Pada 2018 tular satu dalam bidang kecergasan tentang keberkesanan latihan yang diambil terus dari sumber webmanga/anime dari Jepun yang bertajuk ワンパンマン: Wanpanman. Seorang rakyat Singapura, Sean Seah-36 tahun telah mencuba latihan ini selama 30 hari dan ternyata, ada hasil yang diperoleh.

One-Punch Man/Saitama merupakan seorang adiwira yang telah bosan dengan hampir kesemua musuh yang cuba memusnahkan bandar-bandar di negaranya. Dia mendapat gelaran tersebut kerana Saitama hanya menggunakan satu tumbukan untuk menewaskan musuh dan lama kelamaan berasa bosan kerana tidak wujud lagi cabaran.

Apabila disoal oleh anak muridnya tentang rahsia/latihan yang digunakan untuk mencapai tahap tersebut, dia mendedahkannya iaitu dengan melakukan 100 tekan tubi, 100 bangkit tubi, 100 squats, dan larian 10km setiap hari selama 3 tahun. Berbalik kepada Sean Seah, beliau memulakan latihan pada Tahap 5 iaitu separuh ulangan dari setiap yang dilakukan oleh Saitama.

Jika kita lihat dari sudut kecergasan, tekan tubi menyasarkan otot-otot seperti dada(pectoral), triseps, bahu (deltoids), dan abdomen. Pergerakan meluruskan lengan sebanyak 100 kali setiap hari dengan berat badan sebagai beban merupakan penyumbang utama kepada kekuatan tumbukan Saitama.

Bangkit tubi pula menyasarkan otot teras sepeti rectus abdominis dan obliques(luar dan dalam). Kekuatan otot teras turut memainkan peranan penting kepada kekuatan tumbukan kerana tenaga yang dijana melalui rotation pinggang dipindahkan dengan pantas ke lengan membantu meningkatkan kekuatan tumbukan.

Squats yang menyasarkan bahagian bawah badan membina otot-otot di bahagian paha (quadriceps dan hamstring), dan otot punggung. Bagaimana otot kaki menyumbang kepada kekuatan tumbukan?

Kajian yang dilakukan oleh saintis dari Norway menunjukkan jika latihan kaki dilakukan dahulu sebelum memulakan latihan lengan, kesan yang amat berbeza diperoleh berbanding jika hanya melatih bahagian lengan sahaja. Hal ini kerana, latihan kaki menyasarkan major muscles yang meningkatkan pengeluaran hormone testosterone. (Sinnacia, 2018)

Latihan terakhir Saitama iaitu larian 10km termasuk dalam kataegori latihan daya tahan kardiovaskular. Larian ini turut meningkatkan kecekapan sistem peredaran darah dengan menguatkan otot jantung. Peredaran darah yang baik membantu Saitama untuk pulih lebih cepat daripada kecederaan yang dialami akibat pertarungan atau latihan lasak. Nutrien dan zat makanan dapat diangkut dengan cepat ke seluruh bahagian badan yang memerlukan.

PENAMBAHBAIKAN LATIHAN

Disebabkan otot dalam badan manusia terdiri secara berpasangan dan berfungsi secara push and pull, adalah lebih baik jika melatih kesemua bahagian otot secara seimbang. 100 tekan tubi yang bersifat push akan mewujudkan ketakseimbangan otot jika senaman bersifat pull tidak dilakukan.

Masalah yang mungkin dihadapi ialah postur badan yang tidak normal akibat kekuatan otot dada dan triceps tidak diimbangi oleh otot belakang dan biceps yang lemah. Maka anda boleh tambahkan latihan seperti pull-up untuk menyeimbangkan senaman tekan tubi. (Tim Barclay, 2018)

100 bangkit tubi juga mewujudkan otot rectus abdominis yang lebih kuat berbanding erectae spinae yang berfungsi meluruskan tulang belakang manusia. Jika latihan kepada otot erectae spinea tidak dilakukan, kecederaan otot tersebut boleh berlaku. Cadangan senaman bagi masalah ini adalah dorsal raise.

Latihan squats pula boleh dikatakan agak seimbang kerana ia melatih otot bersifat pull and push di bahagian kaki. Namun anda juga boleh melakukan leg curl bagi menguatkan otot biceps femoris.

Dalam aspek larian 10km sehari, jika anda ingin membina kekuatan disyorkan untuk mengehadkan kepada seminggu sekali. Hal ini kerana terlalu banyak latihan kardio memerlukan banyak tenaga yang akan merencatkan pembinaan otot yang diidamkan.

RUJUKAN:

1. Sinnacia, A. (2018, March 21). Health Line. Retrieved from Main Function of Muscular System:https://www.healthline.com/ health/functions-of-the-muscular-system

2. Tim Barclay, P. (2018, June 15). Inner Body. Retrieved from Muscular System:https://www.innerbody/ com/image/musfov.html

3. One-Punch Man Series.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Meminati bidang sejarah dan sains politik. Berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Berpegang teguh pada prinsip perkongsian dan penyebaran ilmu.

Comments are closed.