Hujung bulan September lalu, Rusia ada buat undian bertodong (gunpoint referendum) di bandar Kherson. Keputusannya berpihak pada Rusia, kononnya Kherson ingin masuk dalam Persekutuan Rusia.

Hari ini Tentera Rusia lari keluar daripada bandar Kherson. Apa punca kekalahan ni?

Sebelum ada yang cakap ni permainan media Barat, korang kena faham pengumuman ni dibuat Jeneral Sergei Surovikin sendiri. Puncanya adalah kerana Rusia dah tak mampu menyalurkan bekalan kepada tenteranya di Kherson. Supply line failure.

Jadi mereka wajib berundur. Kena keluar juga daripada bandar Kherson. Maka Ukraine sekarang dah boleh masuk membebaskan semula bandar mereka yang dijajah selama ni. Tapi Tentera Ukraine taknak masuk lagi. Kenapa pula?

Menurut Volodymyr Zelenskyy, pihak Kyiv sedang mengatur langkah dengan berhati-hati khuatir jika Rusia tengah buat black ops. “Musuh kami takkan bagi hadiah semata-mata,” kata Zelenskyy yang taknak Ukraine buat keputusan guna emosi. Sementara tu penduduk Kherson tidak jauh daripada Jambatan Antonivsky tengah berdoa Tentera Ukraine datang membebaskan bandar tersebut. Dah lapan bulan mereka sengsara.

Sehubungan dengan itu, hos TV Rusia seperti Andrei Norkin sendiri takut nak ulas pasal hal ni.

“Kalau aku sokong (pengunduran ni), aku sedang menyokong pelanggaran kedaulatan wilayah Rusia (Kherson kan Rusia dah rampas). Aku boleh masuk penjara beberapa tahun. Kalau aku tak sokong, aku sedang menghina Tentera Rusia yang mana aku boleh masuk penjara beberapa tahun.”

Belum musim salji lagi Rusia dah semakin tewas. Kalau musim salji nanti?


Konflik Rusia-Ukraine ni dah lama berlaku. Dalam buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA, kami ad aulas titik-titik awal sejak tahun 2004 lagi. Jom beli alang-alang ada DISKAUN sekarang ni : https://bit.ly/3RczxwD


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply