi pasangan.
Ya, pelukan memang ‘makhluk misteri’ yang harus saintis rungkaikan demi mencari sentuhan sebenar dalam hubungan fizikal sesama manusia. Jadi, kalau jumpa sesiapa anda kenali, jangan lupa peluk selama 5 saat ya!
RUJUKAN:
Cassella, Carly. 26 November 2021. Scientists Did an Actual Study on Hugs, And It’s Making Us Feel Warm Inside. Science Alert.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih